Jan 31, 2010

hamster beranak lagi

Hamster ku beranak lagi....Huahua..Kali ni dah kali ke3 dia beranak. Kali pertama hancus semuanya tak sampai seminggu. Kali kedua hancus jugak dah 2 minggu dah tumbuh bulu pon mati semuanya. Ada yang kene makan ngn ibu dia. Ada yang pucat lesi keras kejung gitu jer pas aku tukar serbuk kayu dia yang berbau tu...

Kali ni aku harap hamster ku beranak sihat2 jer. 5 ekor semuanya. Merah2 jer. huhu. Husband ku tak bagi tangkap gambar mereka. Baru sahari katanya. Dekut. Sori tak dapek nak upoad. Tapi de org kata tangkap gambar binatang nanti binatang tu mati? yer ker.. Ish takdelah kan. Kalo dah ajal mati jugek ler kat mana2 walau apepon penyebabnyer.

Aritu masa kelahiran ke2 kami balik kampung. Tak bawak ler si hamster2 nie. Selalu aku bawak. Yerlah anak sedara dan adik2 excited nak tengok. Deme tanya mana hamster. Sedih tengok muke anak sedara aku si izuan tu nak tengok hamster bila aku balik, tak dapat. Aku bagitau kat diorang.

"hamster beranak lagi. Pastu malam tadi hujan. Maleh ler nak bawak"
"Asyik hamster jer beranak, mak dia biler lagi" Abah sengih2.
"Mak hamster ler beranak tu.."

Then aku sedar akulah mak hamster yang dimaksudkan abah tak beranak lagi tu... Huahuaa..
Kene setepet. Takpe2. Aku bukan tak nak beranak lum rezeki lagi jer. So guys doakan aku beranak. Huhu baru kuboleh buktikan aku leh beranak n menjadi ibu. Uhh tak sabar nak ade pengalaman jadi ibu, ada baby, buat susu, tukar lampin, die merangkak, berjalan. Indahnyer dunia. Ameen

hurmm.... :)


3 comments:

myrol92 said...

huhuhu...tahniah la kpd hamster tu dah dapat anak...

http://luvislam92.blogspot.com/

pawaka19 said...

suka hamster jugak..tpkan kene tahanla..kalau taruk dalam bilik nanti berbau..

tulip said...

Myrol : Hamster jwb, tq myrol. Pawaka : Hamster i tak letak dlm bilik. Kat ruang tamu jer.. Kalo tak ditukar serbuk kayunya memang akn berbau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...