Jan 20, 2009

soal jawab agama

petikan dari buku : MENJAWAB MASALAH ANDA oleh Uztaz Abu Salim Al Mahadi

Soalan :
kalau saya berkata "jadi orang islam ini susah" apakah boleh jadi murtad?

Jawapan:

Kalau sekadar berkata "jadi orang islam ini susah" tidaklah salah, tidaklah sampai jadi murtad kerana kenyataan ini ada betulnya malah Rasullulah sendiri ada bersabda yang maksudnya:
"dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Hidup dalam penjara memanglah susah, kena ikut peraturan, makan dijaga dan diawasi, kerja harian mengikut arahan dan sebagainya. Hidup dalam penjara tidak bebas sebagaimana orang diluar penjara. Begitulah gambaran susahnya orang mukmin di dunia ini. Hidup mereka mesti mengikut peraturan yang Allah sediakan. Sesiapa yang melanggar peraturan itu akan diseksa di Akhirat. Tapi kalau mereka mematuhinya pastilah hidup mereka bahagia.
Kalau begitu memanglah hidup orang Islam susah, tidak bebas untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Sungguhpun mereka susah tetapi mereka bahagia kerana kehidupan mereka selalu diambil perhatian oleh Allah. Akan tetapi kalau seseorang itu mengatakan "jadi orang islam susah" bermaksud miskin papa, ini adalah satu kesilapan besar kerana Islam tidak pernah mengajar supaya umatnya hidup miskin papa. Umat islam sendirilah yang tidak mahu mengikut peraturan islam menyebabkan mereka susah dan miskin. Lihatlah, para sahabat Rasullullah, mereka kaya raya kerana mengikut peraturan yang benar. Kalau begitu orang Islam tidak akan hidup susah kalau mengikut peraturan Islam sebenarnya.
Kalaulah ucapan diatas bermaksud menghina Islam seperti katanya "jadi orang islam susah lebih baik jadi orang kafir hidup senang lenang." Ucapan itu boleh menyebabkan orang berkenaan menjadi murtad. Ucapan ini patut dijauhi. Jika sudah terlajak eloklah kembali kepada ucapan dua kalimah syahadah semula. Ucapan ini boleh mengembalikannya kepada Islam semula selepas murtad.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...