Jul 2, 2011

transformers aku dah tengok

Kene ot pulak....Aku nk nengok transformers malam ni. Huhu. Sampai umah agak lewat dlm kul 8 lebih. Then cpt2 mandi then kuar umah. Sebelum tu makan bihun sup kat sup meletop bandar permaisuri nie jer. Husband dah belikan tiket masa balik keje tadi kat viva home cheras. Tempat ni kalau panggung agak lengang coz tempat baru ramai taktau.

Dalam tu baru jer 5 minit cite tayang aku dah mengantuk siap pejam lagi. Husband yang peminat tegar cite tranformers ni ok jer. Bg aku permulaan cite agak lembab dan hanyut...tak phm omputeh kan cepat ler aku pejam. Tapi bile dah kemuncak tranformers lawan2 pon aku pejam gak. Punyerler bising sound effect dia tak mampu bukak mata aku pon. Huhu. Giler lame citer nie nak abis. Biler dah abis aku tanya husband berapa bintang nak bagi citer nie.

-5 bintang la honey
#tapi tak best pon tadi sampai tertido2 i
-u tak folo dari mule. mmg ar

masuk dalam keta aku tertido sampai kat parking umah husband kejutkan. Giler ngntuk. Esok pagi tanya husband cane citer dia smlm. dia pon terangkan laa. awesome! So sesape yg nak tgk jgn terpengaruh ngn citer aku.... Best jer tu. Cer tgk trailer cite ni


nak tutup blog

Niat dihati nak close satu blog yang dah macam hidup segan mati takmau. Blog itu adalah blog kedaikecikaini Huhu. Sebab...
  1. aku dah maleh nak update. setahun lebih dah aku tak letak barang baru.
  2. Aku takde masa nk update blog itu dan promosi barang. Blog ni pon dah tak larat nak buat entri
  3. Barang tak laku... haha. ~sape suh tak pomot kan.
  4. Kalau barang itu bukan tia amelia aku maleh nak anta. kena bungkus lagi kena pergi pejabat pos lagi. Tia amelia aku buat dropship jer. Aku amik order uruskan soal jawab dan pembayaran dan supplier yang akan anta.
  5. Ade yang setakat bertanya jer tapi taknak beli....Arghh penat aku balas mesej dia, balas emel dia. I'm looking serious buyers only ok. masa aku sangat berharga.
  6. Aku ingat nak tambah barang baru..barang kecantikan dan kesihatan jugak la. Tapi kalau aku tak pakai sendiri cane aku nak jawab bile pelanggan tanya. Ermmm. Alasan jer akan kalau dah malas tu.
  7. Bedak miyami pulak aku cume amik order dari budak2 kelas yg nak beli... Tkde kos penghantaran coz aku bawak sendiri. Kalau orang order bedak ni online aku maleh nak anta. harhar
  8. kat opis dah tkleh online. urusan baca emel sebelah malam jer. kalau takde orang order pagi dan dah buat pembayaran aku terus bayar supplier then petang dia dah leh anta. skang kalau bayar lambat...aku order sebelah malam jer, esok baru supplier akan anta barang. tak cergas cam dulu laaaa.
  9. Aku adalah seorang isteri yang bekerja sebelah siangnya kadang2 overtime balik lambat kadang2 malamnya aku masak so penat sikit. Malam kena buat assignment lagi layan hubby lagik...hikhik. Weekend lak ade kelas. Penuh dan sendat xtvt aku
tapi bile aku nak tutup ade orang order lagi.... hehe. Syok. Sampai luar negara aku anta tau... Thinking....nak teruskan ker tidak...atau nak biar jer gitu jer order masuk skali skala. Tapi tak puas kan tak dapat maksimakan keuntungan. hurrmm


Boleh ker tidak...boleh ker tidak....BOLEH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...