Jul 29, 2010

di tag jugak...

aku ditag oleh cikmot

syarat 1: mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda.
huruf t lah takkan o melopong la aku

syarat 2: jawapan tak boleh ulang
kalo ulang gak cik timah marah tak

on your mark


get set


BLOG!

1. Nama anda
tulip...err cik tulip

2. Perkataan 4 huruf
tali...tali persahabatan harus dijaga

3.Nama budak lelaki
tan siew hock...kalo dia baca ni kene sekeh la aku ngn uncle nie

4. Nama budak perempuan
timah..hehe. jgn mare ar cikmot

5. Pekerjaan
tukang lukis....boleh lah

6. Warna
terang...haha yang terang2 aje

7. Sesuatu yang anda pakai
top...ekekek.

8. Makanan
tart....

9. Sesuatu yang boleh dijumpai ditandas
tisu tandas..

10. Tempat
tokyo...winter sonata

11. Alasan bila lewat
tayar pancit...huhu

12. Sesuatu yang anda jeritkan
tettttt

13. Tajuk film
terminator

14. Minuman
tembikai juice

15. Kumpulan music
terra rossa...tapi dah berkubur kan...? huhu

16. Haiwan
tupai...

17. Nama jalan
telawi...kat maner erk. tapi penah dengar

18. Nama jenis Kereta
toyota....haha. bukan keta aku bos aku

19. Nama yang bakal dtag
cik laila

ulasan aku...best gak yer huruf t nie..



Jul 27, 2010

fadhilat Syaaban

Mari kita berkongsi ilmu yang cik tulip amik dari acc emel cik tulip...

Fadhilat Bulan Syaaban
Author: wawa Kategori: Agama, Informasi
16 Jul

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”




--------------------------------------------------------------------------------

Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)




--------------------------------------------------------------------------------

Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)




--------------------------------------------------------------------------------

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)




--------------------------------------------------------------------------------

Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)




--------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)


Jul 23, 2010

mangkuk pecah!

Mangkuk ape yang pecah....huhu


Ape kesah ni...

Inilah yang terjadi di hari pertama kelas yang bertempat di KLMU Setapak. Nasib takde sesape yang cedera. Rerasa korang lah ngape nyer terjadi begini

  1. Workmanship pemasangan tandas ini tak bagus/tak berkualiti
  2. Tandas duduk ini telah dicangkungkan oleh mereka yang takde kesedaran sivik
kenapa aku rase gitu..Yerlah setiap yang berlaku tu kena ar buat penilaian kan.

Korang tgk setompok simen yang terkeluar dari sarang tu. Aku rase ar dia just letak simen tu atas tiles aje mane ler benda tak gerak baek punyer. Koman2 pecahkan tile kasarkan permukaan letak grout sikit ker aper ker. Then membe aku ade cakap pemasangan paip flush dia dah lari sikit. Hehe. Aku tak tahu coz aku memang tak pilih tandas duduk kalo ade yang cangkung nyer.

Tandas duduk kalau dicangkung mean dipijak dan mencangkung atas dia reban la tandas yan diperbuat dari seramik tu wei. Huhu. Aku tak pasti ar ade org buat ke tak tapi possibilities tu ade ar. Maybe org yang sebelum kelas kami atau pelajar kelas kami sendiri. Mane la tau kan. Aku memnag anti ngn org camni. Kat toilet tandas duduk bgnn Yayasan pun camtu. Bile aku masuk ajer ade kesan tapak kasut. Kot yer pon geli pakai la tisu dear... Aii dah besar2 pon takleh pikir. Syok sendiri jer nak cangkung ats dia.

Aku de dapat emel... lama dah. Apa yan terjadi akibat orang yang cangkung atas tandas duduk. Terbelah bontot ko. Aduh memang sian. Aku taktau sape mangsa nye tapi memang dah tersebar meluas dah emel ni. Tapi malang tak ramai yang sedar dan serik....huhu




Pencegahan
  • Jangan cangkung di tandas WC
  • Sediakan tissue di lavotary
  • Letakkan cara pemakaian yang benar
  • Letak peringatan akn bahaya yang boleh terjadi


Jul 22, 2010

pesta floria 2010

Hari sabtu lepas 17hb lepas kelas aku ajak hubby p pesta floria kat putrajaya. ESoknye dah last day. Aku kene gi gak coz semua org becerita tentangnye. Huhu. Tapi banyak pemandangan indah ku tak dapat tengok. Tak semua tempat ade lampu. Ditambah dengan kecapekan kakiku yang baru blk study nie.. Layanz ok

Terdaya gak aku posing walaupon penat.

Akukah model terlampau itu? Huhu. Terlampau penat.

Yang cantik aku ker lampu ker bunge....

Bunga2 matahari...harum mekar ditaman hati...warna jingga...idaman hati


Thanks yang... :*


Jul 21, 2010

terpaksa tukar tajuk

Aduh.... lewat ini, blog aku mempunyai trafik yang ramai. aduh..duh. Ni semua gara2 entry cerita lucah suami isteri. Dulu pengunjung blog dalam 20 orang purata skang dah cecah ratus dalam sehari. Aku maleh nak pk pro n kontra nye. Tapi kalo pk jgka masa pnjang orang taip jer perkataan tu n google terus masuk aku nyer blog. skang dah rank num 2. OMG. Yang tak bagusnye orang akn expect aku wat cite ala2 berahi.

Seriusly takde mende lucah pon. Tak gamak aku nak buat cerita2 lucah kat blog kesayangan aku nie. Tak gamak nak memalukan family. Huhu.

Skang yahoo connect lak ngn blog. Terus my fren dlm contact list emel leh baca apa yang kurasa dan luahan isi hati aku. Aku tak pasti samaada aku selesa atau tidak. Tapi nikan alam maya. Aku yang memilih untuk berblog berhadapan dengan dunia tnpa sempadan. Mngkin lama2 aku akan gembira. Ada suara yang didengar...ada rasa yang dikongsi...



****end****


Jul 16, 2010

kealpaan diri telah menyusahkan seantero alam


Huahua. Apelah yang telah berlaku kepada diriku yang bertuah ini.

Muda2 lagi dah ntah ape2. Kesahnyer. Aku online banking rhb terpakai kad asben aku punya. Holala. Kenapa kad tu mesti ada dlm sarung plastik buku RHB aku. Aku takleh nak login then kol lah num rhb mintak bantuan dia kata rujuk pada rhb berdekatan. Adeh la. Pi RHB OUG sana waktu lunch cuba2 masuk kad tak boleh buat transaksi refer kepada kaunter dia tolong la check ape2 yang patut. Baran jugak aku ape lah yang susah sangat nak membolehkan kad aku berfungsi. Dah la muke aku sembab tak hengat coz malam sebelum tu berjaga tengok final bola. Mesti dia kata aku garang. Haha.

Then diorang wat la ape2 yang patut kat kad aku tu. Tapi selepas 2 kali masuk kad semula pon tak boleh buat sebarang transaksi jugak. So solution seterusnya buat kad baru. adeh... terbang lagi rm12.Pulak tu tak boleh tukar pin num on the spot coz pegawai pi lunch. Apalah lu. Kad baru tu aku letak kat poket beg tangan aku. Haha. kan banyak kompartmen. Terpaksa aku datang sekali lagi pas balik keje petang tu untuk tukar nombor pin. Huhu.

Esoknya buat lagi log in online rhb pakai kad dalam purse. Tak boleh jugak. Hangin tul aku. Kol jugak mintak bantuan tapi tak sempat dengar penjelasan sampai habis aku terpaksa jumpa bos dulu.

Masa nak balik untuk beli barang cosway aku jumpa kad baru dalam beg aku. Adussss. Rupenye selama ni salah aku semuanya. Kenapa RHB takleh kesan kad itu bukan kad aku sebenarnya. Padan la burok ajer kad asben aku tu. susah2 ajer. Malam tu online banking pakai kad paling baru, barulah berjaya login RHB online. Huhu. Semua nyer salah ku. kad asben ade dlm sarung buku RHB aku. Dlm purse baru la kad aku sebenar. Sebab jarang berurusan ngn RHB tu yang tak tau tu. huhu


Jul 14, 2010

spende basah

uiit....korang tau ker spende basah. Ape yang korang expect dengan tajuk ni....aku kantoi pasal pakai spende basah... No! no! no! no! Ade sesape basahkan spende aku... No! no! no! no! luchah sekali korang  nie. Nge...nge...

ni ade satu cite yang terjadi kat opis aku sampai istilah spende basah ni timbul. Gini. di suatu petang yang sunyi berkatalah Mar kepada Chong
"Chong, u nak tak drawing tu?"
-
-
-
-
diam takde bunyi.

"u ni Chong. Macam cakap ngn spende basah."

Aku dah gelak2. Apesal mar ni sebut spende basah.

"Apesal cakap camtu kat Chong"
"Yealah saya tanya tak jawab2. Akak tau tak kalo orang tu spende basah dia diam jer tak bunyi2. Cam tu la dia. Pakai spende basah tu pasal diam monyok aje" mar dah luahkan isi hati dia sambil gelak2

Aku gelak kukikukik. Adoih. Istilah tak semenggah. Then aku tanya Chong paham ker ape Mar cakap

"Tak paham or. Ape tu?" dia jawab
"Basah tu wet...Spende tu underwear. So she mean u're wearing wet underwear thats why u're so quiet cannot talk"

So tercetus la ketawa besar secara beramai2. So korang kalo org tanya baek2 tu jawab la yea. Budi bahasa budaya kita. Atau korang memang tengah pakai spende basah so resah gelisah tak leh ckp ngn org. huahua

*ade lagi ker org pakai spende basah zmn skang? Dulu2 aku merasa ar tak ckp sluar then pakai sluar lembab2 p skolah. Memang aku diam tak gerak2. Hahahaha.


Jul 12, 2010

aku takleh tido

apa kesah ni? Huhu. Niat dihati pagi ni nk tengok bola kat mamak kul 1.30a.m so niat dihati nak tido awal lah. Lepas siap iron baju kami suami isteri untuk 2 hari jelah coz sangat tak larat untuk iron seminggu nyer. Hehe...sakit tangan coz main bowling di siang hari. Pastu lipat kain baju yang kubasuh hari sabtu tu. Penat pon buat jelah kang asben aku tak jumpe stoking dia nak pakai esok. Hehe. Pergi dapur nak minum air nampak periuk nasi semalam tak basuh lagi so basuh jer dulu semak mata nak tangguh2 ni oiiii. Dalam kul 10.30 siap semua keje solat dulu then baring2... Adus payahnya nak tido. Tak lena langsung...fikiran ni dok melayang ajer entah apa2 difikirkan.

Kul 11.40 kubangun bukak tenet lah....buat blogwalking n post something kat blog. Huhu. Waiting for final world cup Sepanyol vs Belanda kul 2 ni. Aku takdelah teruja ker atau ada sape2 pemain pilihan. Serius aku tak minat bola. Tapi aritu ikut asben tgk bola kat mamak Brazil vs Germany...Uii gile punya best. Dah kenal sape Kaka. So malam ni sajelah aku nak ikut. Ape salahnya dalam 365 hari aku buat perkara berbaza sehari. Ini perlawanan 4 tahun sekali kan. Semua orang pon tengok bola. So i just want to feel it....!


Mari kita kenali bendera negara terlibat

Spain @ Sepanyol


Belanda @ Netherlands



Ini durian Belanda. Hehe.

Malam ni I nak order ape yea...Megi goreng ker stik ker atau roti tisu. Haha. So korang rase sape menang. Aku tak kesah sape pon menang tapi aku akan sokong lawan kepada yang asben kusokong. Hehe. Mr Paul (Berlin) pilih Sepanyol tapi miss Mani (Singapura) pilih Belanda. Kalo cakap mr Paul betul aku tak tau ar kalo ade yang sanggup percaya kat dia atau memuja dia. Hishh syirik betul. Allah menghendaki sesuatu itu terjadi dengan izinnya. Kalo pilihan Paul betul kemenangan itu dan kebetulan itu terjadi dengann izin-Nya. Sebagai hamba Allah jangan lah kita percaya kepada yang lain melebihi kepercayaan kita kepada-Nya. Ujian kepada akidah itu datang dalam pelbagai bentuk :)

............Selamat menonton dan bersorak..........






Jul 10, 2010

Tia Amelia lagi

Sesape yang belum jumpa produk sesuai untuk kulit dia meh ler cube tia amelia. I de jual ngn murah. Biasa satu kotak tu rm95.00 tapi i jual rm85 jer. Kalo tia melia + toner i jual rm100 kalo kat pasaran rm112.90. I tak jual kalo benda ni tak bagus sekurang2nya bagus untuk i wink.gif Sebab produk ni bagus sajer jer kongsi pengalaman.

Attention :Harga dinyatakan diatas tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran cume RM6 ajer yer. Huhu taknak bayar postage mai amik kat umah i.


ni rm 85.00 ajer


ni rm100 ajer

Sila klik tia amelia kalo nak maklumat lanjut. Atau emel saya ain_348@yahoo.com

Sejak I pakai produk ni ramai tegur muke dah cerah...dah cantik. Hehe. suke2. Abang pon semakin sayang. Dulu selalu dia tegur...

"dok congkel2 mana tak parut"
"awak lagi cantik kalo takde parut tu"
"u... pakai ape pon tak guna kalo asyik korek2"

hahaha. Sentap gak I. Asik try2 jer semua produk yang I 'terliur' kat iklan. Tapi sudahnya...non ado. So u'olls yang tercari2 produk untuk muke tu mai la try. Kalo tak sesuai sila bagi jer kepada sesapa yang memerlukan adik ker kawan2 ker. I takleh ler jamin sesuai kat kulit korang tapi setakat yang kawan2 I cube ni ok la.

Sajer nak review muke i dulu dan sekarang
Pakai bedak pon nampak parut. Nasib mr Zi nak kat i.

Dulu2. Orang tanya i 'kene plentung ker?'. Huhu. Smpai hati u


Gambar ni jadi profile fb mr Zi. Dia sangat seronok ngn perubahan muke i


Skang. Orang tanya 'ani pakai produk ape nampak cantik, cerah dan gebu'.

Arghhhh...blushing2. haha. Astagfirullahhalazim. Jauhkan aku riak Ya Allah. Syukur kepada tuhan. Walaupun taklah sehebat mana atau secantik wanita2 anggun diluar sana sekurang2nya keyakinan aku dah bertambah.


-seelok-elok perhiasan di dunia ialah wanita yg solehah-

I akan berusaha untuk menjadi wanita solehah wink.gif Redhai perjalanan hidupku YaAllah


Jul 8, 2010

aku & dia dot dot

Tajuk tak bleh blah... Haha. Ni gambar kami masa boring2... Lucah sekali gambar ini. Tidak patut dipertontonkan manusia bawah umur



Sopan ajer asben aku


Aku..Mak aii rakusnya. Hahahaha

Sila ambil perhatian. Takde adengan comolot kat sini yea...

*Ni kalo mak aku tengok nie. Kene dengar ceramah la aku. Hehe "Mak..gobalisasi ni"


tudung aiskrim

ni la tudung yang asben i dengki sangat kat i tu. Ade ke dia cakap cam aiskrim. Rasa nak makan. Huhu. Tapi aku sangat SUKE.



Aku ade kisah pasal tudung nie. Aku beli kat jln TAR dlm bulan 3 kot. Nampak menarik sangat dimataku. Tunjuk la tudung yang tergantung kat ats dinding tu untuk diambil oleh salesman tu. Tapi masa tu dia tengah sibuk layan 2 orang puan nie. Tengah tunjuk2 tudung sambil tanya harga. Sebab aku mencelah dia pon bwk la turun tudung yang aku kenan sangat tu. Yerlah kang tunggu makcik ni dok sibuk tanya harga lama pulak aku nak pegang2 tudung yg aku kenan tu. Kombinasi warna yang cantik bagi aku Tapi asben aku dah tunjuk muke cebek. Harga rm15. Oklah tu. Aku terus bayar.

Then p kedai sebelah. Tengok2 baju. Kenan pulak dah ngn baju labuh tu. Aku pon try la dlm bilik try. Aku padan2kan ngn tudung yang baru kubeli. Then budak yang tunggu aku tu kata "padanlah kak pakai ngn tudung ni. Cantik." Ush kuang asam tul. Ade ker main selak jer langsir tu. Kalo aku tengah ber****l caner. Lepas salin baju aku pon decide pakai tudung aiskrim nie coz dah serabai dah rupenya pakai tudung pin kat leher (tudung pink bawal datuk K) dgn rambut2 terkeluarnye. Rimas la i petang2 cenggitu imej serabai.

Then kuar cari asben tanya ok tak baju yang baru nak beli nie. Entah mana la dia p. Ter teleng2 kepala cam cari orang hilang. I tegur dia.
"orang cari dia...hilangkan diri pulak" Asben terkejut
"Lorh padan la tak kenal pakai tudung lain."
"Ok ker baju nie?"
"ok. Cantik" Jawapan standard suami aku.
"Cantik ker...Yang ni ker yang tu"
"Adeh...Ade beza ker ckp Ok ker tak. Awak tu kalo nak beli beli jugek."
Aku sengih dan gi bayar... (memanglah aku yang decide tapi suami kene ckp ok. cantik. Baru la aku yakin ngn pilihanku. Hehe)

Tapi masa kat luar aku jumpa puan2 yang kat kedai tudung tadi. Nak elak tak sempat. Itu jer pintu yang lapang nak kuar pon. Aku terdengar

"Tengok...dia pakai tudung yang dia baru beli tadi." Dia cakap kat makcik sorang lagi selang tak berapa langkah aku melangkah.

Adoii malu gile. I cite kat asben diorang tgh ckp2 pasal i.

"Tudung cam aiskrim. Tak minat la kaler die." dia menambah.
"Aiskrim la sedap. Nanti terlopong la u.. kalo ade org jilat tudung i"
hahahhahaha


Jul 5, 2010

layout baru

haha...sekarang dah layout baru. Aku suke setakat nie. Kang aku dah boring aku tukar ler. Still under maintenance. Aku berazam nak explore benda2 baru yang aku tak tahu. Yerlah sebelum masuk sem baru ni ada la masa aku nak ngulat cani. Jumpe benda2 menarik kat blog org lain. Harus aku buat perubahan pada blog aku yang kusam ini... Macam wajah yang tak dijaga. kusam ajer. Dah lame berniat nak buat perubahan nie. Asik takde masa jer. Hijrah tu kan dituntut lebih2 lagi kearah sesuatu perkara yang lebih baik. Huhu. terlambat ker...Tiada istilah terlambat kepada mereka yang mahu belajar dan berjaya. haha. kene setepet. Aku kan nk jadi orang yang berjaya.



Ape kene mengena gambar aku diatas dengan entry ni. Sajer jer. Aku nak bagi sedekah jer kat korang...Senyum kan satu sedekah. T_T


Jul 2, 2010

tinggal satu paper jer lagi

tinggal satu paper jer lagi...then abis la musim2 stress. Walaupun sem pendek stress jugak ooo. Huhu.
-
-
-
-
entry paling pendek. Sajer jer nak update blog. Hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...