Apr 8, 2009

Belajar al-Quran perlu berguru, tak cukup dengan VCD

Belajar al-Quran perlu berguru, tak cukup dengan VCD


APAKAH hukumnya seseorang itu belajar mengaji melalui radio, televisyen atau cakera padat video (VCD) kerana segan dan kesuntukan masa menghadiri kelas agama?


ROS,
Perak




MEMANG diakui teknologi moden banyak memberi kemudahan kepada kita terutama dalam mencari ilmu.

Bagaimanapun, dalam Islam belajar mengaji melalui kaset atau cakera padat video tidak mencukupi, malah tidak harus terutama dalam mempelajari cara membaca al-Quran yang betul.

Kaedah membaca al-Quran yang betul dapat diperoleh daripada cara dengar dan memperdengarkan bacaan itu.

Dengan adanya guru, kesilapan bacaan (tajwid) dapat dibetulkan. Guru akan memperbetulkan bacaan seperti idgham (degung), tebal, nipis dan sebagainya.

Jadi, berguru dalam mempelajari al-Quran adalah wajib kerana setiap penyempurnaan sesuatu yang wajib itu adalah wajib juga. Buanglah perasaan malu demi kebaikan diri sendiri.

Bagaimanapun, jika sudah pandai, kaset dan VCD boleh diterima sebagai alat bantu tetapi kepentingan guru tidak boleh dikesampingkan dalam era teknologi.

-sumber harian metro



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...