Aug 24, 2011

kisah petir

Tadi baca kisah pekerja indonesia yang mati di panah petir. Amat menakutkan. Aku sendiri amat trauma ngan petir ni. Alkisahnya aku hampir dipanah petir. Tapi tak mati. kalo mati aku tak menulis post nie..... huhu. Mase balik keje hari jumaat 12hbAugust2011 mase tu ujan lebat. Ade kilat ade petir. Memule aku payungkan kawan aku pergi kat kereta dia pastu dalam perjalanan kat kereta aku ade benda hentak kepala aku payung yang aku pegang tue la. Kepala rase kebas dan sakit. mase tu aku pegang kepala aku, jari yang tersentuh payung pon cam kene renjatan letrik. Aku rase bahaya...tapi taktau nak buat ape. Nak buang payung, aku pinjam opis punye terpaksa la aku pegang jugak sambil berlari2 ke kereta tapi tak payungkan diri sendiri walhal masih lagi kilat dan petir bertalu2 di atas langit sana.

Sampai dalam kereta aku taktau nak buat. kepala masih sakit. Aku istighfar banyak2. 5 minit pastu baru aku leh memandu. Perlahan dan takut. Syukur alhamdulillah. Nyawa aku masih panjang. Allah bagi peluang aku untuk hidup lagi dan bertaubat. Sampai umah nangis cite kat husband. Suh dia check kepala yang berdenyut2 tu. Ade hitam tak? ade bengkak tak? Ade kembong2 tak. Takut lak aku wayar aku ade lari2....huhu. Syukur2. Aku takde pape. malam tu masih sakit tapi esoknye beransur2 hilang. Besar kuasa tuhan. Kalo masa tu nyawa aku diambil... wallahuallam..Sampai janji kita dengan-Nya kepada-Nya lah kita pulang.

Pastu memanjang KL ujan n petir waktu petang. Aku trauma sangat.


Elakkan perkara bahaya ketika petir


ambil dari sini

1. Jauhkan dari tempat tinggi dan juga kawasan permatang, lebih tinggi anda berada lebih tinggi risiko yang anda bakal alami.

2. Jauhkan diri dari kawasan gua yang berair dikhuatiri kuasa elektrik yang mengalir akan bertumpu di kawasan ini.

3. Jauhkan diri anda dari sesuatu objek dikawasan lapang misalnya pokok atau bahan yang boleh menarik elektrik misalnya bahan berasaskan besi, tembaga dll, jika anda tidak boleh mengelak dari kawasan ini lakukan ‘Cone of Protection’ Seperti gambarajah dibawah. Jauhkan diri anda dari kawasan lapang ketika petir berlaku.

4. Elakkan dari bahan – bahan berasaskan besi dan jauhkan diri dari kawasan berair, bahan tersebut termasuklah messtin, batang khemah, dan juga barangan perhiasan anda. Berpayung juga bahaya.

5. Jika anda berada didalam kumpulan pastikan anda menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang – kurangnya 15 kaki antara satu dengan lain. Ini membolehkan sebarang kejadian yang berlaku anda dapat diselamatkan, jika duduk didalam satu kumpulan pasti semuanya akan terlibat jika disambar petir.

6. Jauhkan dari tempat terbuka, tempat terbaik ketika petir ialah di kawasan yang banyak pokok.

7. Duduk diatas alas ‘ Sleeping matt’ atau pun diatas beg dalam kaedah mencangkung dan tutup telinga anda pastikan seminima mungkin contact/sambungan tubuh badan anda dengan tanah.

8. Selepas hujan mulai reda atau tanda – tanda guruh telah tiada perhatikan dan lakukan pengamatan dalam masa 30 minit selepas tanda – tanda tersebut, sekiranya tiada lagi guruh maka aktiviti boleh disambung kembali.

9. Jangan lupa mohon pada tuhan agar diselamatkan dan diberi perlindungan kepada kita.




Jul 2, 2011

transformers aku dah tengok

Kene ot pulak....Aku nk nengok transformers malam ni. Huhu. Sampai umah agak lewat dlm kul 8 lebih. Then cpt2 mandi then kuar umah. Sebelum tu makan bihun sup kat sup meletop bandar permaisuri nie jer. Husband dah belikan tiket masa balik keje tadi kat viva home cheras. Tempat ni kalau panggung agak lengang coz tempat baru ramai taktau.

Dalam tu baru jer 5 minit cite tayang aku dah mengantuk siap pejam lagi. Husband yang peminat tegar cite tranformers ni ok jer. Bg aku permulaan cite agak lembab dan hanyut...tak phm omputeh kan cepat ler aku pejam. Tapi bile dah kemuncak tranformers lawan2 pon aku pejam gak. Punyerler bising sound effect dia tak mampu bukak mata aku pon. Huhu. Giler lame citer nie nak abis. Biler dah abis aku tanya husband berapa bintang nak bagi citer nie.

-5 bintang la honey
#tapi tak best pon tadi sampai tertido2 i
-u tak folo dari mule. mmg ar

masuk dalam keta aku tertido sampai kat parking umah husband kejutkan. Giler ngntuk. Esok pagi tanya husband cane citer dia smlm. dia pon terangkan laa. awesome! So sesape yg nak tgk jgn terpengaruh ngn citer aku.... Best jer tu. Cer tgk trailer cite ni


nak tutup blog

Niat dihati nak close satu blog yang dah macam hidup segan mati takmau. Blog itu adalah blog kedaikecikaini Huhu. Sebab...
  1. aku dah maleh nak update. setahun lebih dah aku tak letak barang baru.
  2. Aku takde masa nk update blog itu dan promosi barang. Blog ni pon dah tak larat nak buat entri
  3. Barang tak laku... haha. ~sape suh tak pomot kan.
  4. Kalau barang itu bukan tia amelia aku maleh nak anta. kena bungkus lagi kena pergi pejabat pos lagi. Tia amelia aku buat dropship jer. Aku amik order uruskan soal jawab dan pembayaran dan supplier yang akan anta.
  5. Ade yang setakat bertanya jer tapi taknak beli....Arghh penat aku balas mesej dia, balas emel dia. I'm looking serious buyers only ok. masa aku sangat berharga.
  6. Aku ingat nak tambah barang baru..barang kecantikan dan kesihatan jugak la. Tapi kalau aku tak pakai sendiri cane aku nak jawab bile pelanggan tanya. Ermmm. Alasan jer akan kalau dah malas tu.
  7. Bedak miyami pulak aku cume amik order dari budak2 kelas yg nak beli... Tkde kos penghantaran coz aku bawak sendiri. Kalau orang order bedak ni online aku maleh nak anta. harhar
  8. kat opis dah tkleh online. urusan baca emel sebelah malam jer. kalau takde orang order pagi dan dah buat pembayaran aku terus bayar supplier then petang dia dah leh anta. skang kalau bayar lambat...aku order sebelah malam jer, esok baru supplier akan anta barang. tak cergas cam dulu laaaa.
  9. Aku adalah seorang isteri yang bekerja sebelah siangnya kadang2 overtime balik lambat kadang2 malamnya aku masak so penat sikit. Malam kena buat assignment lagi layan hubby lagik...hikhik. Weekend lak ade kelas. Penuh dan sendat xtvt aku
tapi bile aku nak tutup ade orang order lagi.... hehe. Syok. Sampai luar negara aku anta tau... Thinking....nak teruskan ker tidak...atau nak biar jer gitu jer order masuk skali skala. Tapi tak puas kan tak dapat maksimakan keuntungan. hurrmm


Boleh ker tidak...boleh ker tidak....BOLEH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...