Feb 7, 2009

HINGGA DETIK WAKTU

kau milikku
itu hanya kata hatiku
padahal dihadapanmu aku kaku
aku bisu tanpa bicara
menterjemah rasa hati
untuk kau fahami
betapa dihati ini
cinta ini serta seluruh hidup ini
ingin kupersembah padamu
kau lebih
kau sempurna
sedang aku hanya
tak punya apa..

sedari dulu aku
memendam perasaan ini
aku begitu sakit
sakit kerana terlalu merindui
sedang bayangmu saja yang kukejar
pedih kerana tak dapat memiliki
sekeping hati dan perasaan
untuk dikongsi
aku merintih memanggil namamu
hanya tuhan yang tahu
bagaimana untuk ku keluar
dari kepompong yang membelenggu ini
kita terlalu berbeza untuk digandingkan

aku terlalu naif
memastikan kejayaan menjadi milikku
sebelum ku menyuarakan rasa hatiku
tapi hingga detik itu
mampukah kau bertahan
mampukah kau menungguku sayang

kau jua sepertiku
menyayangi dalam diam
sedang mempersoal tanpa jawapan
tertanya-tanya
siapa aku dihatimu
aku tak mampu menggengammu
menjengah dalam hatimu
jua tak bisa kulakukan
fahamilah aku sayangku
hingga detik waktu
ku berserah
jika sudah kau ditakdir buatku






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...