Jan 31, 2010

hamster beranak lagi

Hamster ku beranak lagi....Huahua..Kali ni dah kali ke3 dia beranak. Kali pertama hancus semuanya tak sampai seminggu. Kali kedua hancus jugak dah 2 minggu dah tumbuh bulu pon mati semuanya. Ada yang kene makan ngn ibu dia. Ada yang pucat lesi keras kejung gitu jer pas aku tukar serbuk kayu dia yang berbau tu...

Kali ni aku harap hamster ku beranak sihat2 jer. 5 ekor semuanya. Merah2 jer. huhu. Husband ku tak bagi tangkap gambar mereka. Baru sahari katanya. Dekut. Sori tak dapek nak upoad. Tapi de org kata tangkap gambar binatang nanti binatang tu mati? yer ker.. Ish takdelah kan. Kalo dah ajal mati jugek ler kat mana2 walau apepon penyebabnyer.

Aritu masa kelahiran ke2 kami balik kampung. Tak bawak ler si hamster2 nie. Selalu aku bawak. Yerlah anak sedara dan adik2 excited nak tengok. Deme tanya mana hamster. Sedih tengok muke anak sedara aku si izuan tu nak tengok hamster bila aku balik, tak dapat. Aku bagitau kat diorang.

"hamster beranak lagi. Pastu malam tadi hujan. Maleh ler nak bawak"
"Asyik hamster jer beranak, mak dia biler lagi" Abah sengih2.
"Mak hamster ler beranak tu.."

Then aku sedar akulah mak hamster yang dimaksudkan abah tak beranak lagi tu... Huahuaa..
Kene setepet. Takpe2. Aku bukan tak nak beranak lum rezeki lagi jer. So guys doakan aku beranak. Huhu baru kuboleh buktikan aku leh beranak n menjadi ibu. Uhh tak sabar nak ade pengalaman jadi ibu, ada baby, buat susu, tukar lampin, die merangkak, berjalan. Indahnyer dunia. Ameen

hurmm.... :)


Jan 28, 2010

rindu

Aduss lapar2... Cepat bang. Balik cepat. Da mendidih perut nie. Alalala. Selalu out station balik awal. tapi rini balik lambat pulak. Sampai aku terpaksa topup on9. Huhu. TApi sebaik ajer aku kompom dia kol bgtau br nak balik. Adehhh. Kupikir2 awal rupanya lamabt....

Harini aku rasa best kat opis.. Naper?naper? BOs aku bagi bonus... Yeay.

Abe dah sampai. Ohh jom dinner sesame sayang.... Tak sabar melepas rindu


Jan 27, 2010

Bila semangat non ado...

Memang dah lame aku tak update blog aku nieh. Dulu aku rajin gak skang walaupon ade cerite tapi tak rasa nak berkongsi. Yerlah selain dari aku tgk sape lah lagi tgk blog aku nieh. Followers pon tu ha 2 orang jer. Aku pon taktau dimana kurangnyer. Blog aku tak best ker... Tapi berbalik kepada niat asal berblog adalah menyimpan kngn2 indah dlm hidup aku aku mule semangat balik. Ada aku kesah takde orang follow or takder comment2 membina? Ush cam riak pulak cakap 'ada aku kesah' tu. Hehe. Amponnn

Cerita hari ni sama ngn semalam n hari2 sebelumnya. Bosan lah. Aku bosan kat opis tu. Nape bos aku selalu tukar2 drawing sampai aku jadi penat. Penat sangat nak melayan kerenah nyer. Aku tak lalu n nak muntah dan rasa usaha aku bagai tak dihargai selama ini. CAm nak nangis pon ade. Huhu. Dah lame aku tak nangis pasai tensen.... Tapi aku tau aku takleh pikir lagu tu. Aku cume pekerja. Aku yang memilih pekerjaan ini untuk menjadi rezeki aku setiap bulan. Aku harap ada perkembangan baik kerjaya aku dalam masa mendatang. Aku tak mahu berada di takuk lama dan melalui perkara2 yang meralatkan aku setiap hari. Hurm..so sad.

Hari ni dah masuk hari ke 4 aku bersendirian kat rumah. Hubby p out station kat genting front view. Huhu. Tak best. Tak semangat. Makan tak lalu. Semalam makan megi malam ni pulak makan burger. Tu pon rasa tak best coz beli petang tadi masa balik keje, makan pulak kul 9. Dah sejuk. Sebenarnya ada beli jajan lain gak tu yang tak makan cepat burger tu. Huhu. Kalo lama lagi la abe out station, keding balik la aku. No wonder lah bile aku kawen ni badan aku dah naik coz semangat makan bersama. Huahua. Aku comel lah berisi sikit tapi hubby yg berisi tu lak makin comellll. Aduss cover sikit perut tu yang...

Hehe. Aku nak study dulu. Asik tak masuk ajer aku study minggu ni. Huhu. Maybe abe takdo. (alasan tul). Takleh jadi. Subjek skang makin susah. kalo tak folo bole mati lorrr. Sesungguhnya aku tak nak mati sebelum berjuang... Aku nak cari semnagt aku balik... Kat maner aku letak. kat sangkar hamster ker bawah tilam ker or...esok khamis semangat aku datang... Yeye abe balik. Rindu sokmo. (psst... cam kelantanese aje aku ni kan...)


Jan 10, 2010

aku dan tia amelia

Aku baru cuba produk ni dalam sebulan gitu.. tapi kesan dia sangat memuaskan hati aku. Dalam 2 minggu dah nampak dah sebenarnya. Ahh naper lah tak jumpa produk ni dulu.. Korang tau kan muka aku sebenarnya sangat banyak parut. Parut bekas jerawat. Actually sebenarnya type muke aku combination skin. Maknanya kat zone t tue berminyak sikit n belah lain normal atau kering. Pantang aku pulak kalo ada jerawat suke picit. Hubby selalu marah tapi aku takleh buang habit ni. Cam kaki pancing takleh tinggal pancing dia... cam blogger tak jumpa blog dia. Mana boleh kan. Walaupun menyedari kesan buruk habit aku ni yerlah kalau dah dipicit2 jerawat yang baru nak mekar tak letak pulak anti bakteria. Huh kompom ler muke leh berparut. Kalo ada sebijik nanti akan kuar la 2 3 bijik dkt2 situ jugak. Korang tgk la gamba aku. Malu weh ada parut. Pastu tak pandai mekap tebal2. Setakat bedak asas jer. Masa skool, masa keje, masa tunang n masa kawin parut gak wei..

Ni aku nak citer camne aku leh jumpa produk ni. Ada jer iklan tapi tak mandang.. Semuanya bermula ngan reunion. Aku jumpa Rose...kawan satu dorm dulu masa kat asrama smtkk.

"ko pakai produk aper"
"campur-campur" Malu nak ngaku sebenarnya aku ade pakai produk dari beauty centre . Yerlah diorang suggest kat aku. Aku beli ler konon nak melabur untuk cantik. Apa salahnya... Pujuk hatiku sendiri. 2 barang jer rm400 toner ngn moisturiser. Tapi memuler jer elok pastu macam hampeh. mengabehkan saving aku jer.
Aku tanya Rose balik.
"ko pakai ape?"
"tia amelia. Cube ler ani..bagus tau.."
Tapi muka dia memang elok pon. Yerlah type kulitnyer sesuai kan. Mengenangkan barang yang kubeli mahal tu pon aku tak abis lagi aku tak decide pon nak cube. Layan la gamba2 aku dulu..Bukan lama sangat pon hujung2 2009. Kalau tak pakai bedak.. Hehe nampak la. Kamera pon cikai jer tu pasal tak nampak. No editing yer.



Masa reunion masa bulan posa kat Bora Ombak

Dlm blog jadi kecik lak. Parut aku yang jelas jadi tak nampak.

Dlm bulan 11 gitu aku jumpa pulak Fatin and Ruby untuk pergi beramai2 ke rumah Sarah untuk pernikahan dia. Muka Fatin pun cam cerah berbanding dulu. Rupanya dia pun pakai tia amelia. Ruby aku tak berani tanya. Hehe. Aku rasa dia bukan pakai biasa2 punya. Maklumlah makeup artist. Kat umah Sarah... masa Ruby makeup dia, dia suruh pakai toner. Aku nampak dia pakai tia amelia jugak. Cantik kulit dia. So aku aper tunggu lagi...decide nak cube jugak..

Pagi2 sebelum pi. Bedak tebal lagi masa ni.

Masa kenduri Sarah kalau di zoom nampak la parut aku tu

Maka aku pon pakai produk nie. Beli online jer.... Layan gamba baru aku lak. Haha. sedikit temban disitu.

Aku yang sedikit tembamm.. Haha.

Masa sambutan tahun baru kat Dataran Merdeka. Ekceli ni kat lrt station. On the way la tu

So aku suggest kat korang yang ada masalah kulit dan belom jumpa lagi produk masih tercari-cari produk yang bagus dapatkan tia amelia sekarang...Beli dari aku wei. Harga terbaekk punya. Jual mahal nanti tak laku pulak maklumlah byk persaingan. Harga promosi klik sini....tia amelia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...