May 21, 2011

aku yang tak pernah bercerita

Aku yang tak pernah bercerita tentang aku n hubby yg dalam usaha untuk menjadi ayah dan ibu. Getting pregnant is so hard. Apa2 yg aku buat untuk cerahkan peluang hamil tak pernah aku ceritakan kat blog kesayangan aku ni. Aku tak pasti kenapa. Walau aku terlalu ingin bercerita. Mungkin aku malu kot. dah 2 tahun 9 bulan aku kahwin belum lagi dapat anak. Walhal aku rasa bersalah sebab blog ni dibuat untuk aku review balik cerita2 hidup aku tarikh2 penting dlm hidup aku. Cerita perkahwinan aku pon aku tak cite dlm nie. Huhu.

Sejujurnya aku amat mengerti. Walau apapun usaha selagi Allah belum izinkan untuk dapat zuriat selagi itulah takde. Ujian untuk hambanya yg terpilih supaya kita lebih dekatkan diri dengan pencipta-Nya. Tapi sebagai hambanya kita kena redha, terima dengan lapang dada dan jangan putus berikhtiar. Seandainya Allah menghendaki terjadilah ia maka terjadilah. KUN FAYAKUN.

TerIngat cerita nabi Zakaria. Nabi Zakaria berdoa kepada Allah
"Ya tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap urusan sepeninggalanku, sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahkanlah aku dari sisi engkau seorang putera yang akan mewarisi sebahagian keluargaku Yaqub dan jadikanlah ia seorang yang diredhai."

Tuhan berfirman "hai zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan beroleh seorang anak yang namanya Yahaya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang serupa dia"

Zakaria berkata "Ya tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua."

Tuhan berfirman " Demikianlah. Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesungguhnya telah aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali."

Kisah maryam dan nabi isa a.s


Ketika Allah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam. Jibril memberitahu bahawa Tuhan memberinya seorang anak laki2 yang suci

Maryam berkata "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki2. Sedang aku tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan aku bukan pula seorang penzina."

Jibril berkata : demikianlah. Tuhanmu berfirman "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan"

~petikan surah maryam~

Kisah inilah yang menguatkan emosi aku untuk hadapi ujian Allah ini. Selebihnya sokongan moral dari suami tercinta. Selepas ni aku akn bercerita tentang pengalaman2 aku dalam usaha untuk mengandung untuk dikongsi bersama pembaca blog aku nie. Walaupun aku tak rapat dan tak punya ramai kawan dialam maya nie. Tapi aku tau ade yg singgah blog aku setiap hari. Secara konsistennye pengunjung blog aku lebih dari 30 orang setiap hari...terima kasih semua


May 15, 2011

xtvt mingguan


Abang bz minggu ni.....Sabtu ahad pon dia kene keje. Huhu. Giler bosan dok umah sensorang. Aku tgk hamster aku dah mashem dan tak ensem. Ini terbabas 2 minggu tak cuci diorang. Slalu asben wat keje2 cuci tempat diorang dan mandikan diorang. Kali ni nampaknye aku la kene buat.

ade 8 ekor hamster semuanya. So ade 2 cage kene bersihkan. Kalo mak hamster beranak lagi aku taktau ar nak buat ape. Kene jual gamaknye kepada yang berminat nak jaga. Buang serbuk kayu yang lama...busyuk dan mashem itu. Patutnye seminggu sekali wat benda ni untuk jaga kebersihan die. Pastu cuci bekas dia ngn sabun pencuci. Then lap ngn kain.


Macam barang mainan budak jer kan


May 14, 2011

anak ibarat kain putih

last week balik kampung. Saje jenguk famili lgpun ni aje kesempatan yg ade sebab cuti sem... Rindu kat anak sedare aku izuan dan fatin tu. Lgpun aku ade belikan diorang dough/plastisin/tnh liat.

Izuan ni aku tgk budak baik dan patuh. Kalo betul didikan nye insyaAllah jd seorang yg berguna bile dah besar nanti. umur 5 tahun dan sangat sensitif. mudah merajuk. huhu.

Senja sabtu tu lepak depan tv. Dia tengok kartun captain barbel. Abangku (ayah dia) baru jer sampai rumah then tukar channel lain.

"Izuan nk tgk kartun tu" Izuan cakap dlm nada merayu
"Nak tengok p sembahyang dulu". Tegur ayah dia. Tapi masa tu aku, abang, dan adik bongsu aku masih duk depan tv. Ish ape punye contoh daaa. Kami masing2 tak berganjak lagi. Huhu. baru 7.30 masa tu.

Dengan patuhnye dia pun bangun dan solat ngn mak dia. Baca doa punye la kuat. Budak2 baca doa style sekolah ajar. Masa duduk tahiyat awal tu siap tanya lagi kat mak dia yang jadi imam tu. "mak, baca attahiya ke mak?" sambil goncang mak dia. Adeh. Aku pon menyampuk. "Ha. attahiya." Lepas solat dia pon amik muqaddam dan baca ngn mak dia. Huhu. Baek betul. tak payah suruh2. Hope esok2 anak aku pon camtu jugak.

Lepas baca muqaddam dia pon tuntut la channel kegemaran dia tadi. So bagi la dia tgk. Masa ni kami beransur2 bangun, mandi dan solat.

Moral of the story. anak ibarat kain putih kitelah yang mencoraknye. Didikan agama adalah sebaik2 panduan hidup.


Acu dia bawak izuan ngn fatin main keta sorong ni....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...