Sep 23, 2010

Yang...i nak baby

'Yang...i nak baby.

Aku peluk suamiku. Erat. Rase air panas keluar dari tubir mata ini.

*Sabar la yang...

Suami mengusap belakangku mengeratkan pelukannya. Berusaha menenangkanku.

'Yeala... tapi i cedih yang. I tak boleh bagi baby kat u lagi. I tau u nak sangat ade baby... jadi ayah

Suaraku bergetar. Aku mengucup ubun suami penuh rasa kasih dan terharu.

*Insyaallah ada rezeki kita nanti

Aku tak tahu bagaimana dia setenang itu. Pasti dia kepingin menjadi seorang ayah. Baru-baru ini teman baiknya menerima puteri sulung. Bagaimanalah perasaan suami? Aku yang mendengar terasa hiba.

'Yang... cane kalo kite tak ditakdirkan takde baby? Berdua aje

*Takper lah berdua ape salahnye.

Berdua..?? aku tak dapat bayangkan kalo hidup kami selama-lamanya begini. Berdua. Sangat sunyi dan sepi.

'Tapi i rindu nak ade baby sendiri. I nak rase jadi mak. I nak bagi u bahagia

Aku semakin sebak.

*Baby bukan tanda bahagia. Kita boleh ambil anak angkat. Orang lain pun macam ni kan. Bertahun-tahun kawin belum dapat anak.

'Tapi kawan2 i ramai dah dapat anak walaupon kawin selepas i. I sangat sedih bile dengar orang ni mengandung...orang nie beranak. I cedih. I tak kuat. I redha tapi i cedih. I cedih sebab sebagai isteri u i nak bahagiakan u...

*Dahlah sayang...Kita masih boleh berusaha lagi. Jangan putus asa ok.

Ada nada bergetar dihujung suaranya. Aku mengusap rambut suami dan meleraikan pelukan. Mengelap sisa-sisa air mata. Suami memandangku penuh kasihan. Aku memandangnya dengan perasaan bercampur baur. Kembali mengenang perjalanan kami selama dua tahun ini.

Inilah jalan yang kuterpaksa lalui. Dahulu aku ingat 'buat' aje dapat baby tapi rezeki kami tidak semudah itu. Itu belum lagi balik kampung. Orang lain menambah anak meriuhkan suasana di kampung sedang kami masih berdua. Mungkin perasaan inilah yang turut dikongsi daripada saudara maraku jua teman-temanku yang sudah berkahwin lama namun belum dikurniakan zuriat.

Setiap kali selepas solat aku berdoa semoga Allah kurniakan zuriat kepada kami. Dan setiap kali berjemaah dengan suami, dia tidak lupa untuk berdoa ;

"Ya allah ya tuhan kami kurniakan zuriat kepada kami. sesungguhnya Engkau maha pencipta. Ciptakanlah zuriat kepada kami. Semoga kami dapat menjadi ibu bapa dan mendidik anak2 kami menjadi insan soleh dan solehah"

Aku yang mengaminkan dari belakang terasa sendu. Bukanlah salah kerana dia berdoa begitu waima aku juga berdoa perkara yang sama. Tapi mengenang harapan menggunung sang suami buat aku jadi sebak. Sesungguhnya ajal, maut, rezeki, anak segala-galanya adalah ketetapan-Nya. Namun sebagai wanita aku kalah dengan perasaanku sendiri. Aku kembali berserah diri kepada tuhan. Tapi bagaimana selepas ini jika aku dengar teman ini mengandung? Pasti perasaanku terusik kembali. Ya Allah tabahkan hatiku.


yang...tolong bukak katrij nie

Mase kat dapur semalam tetibe air terpancut kuar dari getah dia kena kat baju aku. Adeh getah dia dah longgar la ni. Aku ingat nak cuci2 la dan repair bekas dia. Mintak tolong asben bukak kan

'yang tolong bukak katrij ni

aik apesal lame sangat ni.

'yang tolong la bukak katrij nie...

*tengah bukak la ni. nak buat ape?

hah..aku perhati dia kat ruang tamu tu tengok dia bukak printer punya katrij. Aku dah start gelak

'ala bukan katrij tu katrij filter air kita tu la. Getah dah loose asik terpancut jer air

*hah...bukan ker. Heran jugak tadi suruh bukak katrij tapi dok dapur.

'kui kui. Apa la yang nie... penat org tunggu kat dapur tak mai2.


Sep 21, 2010

akukah sang bulan




Jika itulah bintang kejora yang melambai penuh gah
Akulah sang bulan yang tertunduk lemah
Jika kelip kejora itu terang menerangi alam
Akulah bulan yang pudar warnanya

Bintang kejora tersenyum penuh kemilau
Sedang hati sang bulan terus walang
Dihentak2 rasa pedih dan duka bersambung
Oh…begitukah takdir
Hati bulan terus berbicara sendirian
Terus menangis dengan esakan yang tak kelihatan
Oh kejora pinjamkan ku sedikit kebahagiaan
Maukah kamu?
Kerana sedikit rasa bahagia itu
Bisa membuatku tersenyum kembali
Dan tertawa seperti dulu

Sang kejora… jangan kau pergi menjauhi
Kerana aku perlu menumpang cahayamu
Walaupun cahaya yang kuterbitkan tidak segalakmu
Harapanku walau aku bukanlah bernama bintang
Tapi aku bisa meniti hari2 bahagia
Mendongak dan tersenyum
Dan menikmati hidup bererti…
Bermuhasabah menilai kelemahan diri
Dan hidup berbakti


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...