Sep 23, 2010

Yang...i nak baby

'Yang...i nak baby.

Aku peluk suamiku. Erat. Rase air panas keluar dari tubir mata ini.

*Sabar la yang...

Suami mengusap belakangku mengeratkan pelukannya. Berusaha menenangkanku.

'Yeala... tapi i cedih yang. I tak boleh bagi baby kat u lagi. I tau u nak sangat ade baby... jadi ayah

Suaraku bergetar. Aku mengucup ubun suami penuh rasa kasih dan terharu.

*Insyaallah ada rezeki kita nanti

Aku tak tahu bagaimana dia setenang itu. Pasti dia kepingin menjadi seorang ayah. Baru-baru ini teman baiknya menerima puteri sulung. Bagaimanalah perasaan suami? Aku yang mendengar terasa hiba.

'Yang... cane kalo kite tak ditakdirkan takde baby? Berdua aje

*Takper lah berdua ape salahnye.

Berdua..?? aku tak dapat bayangkan kalo hidup kami selama-lamanya begini. Berdua. Sangat sunyi dan sepi.

'Tapi i rindu nak ade baby sendiri. I nak rase jadi mak. I nak bagi u bahagia

Aku semakin sebak.

*Baby bukan tanda bahagia. Kita boleh ambil anak angkat. Orang lain pun macam ni kan. Bertahun-tahun kawin belum dapat anak.

'Tapi kawan2 i ramai dah dapat anak walaupon kawin selepas i. I sangat sedih bile dengar orang ni mengandung...orang nie beranak. I cedih. I tak kuat. I redha tapi i cedih. I cedih sebab sebagai isteri u i nak bahagiakan u...

*Dahlah sayang...Kita masih boleh berusaha lagi. Jangan putus asa ok.

Ada nada bergetar dihujung suaranya. Aku mengusap rambut suami dan meleraikan pelukan. Mengelap sisa-sisa air mata. Suami memandangku penuh kasihan. Aku memandangnya dengan perasaan bercampur baur. Kembali mengenang perjalanan kami selama dua tahun ini.

Inilah jalan yang kuterpaksa lalui. Dahulu aku ingat 'buat' aje dapat baby tapi rezeki kami tidak semudah itu. Itu belum lagi balik kampung. Orang lain menambah anak meriuhkan suasana di kampung sedang kami masih berdua. Mungkin perasaan inilah yang turut dikongsi daripada saudara maraku jua teman-temanku yang sudah berkahwin lama namun belum dikurniakan zuriat.

Setiap kali selepas solat aku berdoa semoga Allah kurniakan zuriat kepada kami. Dan setiap kali berjemaah dengan suami, dia tidak lupa untuk berdoa ;

"Ya allah ya tuhan kami kurniakan zuriat kepada kami. sesungguhnya Engkau maha pencipta. Ciptakanlah zuriat kepada kami. Semoga kami dapat menjadi ibu bapa dan mendidik anak2 kami menjadi insan soleh dan solehah"

Aku yang mengaminkan dari belakang terasa sendu. Bukanlah salah kerana dia berdoa begitu waima aku juga berdoa perkara yang sama. Tapi mengenang harapan menggunung sang suami buat aku jadi sebak. Sesungguhnya ajal, maut, rezeki, anak segala-galanya adalah ketetapan-Nya. Namun sebagai wanita aku kalah dengan perasaanku sendiri. Aku kembali berserah diri kepada tuhan. Tapi bagaimana selepas ini jika aku dengar teman ini mengandung? Pasti perasaanku terusik kembali. Ya Allah tabahkan hatiku.


2 comments:

Azreena said...

Salam...kita senasib...

:'(

Sedang blog hopping org2 yg senasib.Tau tak mana2 blog orang yg senasib...?

Rasmuna Mun said...

aniiiii....
aku pun mcm hg jugak tringin nak anak...tiap2 mlm nangis...mcm2 pikir....tapi aku redha kalo ditakdirkan berdua...ajal maut rezeki di tangan tuhan kita hanya mampu bedoa je yang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...