Oct 22, 2009

aku dah rasa

Aku tak pernah rasa apa yang kau rasa
Tapi sekarang aku dah rasa
Aku terluka pedih dan kecewa…
Waima bukanlah terlalu lama
Cuma setahun lebih saja
Dulu aku tak rasa apa
Sebab kawan2 pun sama
Tapi bila mereka dah melaui satu fasa
Aku terluka
Kerana aku mengharapkan perkara yang sama
Berlaku terhadapku jua
Walau aku gembira untuk mereka
Tapi tetap tak sama
Aku cemburu namun tak berdaya.
Aku tahu masih ada orang yang sama
Menanti kejaiban seperti ku jua
Malah ada yang lebih menderita menahan rasa
Menelan pertanyaan dengan kesabaran saja.
Ahhh…kuatlah hati
Teguhkan imanku YaAllah
Takut kurebah
Bangun pun tak berdaya
Aku tahu aku harus berlapang dada
Perancangan Mu lah terbaik
buat hambamu ini…


Oct 12, 2009

Kenapa muka dia hitam

Pagi tadi dari KL terus ke Westport with my colleague. Chong. Biasalah dalam perjalanan tu macam2 lah sembang. Aku la kuat mengomelnya. Mesti kena tempuh tol punya. Kat lebuhraya KESAS tu, masa bayar tol. Chong cakap

“Resit ya kak. Terima kasih.” Dia ni orangnya berbahasa sikit. Then dia cakap kat aku.

“kenapa yer muka dia hitam.”

“Hitam? What u mean?... Hitam sebab ada tompok hitam ker atau masam?”

“Masam ker hitam ker sama la”

Ooo itu bahasa Chinese kalau nak rujuk orang yang masam mencuka. Huh aku pon tak paham kalau orang yang berurusan ngan masyarakat ni tak pandai senyum.

“Entah la Chong. Takder masalah ngan orang pon nak masam2. Dia cuma ada masalah ngn diri sendiri saja sebab tak pandai senyum. Dia tak tau konsep senyum bila berurusan dengan orang.”


So kalau xnak muka dikata hitam senyum2 lah kerana senyum itu sedekah. Sedekah yang tak perlu kuarkan duit.


Itu satu bab. Satu bab lagi tadi masa pi MPK pon punyerlah sulit.


Kami nak beli borang A untuk submission RC drawing. So rasa2 mestilah beli kat OSC. Masa p OSC tu dia kata beli kat tgkat atas bahagian bangunan. Dkt tgkat atas pulak dia tanya kitorang

"nak resit tak"

"of course kami nak"

"Kalo nak resit bayar kat tgkat bwh OSC tadi. Then naik tunjuk resit baru kami bg borang. Kalo xnak resit sekarang blh beli n kami bagilah borang ni."

Pulak...

"Kalo kami ambil dulu bayar kat bawah..."

"ooo kami tak boleh bagi coz ada yang lari camtu jer. kami nak nombor resit dia."

So susah mehhh.

"Kalo camtu tak payah lah. Kami beli tanpa resit."

Then bawa balik borang tu. Pastu kami terfikir camner nak claim takder resit. Cuba tanya kat bawah untuk dapatkan resit pastu nanti bagi no resit tu kat atas. Dia jawab

"oo saya tak keluarkan resit. Cube tanya kat atas."

Pulak. Berapa punya susah daaa. Atas tolak bawah, bawah tolak atas. Keluarkan resit pon tak boleh sorang yang jual borang buat kerja ker.... Susahkan pelanggan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...