Dec 16, 2010

Nape takleh ni

Alkisahnye…Malam tu baru balik dr tgk wayang Hantu Kak Limah Pulang Ke rumah kat TGV Jusco Salak Selatan. Hehe. Best cite dia. Gelak sakan aku dan seluruh warga panggung. Paling tak tahan part Johan pakai skirt tudung saji lari dr toilet dikejar Hantu Kak Limah. Hehe. Lawak toll.

Mase on the way balik tu lalu tol gate Sg besi. Husband punch la kad touch and go. Apsal takleh nie. Ade la 3 kali gak. Sempat jeling pekerja2 tol gate kalo boleh bantu.
Tetibe aku pasan kad tu warna putih

-Yang…Bukan kad tu la.
*Erk…

Habis dia pelantingkan kad tu kad aku. Sambil cr kad yang betul. Haharhar. Aku dah gelak sakan. Pergi punch kad gate apartment kita pulak mane de tol tu leh baca. Hakhak. Lawak la sayang nie. Hehe. Sampai kuar air mata la aku gelak…

*Amboi… Ade modal gelakkan abang yea.
-Hehe. Malam ni tidur pon senyum la i.

Siyes. Senyum tak abesss.


Bercuti ke Cameron Highland

Baru2 ni kitorang baru jer balik bercuti Cameron. Last minute punye planning. Memandangkan dah abis exam dan cuti yang agak panjang minggu tu coz cuti umum 1 muharram. Selalu tu hasrat je ade tapi tak smpai2. Memandangkan last minute so dapat booking apartment jer. Hah kau. 3 bilik. Tapi yang pi kami ber2 jer. So tanya la kat family, diorang nak gi tak? Tapi semua pon ade hal sendiri. Aku ralat sebab sewa jer rm450 untuk 3 hari 2 malam. Kalo boleh bawak sesapa takler rasa rugi sangat. Duit tu kalo bleh spend tempat lain ker ok jugak. Hehe. Bercuti Cameron jer. Husband cakap takpelah sekali sekala jangan pikir sangat. Takpe2 bukan ku bayar. Tapi kutetap ralat.


Salah perkiraan pasal minyak keta. Ingat lepas tol Simpang Pulai baru nak isi minyak untuk naik bukit. Rupa2nya takde stesen minyak pon sampai ler ker Brinchang. Mase ni ade singgah2 lah tepi jalan. Amik angin cejuk, buang air, then ade petik2 strawberi kat strawberi farm

Adeh. Minyak keta dah tunjuk isyarat tapi perjalanan jauh lagi. Tapi nasib baik masa tu turun bukit jer. Tapi ade jem jugak lah. Muke masing2 dah pucat.

-Nak mintak tolong encik polis tak? Dia de lalu tepi nie.
*Takpe. Kita gamble jer dulu sampai betul2 takleh jalan dah
-Eleh malu ar tu. Takpe nnt kalo keta mati tepi jalan u tumpang encik polis ker atau sape2 arah ker sana dan tumpang sape2 yang arah balik sini

Hehe. Very lucky. Kami sempat sampai stesen minyak Brinchang sebelum keta kehabisan minyak. So sesape yg pergi pertama kali janganlah wat cam kami.

Takde mende nak cite dah… Lain2 layanz gamba

Baju same.

Tengok sayur2 die. Aksi gigit2 dr hubby ku

Aksi gigit2 strawberi. Rupanya kalo nak yang sedap dan manis jgn amik strawberi yang ade bintik2 kuning tu. Tu tandanya belum cukup masak lagi. Kalo petik yang betul2 masak memang sedap dan tak masam.


Petik2 buah. Bayar dulu baru petik. setengah kilo rm20.

Bilik utama tempat tido kami. Hehe. Salah percaturan. Ingat ade towel disediakan rupnya kalo sewa aprtment takde towel. Kene beli dowh


Bilik ke3. Sesuai untuk bebudak. Kalo pergi ramai boleh ar sumbat2 kat sini.

Toilet dia. Basuh berak pun pakai air dr pemanas air. Hehe. Cejuk gilo


Teruja tak tgk souvenir based strawberi nieh. merah menyala

Robinson waterfall. Pergi tengok jer. Pergi awal pagi cejuk giler masuk sini.

Pakai sarung tangan. Cejuk tauuu


Aku dan bunge. Memang kusuke bunge2 segar nie

Lebah untuk madu

Mr Hubby ngn bungkusan Halia Madu.

Aku kt signboard


Dah tanggal baju luar. Panas berpeluh2 naik bukit.

Aku kat boh plantation. Best jer. Harus pergi lagi. Cejuk jer kat sana.

Gamba ala2 romantik. Petang tu ujan tak dapat lepak kat bharat plantation pulak. Tkpe ade sehari lagi.

Pagi nak balik tu singgah Brincang. So singgah Cactus Vally. Kene bayar rm4 nak masuk sini. Teruja aku tgk bunge2 cantik.

Bunge cantik. Aku lagi teruja ngn bunge dr cactus.

Ade gaya tak? hehe


Abg ngn cactus besau


Kat Red Strawberry Farm


Oct 7, 2010

dah masuk rumah baru

Kami dah pindah rumah. Kali ni umah kami sendiri. Harus la ade hutang ngn bank. Ingat kaya engko nak cash sedebuk gitu. Walaupun umah nie kecik actually dapur dia yang kecik buat aku nanar kejap tapi takpelah nnt renovate sikit2 dan di setting2 baguih2 pasti boleh muat harta benda kedapuran aku.

Sedang menyesuaikan diri dengan
  • parking yang sesak. Pagi2 kene tolak keta org. uh! uh!
  • bangun awal pagi untuk gi keje slalu kan lepas subuh aku tidur balik coz dulu umah jln kaki 5 minit dah campai.
  • Driving pi dan balik keje dan menghadapai kesesakan hampir 15-20 minit.
  • Solat kat opis cina dulu aku solat zohor kat umah.
  • extra duit kuar untuk minyak keta dulu xde cas coz kaki sendiri bawak.
  • lunch makan sorang2. Dulu aku sorang2 pon aku tapau makan kat umah.
huhu...Perjalanan diary baru ku bermula. Semoga segala kesusahan dan kesulitan akan dapat kuhadapi dengan tabah. Eceh manja betul aku. Benda besa ja camtu pon susah. Aku percaya Pasti ada bahagia esoknya...

> psst : Rumah lum abis kemas gi. berterabur semuanya. Cari remote tv pon susah. Ekekek


Sep 23, 2010

Yang...i nak baby

'Yang...i nak baby.

Aku peluk suamiku. Erat. Rase air panas keluar dari tubir mata ini.

*Sabar la yang...

Suami mengusap belakangku mengeratkan pelukannya. Berusaha menenangkanku.

'Yeala... tapi i cedih yang. I tak boleh bagi baby kat u lagi. I tau u nak sangat ade baby... jadi ayah

Suaraku bergetar. Aku mengucup ubun suami penuh rasa kasih dan terharu.

*Insyaallah ada rezeki kita nanti

Aku tak tahu bagaimana dia setenang itu. Pasti dia kepingin menjadi seorang ayah. Baru-baru ini teman baiknya menerima puteri sulung. Bagaimanalah perasaan suami? Aku yang mendengar terasa hiba.

'Yang... cane kalo kite tak ditakdirkan takde baby? Berdua aje

*Takper lah berdua ape salahnye.

Berdua..?? aku tak dapat bayangkan kalo hidup kami selama-lamanya begini. Berdua. Sangat sunyi dan sepi.

'Tapi i rindu nak ade baby sendiri. I nak rase jadi mak. I nak bagi u bahagia

Aku semakin sebak.

*Baby bukan tanda bahagia. Kita boleh ambil anak angkat. Orang lain pun macam ni kan. Bertahun-tahun kawin belum dapat anak.

'Tapi kawan2 i ramai dah dapat anak walaupon kawin selepas i. I sangat sedih bile dengar orang ni mengandung...orang nie beranak. I cedih. I tak kuat. I redha tapi i cedih. I cedih sebab sebagai isteri u i nak bahagiakan u...

*Dahlah sayang...Kita masih boleh berusaha lagi. Jangan putus asa ok.

Ada nada bergetar dihujung suaranya. Aku mengusap rambut suami dan meleraikan pelukan. Mengelap sisa-sisa air mata. Suami memandangku penuh kasihan. Aku memandangnya dengan perasaan bercampur baur. Kembali mengenang perjalanan kami selama dua tahun ini.

Inilah jalan yang kuterpaksa lalui. Dahulu aku ingat 'buat' aje dapat baby tapi rezeki kami tidak semudah itu. Itu belum lagi balik kampung. Orang lain menambah anak meriuhkan suasana di kampung sedang kami masih berdua. Mungkin perasaan inilah yang turut dikongsi daripada saudara maraku jua teman-temanku yang sudah berkahwin lama namun belum dikurniakan zuriat.

Setiap kali selepas solat aku berdoa semoga Allah kurniakan zuriat kepada kami. Dan setiap kali berjemaah dengan suami, dia tidak lupa untuk berdoa ;

"Ya allah ya tuhan kami kurniakan zuriat kepada kami. sesungguhnya Engkau maha pencipta. Ciptakanlah zuriat kepada kami. Semoga kami dapat menjadi ibu bapa dan mendidik anak2 kami menjadi insan soleh dan solehah"

Aku yang mengaminkan dari belakang terasa sendu. Bukanlah salah kerana dia berdoa begitu waima aku juga berdoa perkara yang sama. Tapi mengenang harapan menggunung sang suami buat aku jadi sebak. Sesungguhnya ajal, maut, rezeki, anak segala-galanya adalah ketetapan-Nya. Namun sebagai wanita aku kalah dengan perasaanku sendiri. Aku kembali berserah diri kepada tuhan. Tapi bagaimana selepas ini jika aku dengar teman ini mengandung? Pasti perasaanku terusik kembali. Ya Allah tabahkan hatiku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...