Mar 31, 2011

cara hamster tidur

Ni cara hamsterku tidor...kih2. kepit kat celah2 cage.


gaya bersantai2 3 beradik


Mar 30, 2011

Kisah di matta fair 2011

Sabtu lepas 12hb mac aku ngn husband p matta fair kt pwtc…. Giler lame baru nak update. Ni first time pergi. Tanpa dlm kepala otak ade destinasi tetap…Actually ade beberapa la Singapore, Sabah atau Thailand. Chewah tahun ni teringn p tempat jauh sikit.. coz dah ade passport. Jauh sikit jer. Kihkih.

Bayaran masuk rm3 per kepala. Orang punyer la ramai…ape la yg diorang carik erk. Bukan ade makanan pon. Ekekek. Letih macam2 tempat kitorang p amik browser itu ini. Setelah bertafakur sekejap kitorang decide satu tempat jer n start looking for it….Takleh lari focus nanti bajet pon lari. Haha. Dah jumpe satu tempat ni dah tak larat nak survey yg lain. Amik jer la. Huhu. Taktahu la kalo2 ade lagi yg murah ker. Bukan cari yg murah sangat pon cari yg berkualiti almaklumlah kat tempat org kalo tersadai naya ja.

Ade satu kisah yg memalukan terjadi kpd diriku ini. Hahaha. Nak cite ke tak…cite ke tak.

+

+

+

+

+

+

+

+

+



Sedang asik jalan2 tu kadang2 terlepas tangan husband yerlah reramai tu takkan nak didakap erat. Pastu mata aku tertarik ngn satu booth ni then tarik tangan husband. Yerlah kang dia taktau aku gi situ… Aik apesal tangan hubby sejuk jer ni. Aku toleh ar rupe2nyer tangan apek cina. Hahahahahaha. Blushing2. Husband start gelakkan aku. Aku pon turut gelak then mintak maaf kat uncle tu. Haha. Raser nak guling2 gelak kat diri sendiri. Ish2. Tangan apek tu takde bulu so sejuk ar…tangan hubby I ade bulu kerinting2 (bulu penyayang…menurut kata dia la). So kalo pegang takde ar sejuk sangat. Tempat I cari kepanasan. hakhak.


Then aku dah tak larat jenjalan…kitorang decide nak balik. Aku terpikir buat ape pergi sini kalo tak deal ngn 1 percutian pon. Then booking jerlah. Cari booth air asia tak jumpa lak. Nantilah booking by online tiket flight. Mase ni aku dah tersadai kat kerusi coz letih giler jenjalan disamping mengalami period pain 1st day. Dah ler pasni aku ade kelas kul 2 petang. Kul 2 petang baru aku gerak balik. Kihkih. Sambil dalam hati mmg berniat masuk kelas lambat.













Mar 21, 2011

dipujuk dirayu

hmmm....ape sajelah yg melanda aku bulan ni. Skang aku dah terima 2 offer kerja di syarikat baru. Aku dah tolak 2 sesi interview krn merasakan aku dah suke ngn 1 syarikat ni. Walaupon gaji yang ditawarkan tak banyak mane coz nnt diambilkira tol n parking dan minyak mmg takde berlebih2an nye. Tapi mcm niat memule aku tukar bos bukan sebab gaji tapi sebab2 yg pernah aku nyatakan sebelum ini.

Aku cume harap aku leh dapat ramai kawan n suasana kerja yg lebih baik dan menggembirakan.

Tapi tadi bos pujuk lagi...Huhu. Dulu mase isteri dia pujuk aku rasa sedih la jugak coz baru jer bagi surat benti keje gabra pon tak abih lagi. Tapi bile dah aku lalui fasa tu, masa bos tanya tadi aku dah leh gelak2. Dia tanya ape kekuranagn syarikat dia? Ape yang boleh dia buat supaya aku terus bekerja kat situ? Gaji ker cuti ker kawan ramai ker? kalo gaji boleh buatkan aku stay dia boleh consider.....

Katanya aku antara pekerja terbaik yg pernah dia ada. Aku tau semua hal2 syarikat. Kat mana nak cari fail tu, fail ni, drawing tu, tau setting plotter dll.

>Ish tu sape yg diajar pon akan tau lah kan....


Ah masa ni aku rasa amat payah. Takkan lah diorang nak tukar polisi syarikat diorang semata2 nak meet aku punye requirement. Aku cume cakap saya dah bgtau J*** itu hari kenapa saya nak benti.
Ya. But u said u want to think it. Plz think very well. We need u.

Aku tak mampu nak ckp pape....Huhu. Aku senyum jer. Tapi aku tak bgtau lagi aku mmg betul2 nak berenti dan dah terima offer syarikat lain.

~JGN goyahkan pendirian aku~


Mar 20, 2011

Keletah Hamsterku Yang Notty

Baru upload video arwah hamsterku. Nanti akan upload gamba hamster terbaru lak




Mar 14, 2011

bagi surat resign

Arini kul 5.30 ptg aku bg surat benti keje. Huhu. Perasaan jgn ckp la. Gementar Gile. Aku pasan muke bos dah berubah masa tu. Saat ni kalo diajak bersembang mmmg aku nangis. Nasib diorang tak tanye ape2 dan aku buat keje ku macam biasa. Kul 6.45 staf lain dah balik tinggal aku jer nak off komputer dan bacuh cawan. Bos datang tanya dari hati ke hati kenapa nk benti... Dengan berat hati aku ckp la alasan2 aku.

Ada lagi 3 interview menanti aku pasni. 2 tempat tu agak dekat 1 di Kuchai Lama gak satu lagi di Sri Petaling 1 lagi jauh sikit di Petaling Jaya.

Huhu. Aku dah trime satu tawaran tapi tempat ni jauh. Selagi aku lum pergi aku leh ar pilih2 yg terbaik. Huhu. wish me best of luck


Mar 7, 2011

xtvt di Gym


Hobi baru aku ialah kuarkan peluh di gym. Kalo joging bantar tasik permaisuri pon aku tak berpeluh sakan cam xtvt yang aku buat di gym.... Hehe. Kuarkan peluh disini berharga rm5 sekali masuk. Oklah jugakan. At least aku buat xtvt berpekdah

Sesape takde xtvt nak buat tu datang ler kesini. Fitness centre kat atas restoren mamak kayu Bandar Permaisuri...skang tgk dah bertambah pelanggan dia. Tapi takde la sampai kene beratur tunggu turn. Aku pon bukan datang slalu. Mai larat ja agak2 nk lepaskan tension jer.





























Dalam Dilema

Aku dalam dilema besar....Haruskah aku teruskan? Patutkah aku terima cabaran ni? I'm looking for new job, new environment, new fren. Sabtu lepas aku pergi interview. Dari Bandar Permaisuri Ke IOI Boulevard...jauhnyer... Huhu. Luckily on the spot dapat keje. Tergamam. Aku sedang berkira2...gaji disana lebih 200 jer dari sini insteadt aku mintak 400. Tapi sana syarikat besar. Kat sana jugak taraf hidup tinggi. Aku tak nampak tempat mkn murah2... Parking kena bayar-monthly katenye rm90 (tpt keje skang parking tak kene bayar. Aku gerak dari umah aku kul 9.45 sampai sana lebih kurang 10.30 (45 minit). Interview kul 11. Itupun hari sabtu. Kalo weekday during peak hours? How? Almost 2 hour kot. Duit minyak kompom berganda2. Kalo jln tol? Worth?


Tapi Balik dr IOI Boulevard tu nak ke Bgnn Yayasan tempat aku study part time la ni punyalah lama....jauh.... Huhu. Aku lewat setengah jam tapi sempat solat zohor dibawah. tapi masuk kelas budak2 kelas dah kenen2. Macam2 lah. Macam eksekutif lah. Macam polis lah gara2 aku menyemat tudung siap tuck in coz kolar baju tu keras dan kalo aku biarkan kat luar cam kembang2 tekak aku. hehe. Dikatakan jugak aku pen biru pen merah coz dok sebelah Nani dia pakai skirt hitam, baju merah, tudung hitam...Ape2 sajelah aku rela. Tapi aku pon rasa aku nampak macam polis. HAHAHA



Gmbar aku g interviu. Suit baru tu. Pelaburan yang berjaya. Haha


Aku dalam dilema. Mmg aku nak cabaran baru...kwn2 br, suasana bekerja yang lebih baik tapi adakah ini semua berbaloi untuk aku. Entah2 kang kul 9 lebih baru sampai umah...then penat..then tido...bangun awal pagi lagi. menempuh perkara yg sama lagi. Sebagai seorang student bile mase la aku nk ulgkaji bila masa aku nk masak untuk suami. huhu. Am I negative thingking...atau aku tak berani kuar dari zon selesa?



Inspektor Aini nak lapor diri. Bleh?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...