Feb 18, 2011

Malang tak berbau

Semalam mase balik keje, dekat jalan dr Kuchai Lama ker umah aku~Bandar Permaisuri ade satu motor potong aku dari sebelah kiri. Aku besa lah bawak slow jerlah kat corner tu sambil layan Dealova dari radio kegemaran aku SINAR FM. Tetibe motor yang potong aku tu cam hilang kawalan. Nak kate dia laju sangat tak...nak kate dia baring corner baekk punye tak....entah cane nak cakap aku pon taktau. Depan mate aku, aku tgk dia kawal motor yang tgh sreeettttt tayar kt jln raya sebelum dia jatuh melintang jalan. Nasib kubawa pelan dan berhemah kalo laju bertembung tadi atau aku lenyek die. Ha cane. Agaga.

Ape aku nak buat nie.....Aku bentikan kereta dan nyalakan lampu kecemasan sambil berharap yg blakang aku pon benti jugak jgn kiss bontot keta i ok. Agak panik gak. Sambil tgk dr jauh dia cedera teruk tak. Aku rase tak. Then aku kuar keta konon nak tolong sambil fikir keta aku ni nak ttp enjin tak. Helmet dia bersepai cover dan motor dia rosak teruk dan beberapa part terpelanting. Mase tu org blakang aku dah kuar then berlari dapatkan dia. Angkat motor dia then tolong dia bangun. Erm nasib ade org tolong. Kalo aku nak tolong entah2 org lain kene tolong aku angkat moto die. hehe. Berat tau moto. Setelah pastikan keadaan ok dan aku rase tak membantu pon kalo aku lelama kat situ so aku pon blah. Sekurang2nya aku tolong kurangkan kesesakan jln raya. Huhu seriau coz berlaku dpn mata dan amat bersyukur aku tak bawak laju.

Aku fikir entah anak sapelah dia, suami kepada siapa dan adakah anak2 dia sedang tunggu papa dia balik rumah. Walau apepon mangsa ada orng sekeliling dia yg sayangkan dia. Kan? Semoga dia tak ape2 dan cepat sembuh.

Aku tak bersalah dalam cite nie. Huhu

~bawak motor hati2 tau.


1 comment:

SweetSyaza said...

wahh...bagus,sbg rakyat Malaysia kita harus tolong menolong even kita tak bersalah or terlibat dlm hal2 cam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...