Feb 3, 2009

cuti2 malaysia

Hmm ape yang korang buat cuti tahun baru cina nie? Aku n hubby jenjalan ajer.. Maklumlah dah puas memeram diri dirumah. Aku ada pengalaman untuk dikongsikan dlm blog aku nie.

24hbJan kami balik kampung di Perak. Takde le jauh maner rumah keluarga kami setengah jam jer ulang alik. Aku di Gerik n hubby kt Lenggong. Perjalanan tak la mudah sangat coz jem aje. Banyak gak pemandu kene saman coz guna jalan untuk peronda plus n motosikal. Yang penting selamat sampai dah ler.. Petang pulak keluar pekan Lawin untuk gunting rambut. Potong n cuci rambut rm16 jer. Mane nak dapat kalo kat KL tu.

25hb kenduri kahwin sahabat Junaidah. Pengantin bunting pelamin nie dah nikah bulan 11 ari tu. Hujan lebat sungguh dari pagi sampai ke tghr. Sian pengantin


Selamat Pengantin Baru


kecik jer aku ni rupenyer


26hb kenduri lagi. Kali ni kat Air Panas anak kepada sepupu bapa mertua. Salah seorang orang kaya kat kampung nie dan berpangkat jugak. Aku sempat tangkap gambar pelamin jer pengantin tak sempat jumpa kami coz kami balik dulu. Ocheh. Hari ni jugak majlis pertunangan sahabat ima n pak sedara. Tak dapat nak menghadirkan diri. Selamat bertunang buat diorang.


pelamin ni cantik. Tak sangka tak dapat tangkap full.

Petang tu berlaku gerhana matahari. Masa ni kami kat rumah mertua. Pak mertua ada solat sunat gerhana ngan kariah masjid. Lepas solat asar kami cuba tadah air dalam besen tak nampak jugak. Pakai sun glass pun tak nampak. Then pakai jari bulatkan jari nampak la jugak pertembungan matahari dan bulan tu. Pastu pening2 lalat coz pandang silau mentari. Petang tu jugak melawat anak sedara yang baru lahir. Tak sampai sebulan usia dia.


27hb pergi ke Tasik Banding dengan mak n adik beradik. Berkelah kat sana. Agak mengecewakan tempat ni baru nak di renovated. Ada bot yang membawa pelancong berjalan-jalan tengok bunga pakma n ke hutan belum. Kat sini jugak ler kami terserempak ngan penerbit Aliah Lee n pelakon Memey Suhaiza yang mungkin buat shooting kat sana.
sape paling besar :p

my siblings n mum

with my beloved hubby

Peace!

i like this

Penat naik bukit on the way balik

ini lah kejenyer bergambar jer.. Nak balik pun sempat g.

28hb time to go back. Bertolak dari rumah selepas solat asar. Perjalanan ke KL tak lah sesak sangat tenang jer coz ramai yang masih bercuti. Aku pun bercuti 10 hari sebenarnya tapi hubby kene keje esoknyer. Singgah di hentian Tapah untuk solat asar n magrib jamak takhir. Kelebihan Tuhan bagi jangan ditolak. Dalam kul 10 berenti lagi kat restoren jejantas sg. Buloh makan kfc pulak. Pukul 11 malam baru sampai umah.

29hb i tido jer pepagi tue. Hubby gi kerja. Tghr baru buat keje umah. Lepas mandi jer aku bersin sakan maklumla resdung. Mkn megi tgk tv.Ujan pulak tu. Petang baru masak nasi.

30hb ari jumaat. Lepas abis buat keje umah i kuar renew lesen kat jpj Bandar Permaisuri. Sejam gak ler tunggu turn. Lepas tu beli roti buat makan tghr. Beli bahan mentah lagi nak masak. Aku beli ikan pari, siput lala, santan dsbnya. Hubby suka siput lala aku nak masak sambal pedas+serai.

31hb memang tak diduga. Takde dlm planning pun. Suami ajak aku ke Port Dickson.Jom! Tghr dlm kul 11.30 baru kami gerak maklumlah terkedek2. Kul 1 kot baru sampai kat Telok Kemang. Makan rojak dulu pastu makan tghr pulak. Dah kenyang baru ler merendam diri ngan air laut. Memang dah lama tak mandi laut. Then naik banana boat dengan bayaran rm15 seorang coz ber2 jer. Kami dibawa keliling dengan ditarik oleh bot didepan. Syok juge. Tapi part yang tak best bile di terbalikkan di tgh laut. Aku tak panik tapi takut kaki aku dimakan sesuatu. Lawak tak? Aku terbayang cite2 ikan makan orang tu.. Nak naik balik banana boat ni punyer ler susah. Aku tak tau la macam mana la cara yang betul. Terpaksa hubby turun dan amik aku n paut aku keatas. Heh jenuh. Dah naik atas banana boat tu baru ler aku tersenyum2. Then bot tu bawa kami pusing lagi sebelum diterbalikkan sekali lagi berhampiran pantai. Terhempas aku.


sebelum mandi


hehe dah membasahkan diri


landing baik punya

Pastu hujan turun. Nasib dah mandi puas2. Hehe.Cejuk dan p mandi air paip pulak.
Masa nak baik kami pun abadikan kenangan lagi. Kebanyakan gambar berdua kami tangkap sendiri pakai self-timer kamera.


hujan yang turun bagaikan mutiara


kuda pun kene ujan. Alala sian.


semga kau teguh di belakangku sayang


Cayalah. Pasni p Melaka pulak.


Welcome to Port Dickson


Hehe


Ni 1 lagi keje giler kami. Nak p Melaka pulak padahal plan balik hari. Maklum lah dekat PD dan Melaka. P umah kakak ipar kat area Masjid Tanah. Kebetulan dia buat majlis makan2 sempena jamuan untuk meraikan anak lelaki mereka masuk asrama penuh setelah memperolehi 8A pmr. Memang langkah kanan betul.

1hbFeb. Esoknyer tu kami p kat Banda Hilir tempat bersejarah tu. Ni kali ke2 aku ke sini. Dulu masa darjah berapa entah rombongan sekolah. Suamiku pulak yang dah biasa dengan Melaka yelah penah blaja kat uitm melaka macam jadi pemandu pelancong aku jer. Dia kata banyak kawasan kat Melaka ni sebenarnya kawasan tambak. Yerlah Melaka ni kecik jer. 'tambak' I'm surprised. Fakta ni aku baru tau.


Bahagian atas kota A famosa


Hadapan kota A famosa




Persembahan nyanyian oleh bangsa 'peranakan'


depan pusat penerangan pelancong Menara Taming Sari.

Muzium Islam Melaka




kapal Portugis yang dijadikan muzium samudera. Kalau tak salah nama kapal ni 'santamaria'. Correct me if i'm wrong.


ni pun kubu masih dalam pembinaan yang menempatkan meriam

tapak penemuan artifak dijumpai bawah balai polis lama sebenarnya

kincir angin ni dulu takder pun. Mati-mati aku igt yang dahulu kala punya rupanya baru dibina


kapal tentera laut

Sumber fakta diatas sumbangan pemandu pelancong tak rasmi aku. My hubby. Tghr baru gerak nak balik coz petang abg ada hal sikit. Sampai rumah petang gak la.. Rehat jer la kat umah sambil bermain dengan hamster... Hamster main aku tgk jer.

2hbFeb cuti ganti hari wilayah. Hantar hubby ker LRT station kerana dia out station di Johor Bahru...

Cukuplah 10 hari yang penuh warna n memori untuk dikenang...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...