May 31, 2009

terima kasih pengunjung blog

Dunia blog semakin meluas... Perkembangan yang sangat baik. Tapi banyak jugak lagi yang aku tak tahu dan perlu amik tahu. Camner nak buat tu, nak buat nie yang aku nampak menarik sangat kat blog orang lain.. Hehe. Banyak kene explore nieh. Masih lagi dapat bantuan dari hubby tersayang. Aku cume masukkan post jer.

Walaupun sekarang aku jarang buat entry pasal diri aku. Yerlah takkan tiap2 hari aku ada aktiviti best. Kalo tak best jgn share ngn org lain. Yer tak? Entry yang aku masukkan pasal apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi n untuk aku refer next time. Kira macam gedung ku jugak la. Walaupun carca marba, tak tersusun n bercampur baur..

Thanks kepada pengunjung n pembaca blog. Walaupun tak ramai followers n tak byk komen diterima tapi setiap hari lebih la 5 orang yang dtg. Orang kate aku syok sendiri. Takper. Aku tak penah rasa rugi. Aku buat benda nie sekadar mengisi masa n sharing. Bukan untuk buat duit. Tak penah dpt duit lagi pun dr google or nufnang. Itu bukan obektif aku. Lagipun berapa org sangat nak lyn iklan n klik iklan nieh kan?

Aku rasa aku ada menyumbang sesuatu jugak la ilmu kat orang. Terutama pasal agama. Entry untk agama aku tak reka aku amik dari buku agama yang aku ada. Mane leh reka pasal agama ni beb. Paling dapat sambutan entry tentang PANDUAN SOLAT JAMAK & QASAR. Aku buat untuk panduan aku sebenarnya yang ragu2 caner nak buat n niat dlm bahasa arab kalo aku berjalan jauh. Orang kata bahasa melayu pun boleh. Tapi aku rasa takde alasan kalo kite boleh cari n blaja niat dlm bahasa arab n pelaksanaan solat ni. Pasal agama ni aku tak berani memain korang kena gak rujuk buku n ustaz. Karang pahaman cam lain pulak.

Hehe. Arini ade kenduri kawin kat blok 3. Takkan nak pi sorang. Hubby ada hal entah sempat balik entah tidak. Kenyang gi la skang nie coz pagi tadi makan cucur kuchai ngn kuah kacang yang aku buat sendiri. Takde mood nak masak maleh pulok nak p kedai beli bahan mentah. Kalo dpt p kenduri ngn hubby best gak nih. Nak layan melodi jap g.






May 30, 2009

The Miraculous Gold Number

Ini ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca2 blog aku. Aku tak fit in video dr yutube nie supaya puas la nak tengok. Tapi kene fikir sendiri & muhasabah diri.


May 27, 2009

PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

Perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan ialah
  1. bersetubuh sama ada keluar air mani ataupun tidak
  2. keluar mani secara sengaja ataupun tidak
  3. mati
Adapun perkara2 yg mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja ialah
  1. haid
  2. nifas
  3. wiladah (bersalin)
Bersetubuh

-maksudnya ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunat)

-seseorang yang ingin bersetubuh disunatkan membaca

allahummaj nibishaitho nawaj nibishaitho nama razaktana
-hai tuhan kami, jauhilah syaitan, dan jauhilah syaitan pada apa yang kamu rezekikan kepada kami(anak)

Haid

-haid ialah darah kotor yang keluar dari kemaluan perempuan yang bukan darah penyakit

masa haid
  1. sekurang2nya haid sehari semalam iaitu 24 jam
  2. selama-lamanya 15 hari 15 malam
  3. kebiasaannya 6 atau 7 hari tujuh malam.
-haid itu mestilah berwarna merah kehitaman atau kuning tua atau berwarna coklat. sekiranya yang keluar itu berwarna putih maka tidaklah dipanggil haid dan mestilah juga perempuan itu tidak mengandung.

Tempoh suci

sekurang2nya tempoh suci itu mesti 15 hari 15 malam. Ertinya diantara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang selama-lamanya.

Peringatan
  1. sekiranya darah yang keluar melebihi dari kebiasaan umpamanya sehingga 10 hari atau 7 hari atau melebihi dari maksimum haid 17 hari (yg selama-lamanya 15 hari) maka darah yang lebih itu dikira istihadhah atau darah penyakit
  2. orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan lain-lain sebagaimana orang biasa juga.
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid dan nifas

  1. solat
  2. membaca Al-Quran
  3. menyentuh Al-Quran
  4. membawa Al-Quran
  5. tawaf
  6. puasa
  7. bergurau senda antara pusat dan lutut
  8. bersetubuh
  9. bercerai (orang haid sahaja)
  10. berhenti didalam masjid
Peringatan

Orang yang sedang haid/nifas boleh membaca sedikit ayat Al-Quran seperti Bismillahir-Rahmanir-Rahim dengan niat zikir


May 24, 2009

Dan Sebenarnya



Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
oh


Dingin seks - fahami isteri

Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka.

Ada sesuatu yang tidak kena
Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami masalah ini juga akan berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya lantaran kegagalan mencapai keinginan seks.

Keyakinannya juga semakin menurun apabila berlaku percanggahan dengan suami tentang apa yang sepatutnya dilakukan ketika hubungan intim. Ketika ini wanita mungkin akan merasakan aktiviti seks bersama suami sesuatu yang menyakitkan, dan seterusnya membuatkan keengganan melakukan hubungan seks makin menebal.

Sentuhan dan ciuman sesuatu yang menjengkelkan
Selalunya permulaan romantis seperti sentuhan dan ciuman memang mampu merangsang ghairah seks wanita. Namun bagi wanita yang tidak berkeinginan terhadap seks, perkara itu akan dianggap sesuatu yang menjengkelkan sekali gus menolak keinginan suami.

Bagi suami pula penolakan tersebut akan membuatkan dia berasa dirinya tiada lagi daya penarik di mata pasangan. Sekiranya suami tidak memahami keadaan isteri dari sinilah mungkin timbul pelbagai tuduhan yang mungkin tidak berasas kepada isteri.

Paksaan suami buat isteri lebih dingin
Suami yang bertimbang rasa dan memahami keadaan isteri boleh bertolak ansur apabila pasangan menolak keinginannya. Mereka tidak akan menuduh sembarangan mahupun menarik muka masam. Namun keadaan sebaliknya berlaku jika suami tersebut tidak mahu bertolak ansur.

Suami yang menganggap dia boleh mencapai keinginan tersebut tanpa mengira apa juga cara sekalipun boleh menyebabkan berlakunya seks tanpa kerelaan isteri. Keadaan ini sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan. Isteri mungkin menjadi lebih dingin terhadap ajakan seks suami.

Komunikasi suami isteri
Komunikasi yang baik, positif dan efektif penting sebagai daya penarik hubungan seks terutama buat isteri yang mengalami penurunan nafsu seks. Seorang suami perlu pandai memujuk, melayani dan menarik hati isteri untuk memenuhi kehendak batinnya dengan hati yang terbuka. Selain itu suami dan isteri juga perlu punya pengetahuan dalam hubungan seks.

Ilmu yang cetek tentang hubungan intim ini boleh membuatkan aktiviti suami isteri menjadi bosan dan hambar. Selain daripada itu baik suami ataupun isteri haruslah bersedia menjadi pendengar yang baik. Dalam keadaan isteri mengalami masalah penurunan ghairah seksual, suami haruslah bersedia mendengar masalah di pihak isteri. Dengarlah penjelasan isteri sebaiknya agar masalah dapat ditangani dengan tenang dan jalan penyelesaian dapat dicari.

Elakkan salah faham
Apabila isteri enggan menuruti kemahuannya, suami mula berpendapat bahawa dia tidak lagi dicintai oleh isteri. Malah suami mungkin juga berasa bahawa penolakan terhadap seks oleh isterinya adalah disebabkan kegagalannya dalam memberi kepuasan seks kepada isteri. Pada masa yang sama isteri pula merasakan bahawa pasangannya lebih mementingkan diri sendiri dan hanya mahukan seks tanpa mencintai dirinya. Selain itu dia juga akan berasa dirinya bermasalah lantaran tidak berasa seronok ketika melakukan hubungan seks. Tafsiran yang salah ini hanya akan memburukkan lagi situasi isteri.

Memencilkan diri
Wanita yang enggan melakukan hubungan seks juga selalu akan mengelak daripada kucupan dan belaian suami. Pada pandangan wanita itu, ia adalah lambang persetujuan untuk mengadakan hubungan seks. Keadaan ini akan memberi tekanan pada dirinya sehingga boleh menyebabkan dia enggan memberi senyuman mahupun berpaling kepada suami. Jika keadaan berpanjangan, ia akan menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.


Pandai-pandai la isteri-isteri di luar sana membawa diri di gelanggang perkahwinan. Jangan suami sahaja yang kena paham isteri, tanggungjawab isteri pada suami dan keluarga juga harus diUTAMAkan. Masalah jika tidak diselesaikan akan jadi racun dalam perkahwinan


May 22, 2009

malam pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan



Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu......


May 21, 2009

TAHUKAH ANDA

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk
mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?
kekekeke!!! OK dah pegi buat keja....


May 17, 2009

bulan kelahiran dan sifat anda-Oktober, november, Disember

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik




bulan kelahiran dan sifat anda-julai, ogos, september

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


bulan kelahiran dan sifat anda-januari, februari, mac

Kajian Bulan Kelahiran - Dr Fadzilah Kamsah
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


bulan kelahiran dan sifat anda-april,mei, jun

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



May 16, 2009

6 Things to Buy Before the Economy Improves



-women's clothing

1. Women's Clothing
According to the Consumer Price Index, women's outerwear, shoes and accessories have all seen lower prices in February compared with a year ago. Recently, women have begun flocking to "value" retailers, according to Piper Jaffray retail clothing analyst Jeffrey Klinefelter. That means less expensive clothing stores can lower their prices through lower production costs, and more expensive clothing stores will be forced to have more sales and clearance racks



-laptop

2. Laptops
Paul Ryder, vice president of consumer electronics for Amazon.com, says laptop prices have dropped thanks to the interest in netbooks. Although the Consumer Price Index does not break out laptop computers from others, it seems to broadly support this claim, with personal computer prices falling 13 percent in February from a year earlier.




-toys

3. Toys
Parents can breathe a sigh of relief: More affordable toys are on their way for the holidays. According to the Toy Industry Association Inc., toy manufacturers are responding to the economic climate by developing low-cost toys. One toymaker, Wild Planet, has priced their entire 2009 line under $25. Look for lower-priced toys starting to hit stores this summer



televisions

4. Televisions
Each year it seems as though TVs get cheaper and cheaper, but this year those decreases are starting to make larger flat-panel TVs far more affordable. The radio/television category in February's Consumer Price Index was down 9 percent from a year ago as more manufacturers get into the flat-panel business, driving prices down.



-furniture

5. Furniture
With fewer people buying houses, fewer people are buying new furniture. Jim Sluzewski, a spokesman for Macy's, says furniture demand across the industry has noticeably decreased over the past year. That's driven many furniture retailers out of business, according to John Baugh, an analyst who covers the furniture industry at Stifel, Nicolaus & Co. Inc. Retailers still in the market have to respond to those liquidation sales with price cuts and clearance items of their own. Baugh also noted that consumers with good credit can also often obtain very attractive financing.



-diamond ring

6. Diamonds
Don't wait for the economy to improve before popping the question. Diane Irvine, chief executive officer of leading online diamond retailer bluenile.com, says that the recession has quashed demand for diamonds, creating deals. According to Ken Gassman of the Jewelry Research Institute, prices for polished diamonds are down 14 percent, on average, from their highs last summer.




May 14, 2009

Kemudahan langganan Really Simple Syndication (RSS)

KEMUDAHAN langganan maklumat melalui Really Simple Syndication (RSS) adalah kaedah mendapatkan maklumat terkini setiap kali laman web dikemas kini.

Konsep penggunaan RSS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS. Bahagian kedua pula adalah perisian digunakan untuk membaca paparan langganan RSS.

1. Melakukan langganan di laman web yang mempunyai kemudahan RSS

Sebelum sesebuah laman web boleh dilanggan menggunakan teknik RSS, laman web terbabit perlulah mempunyai kemudahan langganan RSS. Pengunjung boleh mengetahui sama ada laman web itu memberikan kemudahan langganan melalui RSS atau tidak dengan mencari tanda seperti berikut:

a. Simbol ikon RSS

b. Capaian yang memaparkan kemudahan RSS.

c. Paparan capaian yang mengandungi alamat RSS.

d. Alamat laman web atau blog yang membenarkan langganan melalui alamat. (Terdapat ikon RSS di sebelah alamat)

Selepas anda dapat mengesahkan laman web terbabit mempunyai kemudahan RSS melalui kaedah di atas, langkah seterusnya adalah menyalin alamat yang mengandungi maklumat RSS itu.

Untuk menyalin alamat RSS yang diberikan, perlu ikuti langkah berikut:

a. Klik di atas ikon simbol RSS dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih: Copy Link Location.

b. Klik di atas alamat yang dipaparkan dan salin alamat yang diberikan.

c. Salin alamat laman web atau blog yang mengandungi ikon RSS di sebelahnya.

2. Memasukkan alamat RSS ke dalam perisian melanggan RSS.

Antara perisian melanggan maklumat RSS secara online adalah http://reader.google.com. Tetapi anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan langganan terlebih dulu.

Selepas proses langganan dilakukan, bolehlah memasukkan alamat RSS yang ingin dilanggan dalam ruang disediakan.

Sebaik langganan selesai, maklumat terkini yang terdapat dalam laman web itu akan dipaparkan di sebelah kanan ruang langganan.

Jika reader.google.com adalah kemudahan pembacaan RSS secara online melalui laman web, terdapat juga kemudahan untuk membaca RSS secara perisian yang boleh disimpan di dalam komputer.

Ini membolehkan maklumat yang dilanggan dibaca walaupun tanpa capaian ke Internet. (Capaian hanya diperlukan semasa proses memuat turun maklumat RSS). Perisian yang boleh digunakan untuk tujuan terbabit adalah seperti FeedReader. Feedreader boleh dipindah turun di www.feedreader.com

Selain daripada melanggan kemudahan RSS seperti yang dibincangkan, RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit.

Apa yang diperlukan adalah kemudahan perisian RSS di dalam telefon bimbit dan salin semula alamat RSS yang diperoleh di laman web ke pembaca RSS di telefon bimbit.

Dengan teknik ini, maklumat terkini di dalam laman web akan dipaparkan di dalam telefon bimbit.

Jika tidak mempunyai perisian RSS di telefon bimbit, pengguna masih boleh membaca langganan RSS secara online di telefon bimbit jika menggunakan kemudahan reader.google.com. Caranya adalah dengan menaipkan alamat reader.google.com di dalam ruang browser di telefon bimbit.

-sumber myMetro


May 10, 2009

Syurga Di Telapak Kaki Ibu



sajak buat mak

Sajak buat mak…Hajah Halijah binti Hj. Sa'arani

Mak…
Aku pernah mendiami rahimmu
Menerima kasihmu sejak dari itu
Membesar bermula dengan air putih dari tubuhmu
Merasa lembut tanganmu membelaiku
Makan dan minum jua dari air tanganmu
Dengan penuh kesabaran menjaga dan mendidikku
Tak pernah jemu apalagi berputus asa membimbingku
Penuh ketegasan dalam lembut bicaramu

Mak...
Pabila aku menginjak dewasa
Pandai menutur kata
Baru kenal sedikit rentak dunia
Tega aku melukakanmu
Degil menerima nasihatmu
Menggeleng kepala pabila diminta membantumu
Pernah jua membuat kau menangis
Kerana sikapku…
Kata-kataku selalu menghiris hatimu
Pasti hatimu pedih…
Punya anak sepertiku
Maafkan diri ini mak…
Atas segalanya yang menyinggungmu…
Keterlaluan yang tidak kupahami
Besar kesannya disisimu
Syurgaku di telapak kakimu…

Mak…
Aku bersyukur kerana kau masih menemani hidupku
Beruntungnya aku kerana dikurniakan kesempatan ini
Tetap menerima kasihmu seperti dulu
Walau diriku kini sudah dimiliki
Menjalani kehidupan sebagai isteri
Namun kau tetap idolaku
Yang kusanjung seumur hidupku

Mak…
Tiada apa pun di dunia ini dapat membalas
Segala budimu, kasihmu, keluhuranmu
Mengganti setiap titis air matamu jua kelukaanmu

Mak...
Terima kasih tidak terhingga kuucap padamu
Aku akan tetap sentiasa mendoakanmu
Kesejahteraan jua kebahagiaanmu
Kekallah kasihmu yang abadi diduniaku...


May 7, 2009

selamat hari ibu

renungi dan bermuhasabah bagaimana hubungan kita dengan ibu

Aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


May 2, 2009

Tip memelihara & merawat hamster


comel kan?

1.Kandang


Kandang hamster berukuran minima 35 x 40 cm untuk seekor hamster. Semakin besar kandang semakin baik. Jika Anda menggunakan kandang berjeruji besi, perhatikan jarak antar jeruji apakah bagus dan cukup rapat untuk hamster Anda. Hamster boleh ‘mengecilkan’ tubuhnya, membuatnya pipih dan kemudian menggembungkannya lagi. Daya elatik hamster ini patut dipertimbangkan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai bentuk rumah diperbuat daripada plastik yang boleh disambung-sambung untuk menambahkan keseronokan kepada hamster. Kita yang melihatnya juga pasti teruja.


ringkas jer yang biru ni. Tapi yang sebelah tu syok sikit. Meriah

2.Serbuk Kayu

Serbuk kayu yang senang didapati di 'petshop' kebiasaannya berwarna kentang dan mestilah bebas bahan kimia berbahaya. Tujuannya adalah untuk memastikan hamster dan kandang nya kering, bersih, bebas debu, lebih putih dan hal ini menjamin keselamatan hamster dan juga memperindah bulunya. Ketebalan serbuk hamster yang baik adalah sekitar 2-3 cm dari permukaan kandang.

kegunaan serbuk kayu

1.Sebagai alas tidur.
2.Sebagai media penyerap kencing hamster. Bayangkan jika tidak ada sesuatu yang menyerap kencing hamster! Air kencing yang berbau itu akan menempel di bulu hamster dan menghodohkan bulunya dan membuatnya berbau tak sedap!
3.Sebagai tempat berlindung dari panas dan dingin.
4.Sebagai bahan pembuat sarang. Sarang mereka berbentuk serbuk yang ditumpuk dengan lubang untuk tidur di tengahnya. Ibu hamster biasa meletakkan anak-anaknya dalam sarang ini!

3.Makanan Hamster

Makanan hamster yang kering seperti dedak, gandum, jagung kering dan paling disukai adalah kuaci. Beberapa jenis buah-buahan dan kacang-kacangan bisa diberikan seminggu sekali sebagai snack. Berikan dalam jumlah terbatas (sedikit sekali!) JIka diberikan dengan kerap dan berlebihan akan mengakibatkan ketidakseimbangan gizi, kerusakan pada sistem kencing, diare, dan kelainan pada proses kehamilan karena obesitas)

Beberapa makanan yang bisa diberikan sebagai snack kepada hamster: (Perhatian: Makanan ini hanya diberikan sebagai snack bukan makanan utama karena bisa mengakibatkan
apple,pir,pisang,Wortel
Jagung manis (pemberian dalam jumlah banyak bisa mengakibatkan keguguran bulu
Kentang (harus direbus dulu)
Kacang tanah, Kacang kulit, Kacang mete,Kacang almond, Kacang kedelai
Roti tawar, Biskuit Cracker, Oatmeal & Corn Flakes

Makanan yang tidak boleh diberikan kepada hamster:
Lada, kangkung dan seluruh sayuran hijau lainnya (Cai sim, bayam, kai lan, dll)
Jeruk dan semua bangsa citrus,cokelat, makanan yang telah diberi bumbu

Berikut beberapa kesalahan yang sering dibuat oleh pemilik hamster pemula:

1.Memberi makan sayur, wortel atau jagung segar sebagai menu makanan utama. Percayalah hal ini hanya akan merugikan Anda! Pencernaan hamster tidak sesuai untuk mencerna makanan-makanan yang mengandung kelembaban tinggi seperti ini.

2.Membeli tambahan biji bunga matahari atau kuaci sebagai makanan tambahan. “Hamster saya sangat tergila-gila dengan biji bunga matahari dan kuaci, selain itu mereka tidak mau makan yang lainnya.” Percayalah, ini hanya kebiasaan yang akan merosakkan hamster. Biji bunga matahari dan kuaci adalah salah satu makanan yang mudah disukai oleh hamster tapi pemberian dalam jumlah besar akan mengakibat beberapa hal diantaranya: obesitas, kurangnya kalsium sehingga pertumbuhan tulang dan gigi menjadi terhambat, kelainan dalam proses kelahiran (ini disebabkan oleh kandungan lemak yang terlalu tinggi pada biji bunga matahari)dan kelainan pada proses kelahiran. Kelainan ini membawa kepada keguguran bayi-bayi hamster.

3.Pemberian susu cair untuk manusia pada hamster. Beberapa orang melakukan ini dan mereka mengeluh kalau bulu hamster mereka menjadi tipis dan gugur. Susu untuk manusia diformulasikan untuk manusia jadi lebih baik jangan diberikan ke haiwan. Gunakan susu khusus untuk hamster! Itu jauh lebih baik…

4.Memberikan snack terlalu banyak. Snack sebaiknya diberikan hanya seminggu sekali, jika terlalu kerap. Pemberian snack terlalu kerap akan mengakibatkan ketidakseimbangan gizi yang sebenarnya telah ditimbang dan dipelajari secara khusus oleh para ahli yang telah meracik makanan hamster. Sesuaikanlah dengan sistem pencernaan hamster yang tidak boleh menerima makanan dengan tingkat kelembaban tinggi pilihlah snack yang ‘kering’ seperti kacang-kacangan, roti, biskuit, cereal dan lain-lain. Sedang untuk buah-buahan berikanlah seminggu sekali.

4.Botol Minum

Hamster perlu minum air! Botol khas dicipta supaya apabila hamster menolak bebola pada bekas minumannnya air pun keluar lalu diteguknya.

5.Mandian hamster.

hamster mempunyai pasir atau 'bathing sand' dan juga shampoo yang sesuai untuknya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kondisi kering dan kebersihan, mempastikan kesihatannya, membunuh bakteria, mengelakkan kerosakan terhadap respiratory system dan matanya. Juga boleh mengekalkan keguguran rambutnya dan masalah dermatology.

Berikutnya adalah hal-hal rutin yang harus dititik beratkan untuk memelihara hamster dengan baik:
1.Memberi makan hamster sehari 2 kali
2.Mencuci tempat makan setiap kali makanan diganti
3.Mengganti serbuk kayu dan mencuci kandang hamster seminggu sekali
4.Mengisi botol minum setiap kali airnya habis
5.Mencuci botol minum seminggu sekali
6.Memandikannya menggunakan pasir mandian 20 minit 2 kali sehari.

Berikut adalah perkara yang boleh menyebabkan kematian hamster:

1.Hamster dijemur dibawah sinar matahari. Hamster adalah binatang nocturnal. Mereka adalah binatang malam. Di alam liar mereka tidur sepanjang siang hari dalam lubang mereka yang bisa mencapai kedalaman 10 – 20 meter dibawah permukaan tanah dan baru keluar pada malam hari untuk mencari makan. Mereka tidak perlukan sinar matahari keterlaluan. Sedikit saja cukup… Tidak perlu sampai ‘dijemur’.

2.Hamster dimandikan dengan air. Hamster alah terhadap air dan kelembaban. Hamster berasal dari daerah gurun pasir yang kering. Jika hamster Anda sedang sehat dan dalam kondisi prima mungkin terkena air bukan masalah, tapi jika kondisinya sedang menurun terkena air boleh menyebabkan kematian bagi mereka. Hamster yang basah harus secepatnya dikeringkan atau mereka terserang selsema, kemudian pneumonia dan berakhir pada kematian.

3.Memisahkan induk hamster dari bayi-bayinya. Jangan memisahkan ibu dan bayi-bayinya karena bayi-bayi itu akan meninggal dengan segera karena kedinginan dan tidak mendapatkan air susu. Tapi jika hamster jenis 'syrian' elok dipisahkan anak dan induknya kerana hamster jenis ini pemakan anak. Awasi jika diletakkan bersama untuk tujuan mendapatkan air susu dari ibunya. Ada saranan yang menyuruh mengasingkan bapa hamster.

4.Hamster jatuh dari ketinggian. Jika hamster anda masih baru, cubalah untuk memegang hamster dalam posisi duduk jadi jika hamster anda jatuh tidak akan terlalu tinggi. Ini kesalahan yang paling sering dilakukan manusia. Hamster yang baru datang biasanya masih merasa asing dengan Anda dan dengan lingkungannya dan cenderung melompat secara tiba-tiba.


how to care hamster


cute hamster


rarely found


When it comes to learning how to care for a hamster, your goal should be to remember that your furry friend must be kept warm, dry, and entertained.

How to check the gender



A hamster's needs are directly related to the life it would be living were it a wild animal. Hamsters are desert creatures, populating dry, rocky areas in places like Syria, Mongolia, and Pakistan. This is why it's essential that you meet your hamster's need for dry, warm housing. Avoid keeping your hamster in an aquarium, as the glass enclosure will promote the locking-in of moisture. Instead, seek out a cage made especially for hamsters-either a standard wire enclosure or one of the popular "habit rail" type cages. For more details visit to www.dishadvice.com .Habit rail cage, with all of its tubes, turrets, and tunnels will also help ensure that your hamster's need for entertainment is met.

Diet is another essential element in knowing how to care for a hamster. Fresh water should be made available at all times via a specially made drinking bottle. Never put your hamster's water in a dish, as the dish will quickly be tipped or filled with debris, and then you will have a sad, wet hamster. As for food, there are a multitude of pre-packaged hamster foods on the market, and it's always a good idea to make those foods the bulk of your hamster's diet. However, hamsters, like people, appreciate a little variety at dinnertime, so an offering of apple pieces, carrot slices, or crackers is always welcome. Greens can also be integrated into your hamster's diet, but avoid overfeeding these vegetables to your hamster as they will contract an illness called "wet tail," which is fatal if left untreated. Keep in mind also that hamsters are hoarders. It is nearly impossible to overfeed them, as they will most likely take much of their food with them into their nest, so remove uneaten foods that might spoil if your hamster decides to save them for later!

Other items that should be on your hamster care checklist include plenty of bedding (try cedar or pine shavings), adequate nesting material (facial tissues work great), and the all-important exercise wheel. Hamsters are nocturnal by nature, so be sure to get a wheel that won't make a ruckus and keep you awake as your pet makes its nightly rounds. Always be sure your hamster's wheel is unobstructed and can turn freely.

The exercise a wheel provides is necessary to prevent your hamster from developing a condition called "torpidity." When a hamster is torpid, it hasn't had the activity it needs to maintain proper mental health. This lack of exercise will cause the hamster to snap, and possibly attack you when you reach in to pet it. Also be sure to respect your hamster's nocturnal habits. Avoid waking your hamster during the daylight hours as much as possible, as this could result in a nasty bite, or in the very least, a grumpy, confused pet.

Now that you're prepared, it's time to go pick out your new friend. Make sure you choose a clean, reputable pet store from which to buy your hamster. Look carefully to ensure that none of the animals seem sick, and make sure that the pet store employees are equipped to answer any questions you may have. After bringing your hamster home, allow it a day or so to adjust to its new surroundings before attempting to handle it. This may seem like a lot to remember, but know that the time you devote to learning how to care for a hamster is time well spent!

Hamsters are affectionate, fascinating, and of course, adorable pets who will provide you with several years of enjoyment and companionship in exchange for your expert, loving care.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...