Jul 8, 2010

aku & dia dot dot

Tajuk tak bleh blah... Haha. Ni gambar kami masa boring2... Lucah sekali gambar ini. Tidak patut dipertontonkan manusia bawah umur



Sopan ajer asben aku


Aku..Mak aii rakusnya. Hahahaha

Sila ambil perhatian. Takde adengan comolot kat sini yea...

*Ni kalo mak aku tengok nie. Kene dengar ceramah la aku. Hehe "Mak..gobalisasi ni"


tudung aiskrim

ni la tudung yang asben i dengki sangat kat i tu. Ade ke dia cakap cam aiskrim. Rasa nak makan. Huhu. Tapi aku sangat SUKE.



Aku ade kisah pasal tudung nie. Aku beli kat jln TAR dlm bulan 3 kot. Nampak menarik sangat dimataku. Tunjuk la tudung yang tergantung kat ats dinding tu untuk diambil oleh salesman tu. Tapi masa tu dia tengah sibuk layan 2 orang puan nie. Tengah tunjuk2 tudung sambil tanya harga. Sebab aku mencelah dia pon bwk la turun tudung yang aku kenan sangat tu. Yerlah kang tunggu makcik ni dok sibuk tanya harga lama pulak aku nak pegang2 tudung yg aku kenan tu. Kombinasi warna yang cantik bagi aku Tapi asben aku dah tunjuk muke cebek. Harga rm15. Oklah tu. Aku terus bayar.

Then p kedai sebelah. Tengok2 baju. Kenan pulak dah ngn baju labuh tu. Aku pon try la dlm bilik try. Aku padan2kan ngn tudung yang baru kubeli. Then budak yang tunggu aku tu kata "padanlah kak pakai ngn tudung ni. Cantik." Ush kuang asam tul. Ade ker main selak jer langsir tu. Kalo aku tengah ber****l caner. Lepas salin baju aku pon decide pakai tudung aiskrim nie coz dah serabai dah rupenya pakai tudung pin kat leher (tudung pink bawal datuk K) dgn rambut2 terkeluarnye. Rimas la i petang2 cenggitu imej serabai.

Then kuar cari asben tanya ok tak baju yang baru nak beli nie. Entah mana la dia p. Ter teleng2 kepala cam cari orang hilang. I tegur dia.
"orang cari dia...hilangkan diri pulak" Asben terkejut
"Lorh padan la tak kenal pakai tudung lain."
"Ok ker baju nie?"
"ok. Cantik" Jawapan standard suami aku.
"Cantik ker...Yang ni ker yang tu"
"Adeh...Ade beza ker ckp Ok ker tak. Awak tu kalo nak beli beli jugek."
Aku sengih dan gi bayar... (memanglah aku yang decide tapi suami kene ckp ok. cantik. Baru la aku yakin ngn pilihanku. Hehe)

Tapi masa kat luar aku jumpa puan2 yang kat kedai tudung tadi. Nak elak tak sempat. Itu jer pintu yang lapang nak kuar pon. Aku terdengar

"Tengok...dia pakai tudung yang dia baru beli tadi." Dia cakap kat makcik sorang lagi selang tak berapa langkah aku melangkah.

Adoii malu gile. I cite kat asben diorang tgh ckp2 pasal i.

"Tudung cam aiskrim. Tak minat la kaler die." dia menambah.
"Aiskrim la sedap. Nanti terlopong la u.. kalo ade org jilat tudung i"
hahahhahaha


Jul 5, 2010

layout baru

haha...sekarang dah layout baru. Aku suke setakat nie. Kang aku dah boring aku tukar ler. Still under maintenance. Aku berazam nak explore benda2 baru yang aku tak tahu. Yerlah sebelum masuk sem baru ni ada la masa aku nak ngulat cani. Jumpe benda2 menarik kat blog org lain. Harus aku buat perubahan pada blog aku yang kusam ini... Macam wajah yang tak dijaga. kusam ajer. Dah lame berniat nak buat perubahan nie. Asik takde masa jer. Hijrah tu kan dituntut lebih2 lagi kearah sesuatu perkara yang lebih baik. Huhu. terlambat ker...Tiada istilah terlambat kepada mereka yang mahu belajar dan berjaya. haha. kene setepet. Aku kan nk jadi orang yang berjaya.



Ape kene mengena gambar aku diatas dengan entry ni. Sajer jer. Aku nak bagi sedekah jer kat korang...Senyum kan satu sedekah. T_T


Jul 2, 2010

tinggal satu paper jer lagi

tinggal satu paper jer lagi...then abis la musim2 stress. Walaupun sem pendek stress jugak ooo. Huhu.
-
-
-
-
entry paling pendek. Sajer jer nak update blog. Hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...