Mar 21, 2009

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar tempatan yang tiada pembiayaan boleh memohon pembiayaan di bawah pakej ransangan Ekonomi Ke-2.

Pembiayaan hanyalah untuk yuran sahaja dan pelajar penuh masa. Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari www.mohe.gov.my .

Sehubungan ini, bantuan dan kerjasama Y. Brs. Prof./Prof, MAdya/Dr./Tuan/Puan untuk memanjangkan hebahan ini di PTJ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Maklumat ini juga boleh didapati di laman web www.ips.usm.my.

Yang benar,

Hani Soraya binti Ahmad
Penolong Pendaftar
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Sains Malaysia
Tel : 04-653 2935
Faks :04-653 2940


PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM:
Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN*

* Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
* Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
* Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
* Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
* Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-Syarat Umum

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.
3. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
4. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
5. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
6. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
7. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus

1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
2. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

1. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
2. Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap.

TEMPOH TAJAAN

Ph.D - maksimum lapan (8) semester
Sarjana – maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac 2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel. : 03-8884 4607 / 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my
NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...