Jan 23, 2009

Ibu..




Hayati pengorbanan ibu. Dimana Islam letakkan kedudukan seorang ibu 3x ganda lebih perlu dihormati berbanding seorang bapa. Hormati ibumu n jangan sakiti hati mereka.



Tegakkan Syiar Islam. Ayuh




Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedari lahir lagi kita diperdengarkan kalimah suci Allah dimana bapa mengazankan kita. Setiap muslim juga telah diwajibkan untuk mengucap 2 kalimah syahadah sebagai ikrar keyakinan hati terhadap tauhid Allah. Janganlah kita ingkar perintah-Nya serta ikutlah panduan kita Rasulullah s.a.w.







Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang. Mulakan harimu dengan bismillah. Semoga setiap pekerjaan kita diberkati-Nya.






Surah Al-fatihah telah diangkat sebagai ibu segala surah...

Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran dihati kita, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silakan menangis jika dorongan itu memang kuat.


Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia , hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berartinya kita dihadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapan-Nya. Rasakan getaran yang dahsyat didada…


Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Rasakan seperti pada ayat pertama

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Bayangkan seolah-olah kita berada dihadapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal dihari itu. Bagaimana keadaan kita dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang kita dengar. Biarkan airmata mengalir . Menangislah dihadapan Allah pada hari ini, disaat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai kita menangis kelak dihari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup.

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Inilah pengakuan kita bahwa hanya Dia yang kita sembah, dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan iklas.

Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Mohonlah padanya agar ditunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang kita dengar


Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat , kebahagian dan kesuksesan sebagai karunia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagian seperti orang itu.
Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya
Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.

Jika kita orang yang berhati peka pasti akan menangis, mendengar bacaan tadabbur ini. Jika belum merasakan getaran apapun dihati, ulangi terus tadabbur ini. Gunung saja akan hancur mendengar ayat Qur’an , hati kita tidak sebesar gunung bukan? Mudah mudahan Allah tidak mengunci mati hati...





Al-Quran juga disebut al-Furqan adalah panduan kita umat islam seluruh dunia. Al-Quran yang mengandungi 114 surah itu dibahagikan juga kepada 30 juzuk.

Tilawah al-quran al-Karim sebagai kitab sucidan wahyu ilahi, hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan memelihara adab-adab ditetapkan sesuai dengan kehormatan dan keagungan al-Quran itu sendiri. Antara adab membaca al-Quran yang terpenting ialah:
  1. Membersihkan diri
  2. Memilih tempat yang bersih
  3. Menghadap kiblat
  4. Membaca Ta'awwudh (memohon perlindungan daripada syaitan)
  5. Membaca dengan tartil (bacaan yang perlahan-lahan dan tenang)
  6. Mengamati erti bacaan
  7. Membaca dengan berlagu dan merdu
  8. Tidak memutuskan bacaan tanpa sebab yang munasabah
  9. Juga dilarang ketawa, bermain-main dan seumpamanya
Manakala adab yang berkait dengan batin ialah memperincikan lagi kefahaman sehinga ke asal kalimah, hati membesarkan kalimah Allah, menghadirkan hati ketika membaca sehingga sampai keperingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa.

Perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan seorang yang tidak membaca al-Quran
bagaikan seorang yang hidup dengan seorang yang mati. Namun begitu, ahli al-Quran yang bukanlah sekadar membacanya dengan bertajwid, tetapi mereka yang memahami dan menegakkan hukum hakamnya. Oleh itu, hidupkanlah hati dan rumah kita dengan al-Quran, amatilah ayat-ayatnya dan ikutilah suruhannaya dan tinggallah larangan nya. Seterusnya marilah kita berakhlak dengan akhlak al-Quran, menegakkan hukum-hakamnya dan menambah amal bakti sehingga beroleh kenikmatan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Ini kerana al-Quran adalah gedung segala kebaikan. Sesiapa yang membacanya walau satu huruf, maka dia akan mendapat satu hasanah menyamai 1o ganjaran pahala.


lirik lagu- I'm Yours

I’M YOURS-Jason Mraz





WELL YOU DONE DONE ME AND YOU BET I FELT IT
I TRIED TO BE CHILL BUT YOUR SO HOT THAT I MELTED
I FELL RIGHT THROUGH THE CRACKS AND NOW I’M TRYING TO GET BACK
BEFORE THE COOL DONE RUN OUT I BEEN GIVEN IT MY BESTEST AND
NOTHINGS GONNA STOP ME BUT DIVINE INTERVENTION
I RECKON ITS AGAIN MY TURN TO WIN SOME OR LEARN SOME
BUT I WON’T HESITATE NO MORE NO MORE
IT CANNOT WAIT I’M YOURS

WELL OPEN UP YOUR MIND AND SEE LIKE ME
OPEN UP YOUR PLANS AND DAMN YOUR FREE
I LOOK INTO YOUR HEART AND YOU’LL FIND LOVE LOVE LOVE LOVE
LISTEN TO THE MUSIC OF THE MOMENT PEOPLE DANCE AND SING
WE’RE JUST ONE BIG FAMILY
AND ITS OUR GOD-FORSAKEN RIGHT TO BE LOVED LOVE LOVE LOVE LOVE

SO I WON’T HESITATE NO MORE, NO MORE
IT CANNOT WAIT I’M SURE
THERE NO NEED TO COMPLICATE
OUR TIME IS SHORT THIS IS OUR FATE

I’M YOURS
SO DON’T YA DON’T YA DON’T DON’T DON’T YA BUT DON’T YA
WANNA SO SCOOCH ON OVER CLOSER DEAR
AND I WILL NIBLE YOUR EAR
I BEEN SPENDING WAY TOO LONG
CHECKING MY TONGUE IN THE MIRROR
AND BENDING OVER BACKWARDS TO TRY SEE IT CLEARER
BUT MY BREATH FOGGED UP THE GLASS
SO I DREW A NEW FACE AND I LAUGHED

I GUESS WHAT I BEEN SAYING IS THERE AIN’T NO BETTER REASON
TO RIDGE YOURSELF OF VANITIES AND JUST GO WITH THE SEASON
ITS WHAT WE AIM TO DO OUR NAME IS OUR VIRTUE

BUT I WON’T HESITATE NO MORE NO MORE
IT CANNOT WAIT I’M YOURS
WELL OPEN UP YOUR MIND AND SEE LIKE ME
OPEN UP YOUR PLANS AND DAMN YOUR FREE
I LOOK INTO YOUR HEART

AND YOU’LL FIND THE SKY IS YOURS
SO PLEASE DON’T PLEASE DON’T PLEASE DON’T
THERE’S NO NEED TO COMPLICATE
CAUSE TIME TO SHORT
THIS IS OUR FATE

IM YOURS…


Jan 22, 2009

soal jawab agama 2

petikan dari buku : MENJAWAB MASALAH ANDA oleh Uztaz Abu Salim Al Mahadi

soalan:

Apakah hukumnya seseorang Islam mengatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai lagi dijalankan di masa ini. Bolehkah jatuh murtad?

Jawapan:

Seseorang boleh jatuh murtad berdasarkan tiga sebabnya; perbuatan, perkataan dan keyakinan. Tapi yang lebih berkesan ialah keyakinan, manakala perbuatan dan perkataan hanya bergantung kepada keyakinan. Ertinya, kalau seseorang yang berucap perkara yang boleh merosakkan akidah belum boleh dituduh murtad sehingga kita bertanya keyakinannya yang sebenar.

Berhubung dengan persoalan diatas, suka kita bahaskan maksud dari ucapannya itu. Sebenarnya dari ucapan itu boleh difahami beberapa maksud:

  1. Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di masa ini, masyarakat Islam perlu dididik dengan iman dan taqwa dahulu.
  2. Hukum hudud beum sampai masanya lagi dilaksanakan sekarang kerana syaratnya sukar dipenuhi sekarang.
  3. Hukum hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan di masa ini, zaman dahulu memnag sesuai

Sesungguhnya kalau keyakinannnya seperti ketiga maka ketika itu barulah sah dia murtad. Tetapi kalau yang pertama dan kedua belumlah lagi jadi murtad. Islam sungguh berhati-hati membuat hukum, lebih2 lagi Islam tidak membuka peluang umatnya membuat tuduhan melulu terhadap umatnya.

Sungguhpun begitu, kalau kita dapati seseorang itu sudah murtad maka jalan selamat yang dianjurkan oleh Islam ialah membetulkan mereka dengan segera. Membesar-besarkan kemurtadan mereka tanpa mengajak mereka kepada islam adalah yang sebenar adalah dosa. Sebab itu serahkan urusan itu kepada ulama biar mereka yang menyelasaikannya secara bijaksana. Orang ramai lebih baik memperbaiki diri dengan ilmu yang betul tanpa turut memperkatakannya.



Jan 21, 2009

gambar perkahwinan mawi n ekin

Saja jer aku nak mengabadikan gambar perkahwinan artis top Malaysia nie Asmawi Ani dengan pasangan nyer Norashikin Rahmat atau ekin dlm blog aku. Esok2 aku leh jamu mata lagi. Perkahwinan ni memang meriah n macam membazir tapi ape nak di kato bukan duit diorang pun banyak penaja yang menaja. Gambar ni aku amik dari pelbagai blog macam murai.com,media malaysia, gua.com n entah ape lagi dah lupe plak.. Kredit untuk diorang.


-sebelum kahwin. Wah manis gitu

-ala2 orang zaman dolu naik beskal tua


-terpesona


-dapat cincin lepas akad nikah


-cium tangan wiwi


-kat umah Ekin tapi pelamin tema cam warna krismas


-banyak nyer kek diorang


-close up potong kek


-umah Mawi kat Taib Andak bertema Jawa


-belayar atas perahu. Perahu ker?


-mawi tunggang keta kuda. Lesen keta dah ade lum Mawi?


-turun dari keta kuda. Control cun


-tema nyer Arab


-Pretty maroon dress. Berombak2.


-majlis resepsi kat Hotel KL. Bantal kat belakang tu sebenarnya adalah kek. Tapi bukan kek bantal atau kek bantat.


-baca skrip deh


Selamat Pengantin Baru kat Diorang. Moga dapat baby comey2. Begitu juga Buat kami semoga dapat permata hati yang soleh n solehah menghiasi hidup kami berdua. Ameen


LAGU UNTUKMU-MEET UNCLE HUSSAIN


Lirik lagu Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu

Tiada bintang

Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang engkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu

Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua


MATAHARIKU-AGNES MONICA


Lirik lagu Agnes Monica - Matahariku (OST Jelita)

tertutup sudah pintu,
pintu hatikuyang pernah dibuka waktu,
hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu
walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku
suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta
menusuk jantungku
ucapkan matahariku
puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu
melakukan waktu

repeat *

dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku

suara tangisanku
ku bersedih
karna panah cinta menusuk jantungku

repeat **


Jan 20, 2009

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Tips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat


Amalan

1) Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
2) Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3) Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
4) Doa Nabi Zakaria
5) Surah AlWaqiah selepas subuh
6) Lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7) Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
8) Diet Pemakanan
Badam (almond) 5 Biji tiap hari
Buah Delima
Buah Zaitun
Buah Kurma

9) Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid la.. pastu amik seafood, amik supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap about 30 tablets everyday, makan sayur & buahan. Hubby banyak makan berasid cam daging, ayam etc.
10) Jangan minum ais dan minum air kelapa


CARA SENAMAN BATIN

Duduk bersila badan tegak
Pas tu luruskan kaki kanan kedepan
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
Buat 3x/7x setiap kali pas sbhyg subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Uji Kesihatan


Sperm test ni, gi lah LPPKN kat jln raja laut. bebetul sebelah Quality Hotel. Consultation fee cuma RM5. Registration + sperm test + consultation less than RM100.03-92843684
Klinik Samuel Specialist Maternity Centre - Jalan Tun Razak RM 90/= termasuk ubat utk kasi period turun + scan, RM25 Husbend

Berurut


Mak Aji: 012-2831769.. kg. pandan
Makcik Hawa(Mak Tua), Bukit Perah,N.9 call anis-017-3460377
Mak Dara, Lepas pekan batu 18 Ulu Langat, 03-90215901
Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil, 03-80619414
Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2, 03-89262649
kat segambut...dekat dekat dgn, international school mont kiara, Makcik esah, 03-62576424
Taman medan, KL, cik ayu 03-77810377
Call 03-61207417
Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di kg. Jawa, Taman Dato Tahir No. 42. Telefon No. : 013-9291377
Pak Dollah flet sri melaka.. Cheras 019-2504751

Ubatan


LD Venus, 013 6141215 (puan ruzi) -MLM, RM150 (Sebulan) http://www.elken.com.my/elken/globalpresent.htmkhasiat lain, antaranya-memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin-melegakan sakit haid -merawat kedinginan seks-memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih berseri & cerah-mengurangkan gangguan putus haids
Bioseed & Pati Gamat Plus Vitamin - BIO H keluaran Gamat Emas iaitu sejenis minuman (serbuk dan perlu dibancuh dengan air) yang berupaya merembeskan semula hormon HGH yang menyumbangkan kepada kesuburan hormon.
http://indahkasturi.com/
Jelly Gamat Serigama
Le Dara
Sendayu tinggi
clomide (pil subur)
ROYAL JELLY dan Vita 5 - CNI
MADU SPIRULINA SURECO, atau apa2 pemakanan yang berasaskan mengkudu, kerana mengkudu dipercayai dapat memperbanyakan benih ovum.
Pusat Rawatan Islam Az- Zahrah, Bangi (depan Masjid Bumbung Hijau Bangi) antara Billion, Projet dan Warta Supermarket). Konsultation, rawatan dan ubatan yang dibekalkan adalah PERCUMA. boleh berhubung dgn Prof. Ir. Dr Zainal Aripin Zakariah 019-3838745 atau Dr Rashid 013-3602158 atau Dr Abd Rahman Mat Dali (Pengerusi Eksekutif Az-Zahrah 03-8925 2525).


Perubatan

IVF - RM8000
Hospital Glenagle Sungai Petani yang ada pakar gerenti dapat anak, agak mahal kosnya RM14k.
KLINIK HOMEOPATHY DR. YUNUS. NO. 3 JLN MEDAN KANGAR 01000 KANGAR PERLIS MALAYSIA. NO TEL 013-4211718, 604-976 8618, EMAIL:
DRYUNUSA@YAHOO.COM. MASA RAWATAN:- PAGI :9.00-12.15 PETANG :2.45-6.30 REHAT :12.15-2.45 MALAM :DENGAN TEMUJANJI SAHAJA AHAD :TEMUJANJI SAHAJA TEL :012-5639247 (ROS)

Website Panduan


http://www.timang.org/Kehamilan.htm
Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj.
Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!
Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi).
Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti. Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.

kredit to: fauzinm.tripod.com


resdung

Resdung --
Dapatkan rawatan segera Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya. Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain. Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik 5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.
8) Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah. 11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot. 12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

kredit to: fauzinm.tripod.com


soal jawab agama

petikan dari buku : MENJAWAB MASALAH ANDA oleh Uztaz Abu Salim Al Mahadi

Soalan :
kalau saya berkata "jadi orang islam ini susah" apakah boleh jadi murtad?

Jawapan:

Kalau sekadar berkata "jadi orang islam ini susah" tidaklah salah, tidaklah sampai jadi murtad kerana kenyataan ini ada betulnya malah Rasullulah sendiri ada bersabda yang maksudnya:
"dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Hidup dalam penjara memanglah susah, kena ikut peraturan, makan dijaga dan diawasi, kerja harian mengikut arahan dan sebagainya. Hidup dalam penjara tidak bebas sebagaimana orang diluar penjara. Begitulah gambaran susahnya orang mukmin di dunia ini. Hidup mereka mesti mengikut peraturan yang Allah sediakan. Sesiapa yang melanggar peraturan itu akan diseksa di Akhirat. Tapi kalau mereka mematuhinya pastilah hidup mereka bahagia.
Kalau begitu memanglah hidup orang Islam susah, tidak bebas untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Sungguhpun mereka susah tetapi mereka bahagia kerana kehidupan mereka selalu diambil perhatian oleh Allah. Akan tetapi kalau seseorang itu mengatakan "jadi orang islam susah" bermaksud miskin papa, ini adalah satu kesilapan besar kerana Islam tidak pernah mengajar supaya umatnya hidup miskin papa. Umat islam sendirilah yang tidak mahu mengikut peraturan islam menyebabkan mereka susah dan miskin. Lihatlah, para sahabat Rasullullah, mereka kaya raya kerana mengikut peraturan yang benar. Kalau begitu orang Islam tidak akan hidup susah kalau mengikut peraturan Islam sebenarnya.
Kalaulah ucapan diatas bermaksud menghina Islam seperti katanya "jadi orang islam susah lebih baik jadi orang kafir hidup senang lenang." Ucapan itu boleh menyebabkan orang berkenaan menjadi murtad. Ucapan ini patut dijauhi. Jika sudah terlajak eloklah kembali kepada ucapan dua kalimah syahadah semula. Ucapan ini boleh mengembalikannya kepada Islam semula selepas murtad.


Jan 7, 2009

BILA DI HATI TIADA CINTA

Sedarkah anda bila di hati sudah tiada cinta? Bagaimana mengenal situasi anda perlu memutuskan hubungan dengan si dia? Benarkah sesuatu hubungan itu tidak boleh lagi diselamatkan... Kenali tanda nya. Supaya anda lebih kenal diri, tahu apakah matlamat dengan hubungan itu, dan tidak perlu lagi bersikap hipokrit di depan matanya...


  1. Malas menjawab panggilan nya apalagi mahu membalas mesej nya.
  2. Tidak ikhlas ketika keluar dengan si dia. Muka terpaksa. Anda tunjukkan muka seposen anda kerana terpaksa menerima ajakan 'date' dia setelah puas dia merayu sehingga anda naik menyampah.
  3. Tidak menerima dia dengan seadanya. Katakanlah dia yang menjadi teman anda itu secara fizikalnya kurang menarik, atau terlalu gemuk boleh jadi juga terlalu kurus di tambah pula tahap pendidikannya rendah. Anda berjalan beriringan dengan sidia tiba-tiba ternampak orang kampung/kwsn perumahan anda atau seseorang yang kenal anda berdua. Cepat-cepat anda menjauhkan diri dari dia. Apatah lagi nak kenalkan dia kepada mereka.
  4. Anda sendiri sedar anda tidak pernah sayangkannya. Tidak seperti ex anda sebelum ini anda begitu rindu giler tapi dengan mamat sorang nie anda tiada langsung perasaan itu.
  5. Anda menerima dia hanya kerana kesunyian ditinggalkan kekasih lama anda. Lagipun sudah lama dia merayu anda menjadi kekasihnya. Inilah menjadikan anda terikat dengannya konon memule nak kawan dulu mungkin lama2 baru boleh terima.
  6. Anda berpergian jauh contohnya untuk pergi interview yang jauh dari tempat tinggal anda tidur pula dirumah kawan anda sikit pun anda tidak menceritakan kepada dia. Anda rasakan tidak penting untuk dia tahu. Tunggulah nanti bila dia dapat tahu dari orang lain bergaduh besar anda dengannya.
  7. Terlalu banyak sikap dia yang bertentangan dengan anda. Dia tidak seperti kekasih dambaan anda walau dia berusaha untuk memenangi hati anda.
  8. Anda malu dengan dia. Dia tidak ada apa pun untuk anda banggakan atau perkara menarik untuk diceritakan kepada keluarga atau teman-teman rapat anda. Anda malu mengenalkan dia kepada teman-teman rapat atau membawa nya berjumpa dengan keluarga anda.
  9. Anda meluat dengan nya. Sikapnya membuat anda jelak. Dia tidak malu untuk menangis merayu anda. Mana pergi kejantanannya serta maruahnya sebagai lelaki.
  10. Anda lebih sedar dia bukanlah untuk anda. Hanya anda tahu lelaki bagaimanakah anda cari untuk anda bina mahligai rumahtangga bersama. Lelaki untuk anda serahkan seluruh jiwa raga menemani perjalanan hidup anda.
Jangan buang masa. Mempermainkan hati mereka yang manyayangi anda. Masalah kecil biar diselesai dahulu agar tidak timbul masalah besar di kemudian hari...

TEPUK DADA TANYA CINTA
JIKA TIADA PUTUS SAHAJA
USAH DIKENANG PERKARA LAMA
MULAKAN HIDUP BARU DENGAN CERIA...


Jan 5, 2009

INDAHNYER KUALA LUMPUR


KL view at night


kl view from Bukit Ampang-day



fireworks at Dataran Merdeka new year celebration 01/01/2009


fireworks at dataran merdeka 31ogos2008



xmas tree @sogo


Bangunan Sultan Abdul Samad


clown buat belon




sign of KL-twin tower


Masjid Jamek


Masjid Jamek-at night


PALESTIN MENANGIS LAGI…


PALESTIN MENANGIS LAGI…

Bumi basah dilanda darah
Letupan membingit suasana
Bangunan berkecai habuk melata
Dijajah sekian lama
Tak pernah merdeka
Sekalipun tak pernah dibela
Kuasa besar tetap menyanjung sekutunya
Mereka hanya menutup mata memekak telinga
Suara PBB bagai air dicurah ke daun keladi
Tak terkesan sama sekali
Tak mengubah hakiki
Umat islam semakin ramai yang pergi

Kepada siapa lagi mahu diadu
Nasib bumi dipijak bagaikan duri
Menjadi pelarian dibumi sendiri
Kemana lagi mahu diatur langkah kaki
Segenap penjuru memercik darah saudara sendiri
Tempat berlindung bersepai tak berbaki

Apalah salah, apalah dosa
Anak kecil sudah mengenal sengsara
Perit kehilangan saudara

Israel laknatullah angkara durjana
Perikemanusiaan sudah lama tiada
Memusuhi islam sejak dahulu kala
Dengki serta pentingkan diri sudah sebati
Ketamakan juga kerakusan membajai hati

Kami…
Walau tak mampu berbuat apa-apa
Menumpah air mata melihat dari sebalik kaca berita
Bedilan berganda, kematian meningkat bilangan nya

Tetap berdoa
Kesejahteraan manusia sejagat seluruh semesta
Syiar islam tetap tegak terbela
Biar dihujan peluru, bom bebola
Walau diancam nyawa sejengkal jaraknya
Kerana yakin adanya Dia
Allahuakbar…


Jan 4, 2009

BEAUTIFUL BEACH AT THAILAND



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...