Jul 16, 2010

kealpaan diri telah menyusahkan seantero alam


Huahua. Apelah yang telah berlaku kepada diriku yang bertuah ini.

Muda2 lagi dah ntah ape2. Kesahnyer. Aku online banking rhb terpakai kad asben aku punya. Holala. Kenapa kad tu mesti ada dlm sarung plastik buku RHB aku. Aku takleh nak login then kol lah num rhb mintak bantuan dia kata rujuk pada rhb berdekatan. Adeh la. Pi RHB OUG sana waktu lunch cuba2 masuk kad tak boleh buat transaksi refer kepada kaunter dia tolong la check ape2 yang patut. Baran jugak aku ape lah yang susah sangat nak membolehkan kad aku berfungsi. Dah la muke aku sembab tak hengat coz malam sebelum tu berjaga tengok final bola. Mesti dia kata aku garang. Haha.

Then diorang wat la ape2 yang patut kat kad aku tu. Tapi selepas 2 kali masuk kad semula pon tak boleh buat sebarang transaksi jugak. So solution seterusnya buat kad baru. adeh... terbang lagi rm12.Pulak tu tak boleh tukar pin num on the spot coz pegawai pi lunch. Apalah lu. Kad baru tu aku letak kat poket beg tangan aku. Haha. kan banyak kompartmen. Terpaksa aku datang sekali lagi pas balik keje petang tu untuk tukar nombor pin. Huhu.

Esoknya buat lagi log in online rhb pakai kad dalam purse. Tak boleh jugak. Hangin tul aku. Kol jugak mintak bantuan tapi tak sempat dengar penjelasan sampai habis aku terpaksa jumpa bos dulu.

Masa nak balik untuk beli barang cosway aku jumpa kad baru dalam beg aku. Adussss. Rupenye selama ni salah aku semuanya. Kenapa RHB takleh kesan kad itu bukan kad aku sebenarnya. Padan la burok ajer kad asben aku tu. susah2 ajer. Malam tu online banking pakai kad paling baru, barulah berjaya login RHB online. Huhu. Semua nyer salah ku. kad asben ade dlm sarung buku RHB aku. Dlm purse baru la kad aku sebenar. Sebab jarang berurusan ngn RHB tu yang tak tau tu. huhu


Jul 14, 2010

spende basah

uiit....korang tau ker spende basah. Ape yang korang expect dengan tajuk ni....aku kantoi pasal pakai spende basah... No! no! no! no! Ade sesape basahkan spende aku... No! no! no! no! luchah sekali korang  nie. Nge...nge...

ni ade satu cite yang terjadi kat opis aku sampai istilah spende basah ni timbul. Gini. di suatu petang yang sunyi berkatalah Mar kepada Chong
"Chong, u nak tak drawing tu?"
-
-
-
-
diam takde bunyi.

"u ni Chong. Macam cakap ngn spende basah."

Aku dah gelak2. Apesal mar ni sebut spende basah.

"Apesal cakap camtu kat Chong"
"Yealah saya tanya tak jawab2. Akak tau tak kalo orang tu spende basah dia diam jer tak bunyi2. Cam tu la dia. Pakai spende basah tu pasal diam monyok aje" mar dah luahkan isi hati dia sambil gelak2

Aku gelak kukikukik. Adoih. Istilah tak semenggah. Then aku tanya Chong paham ker ape Mar cakap

"Tak paham or. Ape tu?" dia jawab
"Basah tu wet...Spende tu underwear. So she mean u're wearing wet underwear thats why u're so quiet cannot talk"

So tercetus la ketawa besar secara beramai2. So korang kalo org tanya baek2 tu jawab la yea. Budi bahasa budaya kita. Atau korang memang tengah pakai spende basah so resah gelisah tak leh ckp ngn org. huahua

*ade lagi ker org pakai spende basah zmn skang? Dulu2 aku merasa ar tak ckp sluar then pakai sluar lembab2 p skolah. Memang aku diam tak gerak2. Hahahaha.


Jul 12, 2010

aku takleh tido

apa kesah ni? Huhu. Niat dihati pagi ni nk tengok bola kat mamak kul 1.30a.m so niat dihati nak tido awal lah. Lepas siap iron baju kami suami isteri untuk 2 hari jelah coz sangat tak larat untuk iron seminggu nyer. Hehe...sakit tangan coz main bowling di siang hari. Pastu lipat kain baju yang kubasuh hari sabtu tu. Penat pon buat jelah kang asben aku tak jumpe stoking dia nak pakai esok. Hehe. Pergi dapur nak minum air nampak periuk nasi semalam tak basuh lagi so basuh jer dulu semak mata nak tangguh2 ni oiiii. Dalam kul 10.30 siap semua keje solat dulu then baring2... Adus payahnya nak tido. Tak lena langsung...fikiran ni dok melayang ajer entah apa2 difikirkan.

Kul 11.40 kubangun bukak tenet lah....buat blogwalking n post something kat blog. Huhu. Waiting for final world cup Sepanyol vs Belanda kul 2 ni. Aku takdelah teruja ker atau ada sape2 pemain pilihan. Serius aku tak minat bola. Tapi aritu ikut asben tgk bola kat mamak Brazil vs Germany...Uii gile punya best. Dah kenal sape Kaka. So malam ni sajelah aku nak ikut. Ape salahnya dalam 365 hari aku buat perkara berbaza sehari. Ini perlawanan 4 tahun sekali kan. Semua orang pon tengok bola. So i just want to feel it....!


Mari kita kenali bendera negara terlibat

Spain @ Sepanyol


Belanda @ Netherlands



Ini durian Belanda. Hehe.

Malam ni I nak order ape yea...Megi goreng ker stik ker atau roti tisu. Haha. So korang rase sape menang. Aku tak kesah sape pon menang tapi aku akan sokong lawan kepada yang asben kusokong. Hehe. Mr Paul (Berlin) pilih Sepanyol tapi miss Mani (Singapura) pilih Belanda. Kalo cakap mr Paul betul aku tak tau ar kalo ade yang sanggup percaya kat dia atau memuja dia. Hishh syirik betul. Allah menghendaki sesuatu itu terjadi dengan izinnya. Kalo pilihan Paul betul kemenangan itu dan kebetulan itu terjadi dengann izin-Nya. Sebagai hamba Allah jangan lah kita percaya kepada yang lain melebihi kepercayaan kita kepada-Nya. Ujian kepada akidah itu datang dalam pelbagai bentuk :)

............Selamat menonton dan bersorak..........






Jul 10, 2010

Tia Amelia lagi

Sesape yang belum jumpa produk sesuai untuk kulit dia meh ler cube tia amelia. I de jual ngn murah. Biasa satu kotak tu rm95.00 tapi i jual rm85 jer. Kalo tia melia + toner i jual rm100 kalo kat pasaran rm112.90. I tak jual kalo benda ni tak bagus sekurang2nya bagus untuk i wink.gif Sebab produk ni bagus sajer jer kongsi pengalaman.

Attention :Harga dinyatakan diatas tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran cume RM6 ajer yer. Huhu taknak bayar postage mai amik kat umah i.


ni rm 85.00 ajer


ni rm100 ajer

Sila klik tia amelia kalo nak maklumat lanjut. Atau emel saya ain_348@yahoo.com

Sejak I pakai produk ni ramai tegur muke dah cerah...dah cantik. Hehe. suke2. Abang pon semakin sayang. Dulu selalu dia tegur...

"dok congkel2 mana tak parut"
"awak lagi cantik kalo takde parut tu"
"u... pakai ape pon tak guna kalo asyik korek2"

hahaha. Sentap gak I. Asik try2 jer semua produk yang I 'terliur' kat iklan. Tapi sudahnya...non ado. So u'olls yang tercari2 produk untuk muke tu mai la try. Kalo tak sesuai sila bagi jer kepada sesapa yang memerlukan adik ker kawan2 ker. I takleh ler jamin sesuai kat kulit korang tapi setakat yang kawan2 I cube ni ok la.

Sajer nak review muke i dulu dan sekarang
Pakai bedak pon nampak parut. Nasib mr Zi nak kat i.

Dulu2. Orang tanya i 'kene plentung ker?'. Huhu. Smpai hati u


Gambar ni jadi profile fb mr Zi. Dia sangat seronok ngn perubahan muke i


Skang. Orang tanya 'ani pakai produk ape nampak cantik, cerah dan gebu'.

Arghhhh...blushing2. haha. Astagfirullahhalazim. Jauhkan aku riak Ya Allah. Syukur kepada tuhan. Walaupun taklah sehebat mana atau secantik wanita2 anggun diluar sana sekurang2nya keyakinan aku dah bertambah.


-seelok-elok perhiasan di dunia ialah wanita yg solehah-

I akan berusaha untuk menjadi wanita solehah wink.gif Redhai perjalanan hidupku YaAllah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...