Jan 22, 2009

soal jawab agama 2

petikan dari buku : MENJAWAB MASALAH ANDA oleh Uztaz Abu Salim Al Mahadi

soalan:

Apakah hukumnya seseorang Islam mengatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai lagi dijalankan di masa ini. Bolehkah jatuh murtad?

Jawapan:

Seseorang boleh jatuh murtad berdasarkan tiga sebabnya; perbuatan, perkataan dan keyakinan. Tapi yang lebih berkesan ialah keyakinan, manakala perbuatan dan perkataan hanya bergantung kepada keyakinan. Ertinya, kalau seseorang yang berucap perkara yang boleh merosakkan akidah belum boleh dituduh murtad sehingga kita bertanya keyakinannya yang sebenar.

Berhubung dengan persoalan diatas, suka kita bahaskan maksud dari ucapannya itu. Sebenarnya dari ucapan itu boleh difahami beberapa maksud:

  1. Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di masa ini, masyarakat Islam perlu dididik dengan iman dan taqwa dahulu.
  2. Hukum hudud beum sampai masanya lagi dilaksanakan sekarang kerana syaratnya sukar dipenuhi sekarang.
  3. Hukum hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan di masa ini, zaman dahulu memnag sesuai

Sesungguhnya kalau keyakinannnya seperti ketiga maka ketika itu barulah sah dia murtad. Tetapi kalau yang pertama dan kedua belumlah lagi jadi murtad. Islam sungguh berhati-hati membuat hukum, lebih2 lagi Islam tidak membuka peluang umatnya membuat tuduhan melulu terhadap umatnya.

Sungguhpun begitu, kalau kita dapati seseorang itu sudah murtad maka jalan selamat yang dianjurkan oleh Islam ialah membetulkan mereka dengan segera. Membesar-besarkan kemurtadan mereka tanpa mengajak mereka kepada islam adalah yang sebenar adalah dosa. Sebab itu serahkan urusan itu kepada ulama biar mereka yang menyelasaikannya secara bijaksana. Orang ramai lebih baik memperbaiki diri dengan ilmu yang betul tanpa turut memperkatakannya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...