Jun 20, 2009

jalan-jalan cari makan

Aktiviti makan-makan kali ni kat Bandar sunway. Restoren Flamming. Sebelah jer ngan Jusco bandar Sunway. Ada pengesahan sijil halal so takyah risau. Buffet untuk adult rm19.90 dan kanak-kanak rm8.90. Makan la sesuka hati pun...


Ghairah jer dapat ketam-my favorite


Sabor ler yang. Senyum pun tak sempat nie


Makan sampai kenyang... yer Encik fauziibrahim



last skali makan ais kelim dulu laaa


Aktiviti wajib. Bergambar setiap kali sesi melantak sedap.


Jun 19, 2009

lawak suami isteri

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi…."

Tan Sri pengsan kat situ jugak…

MORAL: Isteri & suami jangan sesekali berlaku curang…berdosa tau!


Jun 17, 2009

Johor-First time datang sini

Pada 12 Jun 2008 aku dan sahabatku Ela bertolak ke Johor untuk urusan pendaftaran esoknya di UTM Skudai. Pukul 6 petang gerak dari KL then samapi sana 11.30 mlm. Kwn Ela nama Cik Zura n En. Nizam amik kitorang kat Larkin. Sebelum tu isi perut dulu. Ada satu kedai yang aku tak ingat nama dia tapi masakan dia best gak. Aku pesan nasi goreng ayam tapi disuruh cube nasi goreng tomyam. Sebenarnya aku memang takut nak mencube yang pelik2 takut aku tak lalu jer. Hmm not bad.

Nasi goreng tomyam. Nie aku nak puji sikit. Memang sedap. 3 ekor udang yang menggoda.


Mee gulung. Member aku cakap best tang kuah dia jer. Mee digulung ngn telur tapi boleh laa. Tapi memang meriah kan?


Tunggu turn untuk mendaftar. Sempat gie nak menyengih.


Kat mana kitorang ni. Kusyuk tengok peta.


Hekele. Banyak giler beg. Belum student gi.


Tengahari dan malam lepak pulak kat rumah sepupu Ela kat Taman Universiti. Aku nie cume menumpang kasih jer. Tapi kat rumah kakak ni aku suke tang makanan dia. Sedap! Sebagai orang yang pandai masak basic jer cam aku ni memang kagum giler lar kat kakak ni. Donut kentang dia sedap tapi bukan kuih keria tau.
Malam tu kitorang kene usung pulak jalan2 kat johor bahru. Sekitar Danga Bay


Singgah sebentar di Danga Bay. Petting Zoo tapi tak masuk pun. rm10 per tiket adult







Bulu dia alahai...lembutnya.


Burung hantu ni tak boleh nak sentuh langsung. Tak dapat sudut yang best pulak tu.



Aina yang comel tapi sangat bijak.

Esoknyer aktiviti sembang2. Sempat makan durian kat umh Zura dan cube resepi asam pedas Johor. Aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada Ela, kwn baru Zura n Nizam dan keluarga sepupu Ela. KOrang layan baik sangat. Budimu dikenang... :)








Mengapa Yahudi Bijak

Artikel ni aku jumpa dalam blog http://daydreamz2u.blogspot.com/ sangat menarik untuk dikongsi. Apa yang penting kita ambil apa yang baik untuk diamalkan oleh bangsa kita yang susah nak maju & susah nak keluar dari kotak atau comfort zone. Kan?


KISAH BENAR

- ditulis oleh seorang yang berbangsa Inggeris dan dialih bahasa ke bahasa melayu

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembaCool. Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?
US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan
3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang
5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Jun 16, 2009

Lata Kekabu

Lepas pergi Kenduri kat Taiping patah balik ke kampung tapi kali ni ker rumah mertua. Tapi sebelum sampai tu nak menyinggah di Lata Kekabu dulu. Yerlah walaupun air terjun ni glamer gak kat daerah hulu perak tak penah pulak kami pergi ke situ. Asyik2 kat air terjun kampung masing2 jer. Lata Lawin dan Air Ibol. Unfortunately tak dapat nak mandi manda coz pakaian tak sesuai. Tak dapek nak nolong.

Petang yang mendamaikan

Lepas kenduri p Lata Kekabu


Welcome to Lata Kekabu at Lenggong


Batu-batuan sungai yang yang comel


Jadik2 la tu. Semak tu.


Pandang aper tu yang..?


Couple yang dtg air Terjun tapi xleh mandi.


Kenduri di Taiping

Cantik pelamin Que & Adam kan?

my hubby & Abg Adam

Selain makan nasik minyak diorang sediakan jugak rojak n laksa n cendol. Enjoy

Family Wilderness. Coming soon Abg Yon.

Selamat Pengantin Baru kepada Abg Adam & Que. Semoga bahagia ke anak cucu.





Jun 12, 2009

blaja lagi

Haha. Memang tak sangka tua2 gini aku nak blaja lagi. Tak la tua sangat. 26. tapi agak lewat gak laa. Satgi abis blaja umor bape? Takper la. Anak pun lum ada gi.

Hari ni aku cuti nak uruskan beberapa perkara berkaitan. Lagipun petang ni bas kul 6 ke Johor. Nak tak nak kene cuti gak la. Pendaftaran pelajar baru berlangsung esok 13hbJun kat UTM Skudai. Aku amik pengajian separuh masa untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam SPACE. Nanti blaja kat UTM Semarak KL.

Tak tau la otak ni berkarat tak lagi. Hope still brilliant untuk buat kira2, paham konsep & buat tugasan. Dah hampir 5 tahun aku kerja baru nak sambung degree. Hehe. Nasib ada penyokong kuat disisi. Suami aku yang bagi support nieh. Aku tanye nape sokong ayang sambung blaja lagi...dia jawab abang akan sokong apa2 yang memajukan diri. alhamdulilah.

Hope lepas nie kehidupan akan bertambah baik. Berjalan lancar dan aku dpt menguruskan rumahtangga, kerja n pelajaran dengan jayanya. Chayokk ani!


Jun 1, 2009

aduh tolong!!!


tolong!! aku sakit perut nie. Memulas-mulas. Semalam p kenduri malam tadi bergilir2 ngn hubby gune toilet. Cirit birit siut. Aku ni dari dulu lagi memang sensitif perut. Kalo mc jer mesti sakit perut punyer hal.. Actually mlm tadi 2 kali then pagi tadi dah dah 2 kali aku masuk toilet ingat ok ar then p opis. Baru nak on jer komputer penyakit memulas2 datang balik. Then gtau bos xleh keje ar nak g jumpa dok coz sakit perut nak amik mc.. Bos yang baik hati angguk jer.

Ramai gak la orang kat situ lama gak la turn aku. Nasib aku beli metro tak la boring sgt sambil buat silang kata jer. Dok dah senyum dia kata ni mesti sakit perut ni. Dia kata ramai dtg klinik dia sebab sakit perut makan kenduri semalam. Wakaka. Aduh. Pedih siut.

Kepada tuan rumah pengantin semalam janganlah susah hati sangat kalo semua orang yang datang keduri n korang jugak pun mengalami sakit perut. Food poisoning la katakan. Bukan korang masak pun dah upah orang cenggitu lak jadinya. Anyway thanks atas jemputan n Selamat Pengantin baru buat Za dan Arin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...