Feb 8, 2010

I'm proud being banjarians

Haha.. Entah kenapa hati ni tetiba rasa nak cakap pasal banjar. Tau ker banjar tu ape? Salah satu pecahan bangsa melayu di Malaysia... Ada orang petani, ada orang banjar ada orang jawa. Yang membezakannya adalah bahasa pertuturan dan adat. Hehe. Sebenarnya aku banjar dah tak tulen. Aku tak pandai cakap banjar. Kalau cakap pon saje nak main2 pastu gelak. Bukan aku hina bahasa banjar tapi bunyi dah tak macam banjar. Sesetengah perkataan aku faham. Kalau nak balas balik aku kene fikir pulak perkataan yang sesuai (lambat sikit la)

Mak bapak aku asal orang Bagan Serai. Both of them banjar. Then dapat penempatan Felda di salah sebuah ceruk kat Gerik tu. Kat Bagan Serai ni memang ramai orang banjar. Kalau yang berbahasa pekat sangat tu aku tak paham. Then diorang ni cakap laju (aku ni cakap laju sebab ni kot). Ramai la kulaan kat sana. 'kulaaan?' kulaan tu saudara. Biasa tak nampak cogan kata yang selalu terpampang kat belakang kereta orang banjar "kulaan niring napang terkuriheng" Maksudnya lebih kurang camni 'saudara nampak kenapa tersengih'. Aku 1st time jumpa perkataan ni pon aku gelak. Hanya org banjar jer jumpa perkataan ni akan tersengih. Orang yang taktau akan tertanya2 la.

Ciri-ciri orang banjar (mengikut kaca mata aku laaaa....)

  1. Orangnya berkulit putih2. Yang lelaki pon. Kalau perempuan cantik kalo lelaki encem. (echeh)
  2. Bercakap laju. Macam keretapi.. tapi jelas.
  3. Tang mata...Sepet2. Cam anak cina atau anak Jepun.
  4. Bahasa kadangkala agak kasar. Tgk orang jugak la. Bahasakan diri 'aku' ngan mak bapak, Korang jangan anggap kurang ajar. Memang dah cenggitu budayanya.
Korang nak tahu bahasa banjar... Nanti aku ajar entri seterusnya.... Huhu sabar.


1 comment:

Ery Farieha said...

saye ade keturunan banjar
belah mak
belah abah jawa
hehehe
due2 x ikot :PP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...