Feb 12, 2010

Fadilah dalam kenangan

Semalam khamis 11feb adalah hari yang menyedihkan bagi aku. Sahabat baikku Fadilah Abdul Halim dijemput pulang. Pulang kepada penciptanya. Aku mendapat berita ini dari sahabatku Marina.

"ani, ani dah tau belum"
"erm tau ape?"
"falah accident. Kene langgar kereta masa p kelas"
"Dia ok ker"
"Dia dah meninggal. Dah disahkan pun"

Masa ni marina dah nangis. Aku blur jap. Bagai tak paham makna meninggal. Esakan marina but aku tersentak. Falah telah pergi. Sahabat baikku telah pergi. Pergi dan takkan kembali. Dia lah sahabat yang paling murah pertolongan. Paling baik kurasakan. Kini dia telah pergi. Takkan ada lagi sahabat baik seperti yang dia yang kutemukan. Kami kenal ketika kami sama2 di Poiteknik Ungku Omar. Kemudian bekerja bersama selama setahun di Ipoh. Dia yang kukenali paling berkorban untuk famili. Gaji n biasiswa diterima disalurkan juga buat keluarganya sementelah ayahnya telah meninggal dunia tahun lepas.

Bila berkawan dia lah yang paling ikhlas menolong. Dia pernah menolong menghantarku temuduga di Ipoh menaiki skuternya, menghantar ku ke stesen bas (Ipoh to Gerik) juga mengambilku n menghantarku kerumah sewaku. Baikkan? Aku ketika itu tiada sebarang transport. Walhal aku boleh mengambil teksi. Tapi dia sudi menolong ku. Kutitipkan juga duit minyak kepadanya dan aku katakan kalau tak mau terima taknak naik dah. Bila bekerja pula aku kagum dengannya yang bekerja bersungguh-sungguh. Bekerja lebih daripada gaji yang diterimanya, sistematik n disukai ramai. Bos tempat kami bekerja pun sukai dia. Kalau dengan pekerja lain garang betul. Tikus pun lari. Tapi bila jumpa Falah...tersenyum2 sampai telinga. Siap bergurau2 lagi. Kami suka usik dia... Bapak falah.

Kali terakhir aku berjumpanya ketika dia datang KL. Lepak sekejap dirumahku tapi bermalam di rumah sewa marina. Esoknya hubby membelanja kami sate kajang n kami menghantarnya ke KL sentral untuk dia naik train kembali ke Ipoh. Tapi semalam..aku tidak berpeluang menatapnya buat kali terakhir kerana bekerja. Dia dikebumikan selepas asar.

Petang semalam ketika aku join study group di library UTM aku teringatkan dia. Serta-merta air mataku mengalir lagi. Ketika solat isyak bersama hubby...Ketika berdoa hubby tidak lupa berdoa untuk Falah semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Aku merasa terharu. Hubby juga mengenali Falah kerana kami ada keluar bersama beberapa kali. Menonton hoki bersama n makan bersama. Aku bersyukur...disamping meminta dipohonkan rezeki anak, hubby tidak lupa memanjangkan doa untuk sahabatku Fadilah untuk kuaminkan. Sekurang-kurangnya aku tahu apabila aku pergi suatu hari nanti, suamiku akan berdoa untuk aku. ITS GREATS HAVING U AS MY HUSBAND sayang...

Buat sahabatku Fadilah. Semoga rohmu tenang disana. Sahabat n anak yang baik pasti baiklah balasan mu DISANA. Aku akan titipkan doa untukmu sahabatku...

aku amik gamba ni dari fb dia

Sate Kajang Samuri-Last aku jumpa dia bln 6 tahun 2009


3 comments:

MisS Cinta_ati said...

selalunya owg baik n yg kita saya g dulu...

al-fatihah..buat arwah..

apeqchan said...

alfatihah....

Marina said...

Dah setahun lebih pemergian arwah...Aku seminggu selepas kejadian tu, bawak kete gi ofis macam orang giler....menangis sorang2....Aku berkesempatan menatap wajah dier untuk kali terakhir...al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...