Apr 22, 2010

cedih

Korang.. pos bulan ni xder satu pun kan. Hukhuk. Aku bz. Musim final exam nie. Banyak pos aku yang sangkut. Aku nak citer pasal sambutan birthday aku pada 3april dulu, aku nak citer pasal course yang baru aku ikuti, pasal aku p pameran kasut kat pwtc... kandas. Now Mr lappy pulak rosak. Dekat sebulan dah. Hantar repair dia cakap monitor rosak. So kene tukar monitor baru rm700. Korang agak2 la kalo rm700.. tu baek beli baru kan... Design baru.. comel2.. Sedap jer menaip kan.. Mesti best giler pakai yang baru kan? Yang lamer tu entah apa mcm virus masuk.. dono laaa. Hubby ku pulak suggest tukar monitor ajer. Aku pulak rase tak praktikal gitu.



Skang ni bosan jer duk rumah bile tak boley menenet. Hubby ku kusyuk ngn blog dia. Entah ape2 dia explore skang. Huhu. So ade pinjam dia punyer kejap jer... nak harvest (fb) nak online banking. Then bagi dia balik. Sian aku tgk die terkulat2 taktau nak watpe bile lappy nyer ditanganku. Maklumlah mr Fauzi tu internet tegar. Now aku de beli novel tajuk aku bukan billy milligan dari penulis feveret aku Puan Norhayati Berahim. Leh ler aku baca2.

Psst..psst.. mr fauzi dapat bonus nak belikan aku barang kemas sebagai hadiah hari jadiku yang sengaja ditunda. Best.. best... :)



Mar 31, 2010

cite hamster lagi...

Sebenarnya hamsterku yang kubela setahun lebih telah pergi meninggalkan kami suami isteri. Huhu. Cite ni terjadi time cny holiday jugak. Mereka kubawa balik kampung. Suke nenek aku tgk gelagat hamster pertama kali. Naik roller berganti2, berebut mknn. Haha. Ade ker nenek suruh tinggalkan hamster kat sana. Sape nk bg mknn dia tkr serbuk kayu dia. Alaa sori la nenek. Walaupon aku ni pantang org mintak kesian nk bagi jer tapi kurasa nenek bergurau tu.


So nak dijadikan cite setelah mengembara dari bagan serai, lenggong n gerik n lenggong balik masa nilah aku buat kesilapan besar. Hari nak balik KL singgah sebentar rumah mak mertua di Lenggong macam biasa. Sampai sana kul 3 camtu. Target bertolak KL kul 5 camtu lepas asar. Disebabkan sekejap aku tinggalkan budak2 tu dlm kete. Budak2 tu merujuk kepada hamster la yea. U all tau kan bln 2 n bln 3 bulan yang panas n kemarau. Masa nak balik KL check diorang baru sedar diorang dah mati. Sedih. Cam nak nangis ajer aku. Aku yang bersalah. Biarkan mereka dlm kepanasan melampau dlm kereta. Huahua.


So now..aku baru jer beli hamster baru. Sekor tina n sekor jantan. Comel kecik lagi. Bulu pon putih bersih gi.. Kali ni diorg manja sikit tak macam dulu ganaih sungguh. Gigit jari kitorang. Gaduh selalu sampai telinga terkoyak, blakang berlubang... aduss. Hope yang ni baik2 ajer.


Rindu kat diorang. Setiap hari peruntukkan masa belai diorang. Huhu. Kerana kutiada anak untuk dibelai. Huhu.




-Ni dari henpon ajer.


Feb 24, 2010

CNY holiday - part 2 - muka hitam

Welcome to Lost World of Tambun


Panas terik wooo


ish..gamba aku ak muntah pon ader..


Aksi2 terkujat


Ni pon story pasal CNY holiday gak. Aritu p Tambun Lost World. Memang ramai giler orang. ni second time p sini. Dulu tiket rm20 jer tapi skang dah rm30. Aku paksa mak aku tukar baju n join kitorang. Idak ler maunyer. Katenye biar dia jaga beg... Hmm ape2 jerlah.

Udah ler panas terik. Nak main pape pon kene beratur panjang. Adoyaii. Pengalaman yang aku tak dapat lupe adalah naik kapal pirate. Aku nk muntah masa benda ni nk kembali pada normal. uweek. Tapi nasib tak kuar. Huhu.

Ape yang ada kat sana? huh. Samer jer ngn taman tema lain. Aku x jelajah semua pon memandangkan mentari panas nye amat. Harimau pon aku tak tgk. Air dia. Keruh giler entah perencah2 apa tah yang masuk dlm tu. Makeup, darah, sunblock, peluh org gemuk kurus, obes, cina, melayu, india, indon, foreigner...macam2. Usah dikenang wei.

1 lagi aku tak dapat lupe. Aku terbalikkan pelampung secara tak sengaja. Konon nak memanja ngn hubby. So berat belah dia. Kami pon jatuh dalam air...Dalam pulak tu. Yang nak tergelak tu hubby tertelan air kotor tu n panik tercari2 aku takut aku lemas. AKu pulak gelak jer. Aku dah capai pelampung tu yang steady lagi.

Kesimpulannya masa balik rumah kami dapati kami semua rentung. Adik aku yang putih melepak merah menyala muka dia. Huahua. Hubby ckp, punca kulit terbakar coz air dia yang jernih tu pantulkan cahaya mentari dan membakar kulit kita. Ala cam kes kanta & matahari & kertas. Kertas tu terbakar kan. Ni pulak, air tu bertindak cam kanta. kami la sang kertas tu. So aku skang ni tgh bersalin kulit cam sesumpah pulak rasanya. Memuler kulit muka skang kulit leher pulak. Hope kembali normal secepat mungkin. Hubby kene tegur ngn budak opis. Apsal rentung? Dia lagi ketara. Huahua. Kene buli jer. Amik kamera, anta kamera, beratur sana-sini, amik kain sembahyang mak dlm keta.. Huahua. Gitu ler sayangkan isteri. Muahhs.


Feb 22, 2010

CNY Holiday part 1

Cuti datang lagi. Korang buat per cuti baru2 nie? Aku cam biasa balik ke 3 kampung. Kampung nenek di Bagan Serai. Mertua di Lenggong n umah mak kat Lawin, Gerik. Balik kampung nenek sebab ada kenduri pak sedara. Perancangan asal nak p kenduri belah perempuan di Sg. Petani tapi terlambat sampai jugak. Sorry yer Ima.

Selamat Pengantin baru buat korang... Semoga berkekalan keanak cucu. Aku pun nak ucapkan Selamat pengantin baru kepada sahabat lama Norazzura dengan pasangannya (lupe nama) yang berkahwin pada hari yang sama dengan Ima n che Li. Aku kene tukar pangkat dia. Maksu Ima.. Huhu.

Tarikh : 14hb Feb 2010
Lokasi : umah nenek

Buang 'cipung ayam' (bhgn bontot ayam). Ini kes budak2 masa cuci tak buang benda alah ni so dah digoreng kami lah pulak membelasahnya sambil masuk mulut. Tak elok dihidang kepada tetamu tu pasal kene buang.


Cak pong cak pong. Alahai payung avon. Cam kes aku dulu jer. Lupe bawak payung masa kenduri menyambut belah lelaki.


Pasangan ni kat mana2 ajer romantik.


Kenapa bukan pengantin yang overdose. Huhu. Pengantin sopan jer di belakang


Aku suker gamba ni...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...