Feb 11, 2009

BREAST CANCER

What is breast cancer?

Breast cancer occurs when abnormal cells grow out of control in one or both breasts. They can invade nearby tissues and form a mass, called a malignant tumor. The cancer cells can spread (metastasize) to the lymph nodes and other parts of the body.

Breast cancer is many women’s worst fear. But experts have made great progress in treating cancer. If it is found early, breast cancer can often be cured, and it is not always necessary to remove the breast.

What causes breast cancer?

Doctors do not know exactly what causes breast cancer. But some things are known to increase the chance that you will get it. These are called risk factors. The main risk factors for breast cancer include:
  • Aging. Breast cancer is much more common in older women than in younger women. Your breast cancer risk increases as you age.
  • Family history of breast cancer. You have a higher risk if a close family member, especially your mother or sister, has had breast cancer.
  • Female hormones. Using hormone therapy after menopause raises your risk. This includes estrogen-progestin and estrogen-testosterone. Using estrogen by itself may slightly raise breast cancer risk. And your risk is slightly higher if you started your period before age 12 or started menopause after age 55. The years when you have a menstrual cycle are your high-estrogen years. Experts think that the longer you have higher estrogen, the more risk you have for breast cancer.
  • Gene changes. Women who inherit certain genes called BRCA1 and BRCA2 are more likely to have breast cancer.

Some other things are known to increase your risk, such as having extra body fat, being inactive, or drinking alcohol (these lead to higher levels of estrogen in the body).

But many women who have risk factors do not get breast cancer. And many women who get breast cancer do not have any known risk factors.



KEKERASAN DALAM RUMAHTANGGA

Pasangan sepatutnya saling berkasih sayang, mempunyai sifat belas ihsan dan baik hati.

TINDAKAN kekerasan terhadap wanita berlaku dalam masyarakat melangkaui batasan kumpulan etnik dan agama. Sesetengah diperlakukan sesuka hati, diherdik dan dipukul, malah dirogol tanpa simpati dan belas ihsan.

Rogol adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan seksual tanpa keizinan atau kemahuan. Mangsa mengalami kemusnahan hidup dan trauma yang sukar digambarkan.Jika ia berlaku di antara pasangan suami isteri, ia sungguh mengaibkan!

Memang jarang diperkatakan, tetapi sedar atau tidak, ia suatu isu sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kajian menunjukkan kekerasan di antara suami dan isteri ini selalunya bersifat kekejaman dalam senyap. Bahkan, secara umum ia memberikan kesan lebih teruk dan traumatik terhadap mangsa, walaupun kerap kali ia dilihat tidak serius.

Lazimnya kes rogol membabitkan orang asing hanya mengakibatkan kemusnahan terhadap diri dalam satu kejadian, tetapi dalam ikatan perkahwinan mengakibatkan kemusnahan bersiri, bahkan memakan waktu bertahun-tahun. Apabila dirogol suami, anda sebenarnya tinggal dengan perogol! Cukup janggal bunyinya bukan tetapi kenapa seorang lelaki merogol isterinya?

Jika diperhatikan, kebanyakan wanita yang dilaporkan dirogol suaminya memberikan persetujuan untuk mengadakan hubungan seksual. Jadi, sejauh mana Islam menilai isu penderaan domestik ini?Apabila diperhatikan kepada nas, baik daripada al-Quran dan hadis, tiada istilah kekerasan mutlak seharusnya digunakan terhadap isteri mahupun suami. Islam memberikan penekanan kepada konsep saling berkasih sayang antara suami isteri. "Dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir." (ar-Ruum: 21)

Bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara, Dr Muzammil H Siddiqi, berkata hubungan antara pasangan suami isteri sepatutnya berasaskan kesejahteraan, kasih sayang dan belas ihsan. Menurutnya, tiga ciri itu adalah konsep yang sangat penting dalam agama dan menyumbang ke arah pembentukan perkahwinan Islam yang ideal. Suami dan isteri juga katanya, harus mengetahui yang mereka adalah sumber kesejahteraan dan keselesaan antara satu sama lain."Mereka sepatutnya melakukan setiap perkara secara fizikal, emosi dan rohani untuk membuatkan diri pasangan berasa gembira dan selesa. Mereka perlu menjaga diri setiap pasangan," katanya.

Suami dan isteri tidak sepatutnya menjaga diri pasangan dalam pelbagai aspek, dengan tidak mendatangkan kecederaan, sama ada pada anggota fizikal atau berbentuk kata-kata yang mengguris perasaan. Bagi mempertingkatkan tahap kesejahteraan dalam hubungan suami isteri, mereka sepatutnya saling berkasih sayang, mempunyai sifat belas ihsan dan baik hati pada pasangan.Kasih sayang dan belas ihsan dalam hubungan adalah ramuan yang paling penting dalam kehidupan rumah tangga dan keluarga yang baik.

Dalam Islam, suami dan isteri tidak dibenarkan menuntut sesuatu yang bertentangan dengan agama, termasuklah segala bentuk kekerasan dan perkara yang tidak betul dengan norma agama dan kemanusiaan. Hubungan seksual adalah kehendak dan keinginan semula jadi. Dalam Islam, ia hanya dibenarkan antara pasangan yang dibenarkan dan oleh kerana itu, kehendak terbabit harus dipertimbangkan kedua-dua pihak.

Menurut ulama, syariat menggariskan dua prinsip dalam perkara ini. Pertama, suami tidak sepatutnya menghalang dirinya terhadap isteri dan isteri pun begitu juga. Mereka sepatutnya melakukan yang terbaik supaya kedua-duanya mendapat kepuasan. Bahkan dalam perkara ini, ketika haid dan nifas, suami isteri boleh melakukan hubungan intim dengan cara sewajarnya, walaupun pada dasarnya dilarang mengadakan persetubuhan. Prinsip kedua ialah dalam hubungan perkahwinan, pasangan itu sepatutnya baik hati, belas ihsan dan bertimbang rasa.

Banyak hadis yang menggambarkan Nabi s.a.w tidak suka bersikap kasar dan terburu-buru apabila mendatangi isteri, sebaliknya lelaki perlu melayan wanita dengan cara baik, lemah lembut dan dihiasi dengan gurau senda."Segala sesuatu selain zikrullah itu permainan dan sia-sia, kecuali terhadap empat hal, iaitu seorang suami yang bergurau terhadap isterinya, seorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju dua sasaran (dalam permainan panah, termasuk juga dalam lumba) dan seseorang yang berlatih berenang." (Hadis riwayat Nasai)Memang suami mempunyai hak untuk melakukan hubungan seksual, tetapi hak itu tertakluk kepada beberapa faktor, bukan saja dari sudut fizikal, malah perlu mengambil kira perasaan isteri. "Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci..." (al-Baqarah:222]Ulama Arab Saudi, Sheikh Ibn Uthaymin ada berkata: "Adalah tanggungjawab pada isteri untuk memenuhi kehendak suami jika beliau memanggilnya ke tempat tidur." Bagaimanapun, menurutnya, jika isteri mengalami kesakitan dari sudut psikologi dan tidak boleh memberikan tindak balas secara aktif terhadap panggilan itu atau mengalami kesakitan fizikal, suami tidak dibenarkan memanggilnya. Oleh itu, katanya, suami sepatutnya menahan diri atau melayani pasangan dalam cara yang tidak mencederakannya.

Semua ini menunjukkan tiada istilah rogol dalam perkahwinan Islam yang sebenarnya, sebagaimana perkahwinan yang dijelmakan oleh Baginda s.a.w, memberikan kesentosaan kepada wanita.Hubungan seksual di antara suami dan isteri sepatutnya berasaskan rasa hormat dan kasih sayang yang sama rata. Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhammad al-Hanooto, berkata: "Keintiman seharusnya menjadi subjek yang penuh sopan santun, bukannya sebagai bentuk keinginan yang abstrak (tidak menunjukkan benda atau butiran dalam bentuk lengkap).

Katanya, wanita sepatutnya memberikan tindak balas secara postif dan lelaki juga sepatutnya tidak sekali-kali memaksa isterinya, tetapi isteri tidak sepatutnya menunjukkan keangkuhan, rasa meluat atau menolak apabila suami mendatanginya.Apa pun bagi suami, penafian isteri untuk mengadakan hubungan seksual sepatutnya menjadi tanda bagi suami yang menunjukkan isterinya tidak bersedia sama ada disebabkan emosi atau fizikal.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri." (Hadis riwayat Tabrani dan Tirmidzi)

sumber : mymetro


Feb 7, 2009

HINGGA DETIK WAKTU

kau milikku
itu hanya kata hatiku
padahal dihadapanmu aku kaku
aku bisu tanpa bicara
menterjemah rasa hati
untuk kau fahami
betapa dihati ini
cinta ini serta seluruh hidup ini
ingin kupersembah padamu
kau lebih
kau sempurna
sedang aku hanya
tak punya apa..

sedari dulu aku
memendam perasaan ini
aku begitu sakit
sakit kerana terlalu merindui
sedang bayangmu saja yang kukejar
pedih kerana tak dapat memiliki
sekeping hati dan perasaan
untuk dikongsi
aku merintih memanggil namamu
hanya tuhan yang tahu
bagaimana untuk ku keluar
dari kepompong yang membelenggu ini
kita terlalu berbeza untuk digandingkan

aku terlalu naif
memastikan kejayaan menjadi milikku
sebelum ku menyuarakan rasa hatiku
tapi hingga detik itu
mampukah kau bertahan
mampukah kau menungguku sayang

kau jua sepertiku
menyayangi dalam diam
sedang mempersoal tanpa jawapan
tertanya-tanya
siapa aku dihatimu
aku tak mampu menggengammu
menjengah dalam hatimu
jua tak bisa kulakukan
fahamilah aku sayangku
hingga detik waktu
ku berserah
jika sudah kau ditakdir buatku






Feb 3, 2009

cuti2 malaysia

Hmm ape yang korang buat cuti tahun baru cina nie? Aku n hubby jenjalan ajer.. Maklumlah dah puas memeram diri dirumah. Aku ada pengalaman untuk dikongsikan dlm blog aku nie.

24hbJan kami balik kampung di Perak. Takde le jauh maner rumah keluarga kami setengah jam jer ulang alik. Aku di Gerik n hubby kt Lenggong. Perjalanan tak la mudah sangat coz jem aje. Banyak gak pemandu kene saman coz guna jalan untuk peronda plus n motosikal. Yang penting selamat sampai dah ler.. Petang pulak keluar pekan Lawin untuk gunting rambut. Potong n cuci rambut rm16 jer. Mane nak dapat kalo kat KL tu.

25hb kenduri kahwin sahabat Junaidah. Pengantin bunting pelamin nie dah nikah bulan 11 ari tu. Hujan lebat sungguh dari pagi sampai ke tghr. Sian pengantin


Selamat Pengantin Baru


kecik jer aku ni rupenyer


26hb kenduri lagi. Kali ni kat Air Panas anak kepada sepupu bapa mertua. Salah seorang orang kaya kat kampung nie dan berpangkat jugak. Aku sempat tangkap gambar pelamin jer pengantin tak sempat jumpa kami coz kami balik dulu. Ocheh. Hari ni jugak majlis pertunangan sahabat ima n pak sedara. Tak dapat nak menghadirkan diri. Selamat bertunang buat diorang.


pelamin ni cantik. Tak sangka tak dapat tangkap full.

Petang tu berlaku gerhana matahari. Masa ni kami kat rumah mertua. Pak mertua ada solat sunat gerhana ngan kariah masjid. Lepas solat asar kami cuba tadah air dalam besen tak nampak jugak. Pakai sun glass pun tak nampak. Then pakai jari bulatkan jari nampak la jugak pertembungan matahari dan bulan tu. Pastu pening2 lalat coz pandang silau mentari. Petang tu jugak melawat anak sedara yang baru lahir. Tak sampai sebulan usia dia.


27hb pergi ke Tasik Banding dengan mak n adik beradik. Berkelah kat sana. Agak mengecewakan tempat ni baru nak di renovated. Ada bot yang membawa pelancong berjalan-jalan tengok bunga pakma n ke hutan belum. Kat sini jugak ler kami terserempak ngan penerbit Aliah Lee n pelakon Memey Suhaiza yang mungkin buat shooting kat sana.
sape paling besar :p

my siblings n mum

with my beloved hubby

Peace!

i like this

Penat naik bukit on the way balik

ini lah kejenyer bergambar jer.. Nak balik pun sempat g.

28hb time to go back. Bertolak dari rumah selepas solat asar. Perjalanan ke KL tak lah sesak sangat tenang jer coz ramai yang masih bercuti. Aku pun bercuti 10 hari sebenarnya tapi hubby kene keje esoknyer. Singgah di hentian Tapah untuk solat asar n magrib jamak takhir. Kelebihan Tuhan bagi jangan ditolak. Dalam kul 10 berenti lagi kat restoren jejantas sg. Buloh makan kfc pulak. Pukul 11 malam baru sampai umah.

29hb i tido jer pepagi tue. Hubby gi kerja. Tghr baru buat keje umah. Lepas mandi jer aku bersin sakan maklumla resdung. Mkn megi tgk tv.Ujan pulak tu. Petang baru masak nasi.

30hb ari jumaat. Lepas abis buat keje umah i kuar renew lesen kat jpj Bandar Permaisuri. Sejam gak ler tunggu turn. Lepas tu beli roti buat makan tghr. Beli bahan mentah lagi nak masak. Aku beli ikan pari, siput lala, santan dsbnya. Hubby suka siput lala aku nak masak sambal pedas+serai.

31hb memang tak diduga. Takde dlm planning pun. Suami ajak aku ke Port Dickson.Jom! Tghr dlm kul 11.30 baru kami gerak maklumlah terkedek2. Kul 1 kot baru sampai kat Telok Kemang. Makan rojak dulu pastu makan tghr pulak. Dah kenyang baru ler merendam diri ngan air laut. Memang dah lama tak mandi laut. Then naik banana boat dengan bayaran rm15 seorang coz ber2 jer. Kami dibawa keliling dengan ditarik oleh bot didepan. Syok juge. Tapi part yang tak best bile di terbalikkan di tgh laut. Aku tak panik tapi takut kaki aku dimakan sesuatu. Lawak tak? Aku terbayang cite2 ikan makan orang tu.. Nak naik balik banana boat ni punyer ler susah. Aku tak tau la macam mana la cara yang betul. Terpaksa hubby turun dan amik aku n paut aku keatas. Heh jenuh. Dah naik atas banana boat tu baru ler aku tersenyum2. Then bot tu bawa kami pusing lagi sebelum diterbalikkan sekali lagi berhampiran pantai. Terhempas aku.


sebelum mandi


hehe dah membasahkan diri


landing baik punya

Pastu hujan turun. Nasib dah mandi puas2. Hehe.Cejuk dan p mandi air paip pulak.
Masa nak baik kami pun abadikan kenangan lagi. Kebanyakan gambar berdua kami tangkap sendiri pakai self-timer kamera.


hujan yang turun bagaikan mutiara


kuda pun kene ujan. Alala sian.


semga kau teguh di belakangku sayang


Cayalah. Pasni p Melaka pulak.


Welcome to Port Dickson


Hehe


Ni 1 lagi keje giler kami. Nak p Melaka pulak padahal plan balik hari. Maklum lah dekat PD dan Melaka. P umah kakak ipar kat area Masjid Tanah. Kebetulan dia buat majlis makan2 sempena jamuan untuk meraikan anak lelaki mereka masuk asrama penuh setelah memperolehi 8A pmr. Memang langkah kanan betul.

1hbFeb. Esoknyer tu kami p kat Banda Hilir tempat bersejarah tu. Ni kali ke2 aku ke sini. Dulu masa darjah berapa entah rombongan sekolah. Suamiku pulak yang dah biasa dengan Melaka yelah penah blaja kat uitm melaka macam jadi pemandu pelancong aku jer. Dia kata banyak kawasan kat Melaka ni sebenarnya kawasan tambak. Yerlah Melaka ni kecik jer. 'tambak' I'm surprised. Fakta ni aku baru tau.


Bahagian atas kota A famosa


Hadapan kota A famosa




Persembahan nyanyian oleh bangsa 'peranakan'


depan pusat penerangan pelancong Menara Taming Sari.

Muzium Islam Melaka




kapal Portugis yang dijadikan muzium samudera. Kalau tak salah nama kapal ni 'santamaria'. Correct me if i'm wrong.


ni pun kubu masih dalam pembinaan yang menempatkan meriam

tapak penemuan artifak dijumpai bawah balai polis lama sebenarnya

kincir angin ni dulu takder pun. Mati-mati aku igt yang dahulu kala punya rupanya baru dibina


kapal tentera laut

Sumber fakta diatas sumbangan pemandu pelancong tak rasmi aku. My hubby. Tghr baru gerak nak balik coz petang abg ada hal sikit. Sampai rumah petang gak la.. Rehat jer la kat umah sambil bermain dengan hamster... Hamster main aku tgk jer.

2hbFeb cuti ganti hari wilayah. Hantar hubby ker LRT station kerana dia out station di Johor Bahru...

Cukuplah 10 hari yang penuh warna n memori untuk dikenang...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...