Nov 30, 2009

hamster oh hamster

Aritu 16hbNov, si ibu hamster beranak 6 ekor. Sekor mati tinggal lah 5 ekor. Takmau kejadian lama berulang kami asingkan bapak hamster yang 2 ekor kat tempat lain. Dlm 2 ari jer dah tinggal 3 ekor. Seperti biasa mayat hamster tak nampak pon. Ditelan siibu hamster. Uish jahat kan. Sebagai langkah keselamatan kami asingkan diorang kat bilik yang lebih gelap. Siibu hamster memang tak suka terang2 n tak suka org tgk dia. Kuarkan jugak roller coaster dia binatang tgh pantang mana leh main. Yer tak? teori bawang aku tu.

Seronok gak tgk perkembangan diorang nie. tumbuh bulu, aktif. Hikhik. Tu jerlah dpt tgk, org belum ada baby sendiri lagi. Masa nak balik kpg risau gak tiggal diorang 4 hari entah apalah jadi. nak bawak balik kampung kang kene buli lak ngn askar2 kat umah tu.. tinggal kan diorang makanan lebih sikit. Bila balik dari kampung, 1st thing kitorang serbu adalah hamster. Tinggal sekor jer anak hamster. Sekor lagi dah rongak. Sekor lagi pastilah dlm perut siibu hamster. Aduh sedih giler Emo pulak aku. Tapi malam tu siibu hamster cam resah gelisah asik panjat2 cm gila meroyan jer rupenye. Unfortunately petang tadi habis jugak anak hamster yang sekor tu...

-hanya gambar jadi kenangan. Huhu. Susah rupenya bela hamster.




-masa memula lahir.


-Seminggu camtu umur dia


Nov 15, 2009

Taman pertanian Malaysia

14hbNov. Destinasi seterusnya adalah taman pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam. Panjangnya nama dia. Taman Botani, Bukit Cerakah pon yer jugak. Pukul 9 dah sampai sana.

Kat sini per entry rm3. Basikal baru rm5 sejam n rm1 untuk jam berikutnya. Basikal lama rm3. Mestilah ambik yang baru. Aktiviti menyakitkan punggung adalah cycling. Tak sangka bukit dia punye banyak tu yang kayuh tak daya, tolak jugak... Heheh penat. Tapi best tgk environment baru. Yang best aku rasa taman cactus n rumah 4 musim. Yg lain2 tu kat kampong den pon ado ehh. tapi den bukan orghang n9 yo. Perak dok ada.

Masa sampai kat kebun buah2an. Takde musim pon unless buah cempedak jer. Tapi takleh ambik gitu jer kene beli.

Paling tak best salah jalan asyik kene naik bukit jer. Apsal ni. Patutlah baru kuteringat tadi ada signboard no entry. Tapi redah jer memandangkan dah separuh jalan. Sempat makan kat atas bukit roti gardenia n tuna. Nasib stanby bekal. Lapau tahap gaban.

Apo2 pon Layan gambo. Photo tell everything.



Memule sampai.


Baca peta dulu. Kang sesat.


Lepak dulu. Hujan renyai2 tu.


Adeh.. letihnyer naik beskal. Kene tuntun lak.


tgk org flying fox.


Basikal hubby rosak. Rantai jatuh. Kui2


Ish..cam kanak2 riang.

ani the giant cactus.


Mr hubby n cactus





During autumn.

Kamera berkabus.


Nov 9, 2009

post ke 100

Post ker 100. Hehe tak sangka baru sampai 100 dlm tak rajin menulis nieee. Ari ni baru abis exam. So pasni leh ler rehat sikit. Yerlah asik tak menyempat je.

So lucky pagi tadi sempat sampaikn diri ke dewan peperiksaan tepat pada masanya. Kuar kul 7.45 dari umah. Masuk terowong smart. Exam kul 9 ingat sempat ler. Tak pandai agak sebab tak pernah p masa weekday. Perut berkeroncong giler sebab tak bekpes. Kul 8.45 sampai kat cafe. Makan mee grg ajer. Pesan teh tarik..tak jadi kang panas camna nak minum. Pesan teh ais pulak. Sebab lambat sangat aku cancel jer. Dia baru nak beli susu. Adeh. Dapat la beberapa suap mee walaupon tak abeh.

Sampai atas aku tercari2 bilik. Ramai dah rupenya tapi still ada gak kosong maybe terperangkap dlm jammed. Aku start bersin. Ahh aku tau aku bakal kelemasan menjawab soalan kerana aku perlu tunduk. Tak bawak tisu pulak. Aduh malang ler. Berulang alik ker toilet jer. kan dah buang masa tu.

Soalan dia kategori blah jawab laa berbanding Differential Equations walaupon ada yang aku keliru. Masa nak balik umah ingat nak singgah kedai makan beli makanan tengahari. Takde parking so aku balik umah terus. Masak nasik n goreng telur n kicap. Tak lalu wehh. Ditambah ngan sakit kepala yang melanda.

arghh nak p rehat jap..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...