Dec 14, 2009

Aktiviti2 di musim cuti

Lokasi : The mines,KLCC-PC fair,Jom Heboh-Bukit jalil,n merata2...
Tarikh : 30hb Nov until 6 Dec 2009






The Mines









Dec 8, 2009

Raya korban n kenduri

LOkasi : kampung Air Ibol
Tarikh : 27hb Nov 2009 (raya haji)

Hampir separuh jalan rosak teruk dek banjir yang melanda baru2 ini. Bahaya nie.


Gelagat anak2 sedara.


Kene buli ker kasih sayang niee.


Susah rupanya nak tumbangkan dia. Hua2. Setengah jam gak la baru berjaya.


Akhirnya.....Kene hadapkan kearah kiblat semasa menyembelih. Tapi sebelum tu gali lubang sikit supaya darahnya dapat disalir dan dikambus dlm lubang tersebut. Lepas sembelih bertakbir.


Setelah dilapah. Sapa2 yang kesian kat lembu ni takleh tengok adengan menyembelih ni kang takleh makan.


Geng cuci2. Besen nak letak daging2 n tulang yang telah dipotong2.


Tarikh : 29hb Nov 2009

Tolong2 kat umah mertua. Kenduri sempena korban lembu. Sempat jer hubby snap dlm sebok2 tu.

Kusyuk di dapur.


sempat cuci n gunting rambut kat kedai cikai di Lenggong after kenduri ekceli after mandi sungai.


LOkasi : Lawin Selatan
Tarikh : 30hb Nov 2009

Kat umah mak. Anak sedara yang comey2. Izuan n Fatin.


Dec 3, 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...