May 27, 2009

PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

Perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan ialah
  1. bersetubuh sama ada keluar air mani ataupun tidak
  2. keluar mani secara sengaja ataupun tidak
  3. mati
Adapun perkara2 yg mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja ialah
  1. haid
  2. nifas
  3. wiladah (bersalin)
Bersetubuh

-maksudnya ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunat)

-seseorang yang ingin bersetubuh disunatkan membaca

allahummaj nibishaitho nawaj nibishaitho nama razaktana
-hai tuhan kami, jauhilah syaitan, dan jauhilah syaitan pada apa yang kamu rezekikan kepada kami(anak)

Haid

-haid ialah darah kotor yang keluar dari kemaluan perempuan yang bukan darah penyakit

masa haid
  1. sekurang2nya haid sehari semalam iaitu 24 jam
  2. selama-lamanya 15 hari 15 malam
  3. kebiasaannya 6 atau 7 hari tujuh malam.
-haid itu mestilah berwarna merah kehitaman atau kuning tua atau berwarna coklat. sekiranya yang keluar itu berwarna putih maka tidaklah dipanggil haid dan mestilah juga perempuan itu tidak mengandung.

Tempoh suci

sekurang2nya tempoh suci itu mesti 15 hari 15 malam. Ertinya diantara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang selama-lamanya.

Peringatan
  1. sekiranya darah yang keluar melebihi dari kebiasaan umpamanya sehingga 10 hari atau 7 hari atau melebihi dari maksimum haid 17 hari (yg selama-lamanya 15 hari) maka darah yang lebih itu dikira istihadhah atau darah penyakit
  2. orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan lain-lain sebagaimana orang biasa juga.
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid dan nifas

  1. solat
  2. membaca Al-Quran
  3. menyentuh Al-Quran
  4. membawa Al-Quran
  5. tawaf
  6. puasa
  7. bergurau senda antara pusat dan lutut
  8. bersetubuh
  9. bercerai (orang haid sahaja)
  10. berhenti didalam masjid
Peringatan

Orang yang sedang haid/nifas boleh membaca sedikit ayat Al-Quran seperti Bismillahir-Rahmanir-Rahim dengan niat zikir


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...