Dec 27, 2008

tanda kita sayang pada si dia

TANDA KITA SAYANG PADA SIDIA

1. Kita sanggup berkongsi wang dengan sidia. Awas perlu berpada-pada jika menyentuh soal maha penting ini. Jangan keterlaluan memberi mana tahu suatu hari nanti kita bakal dikecewakan dia. Tolong sikit-sikit tu apa salahnya. Perlu diingatkan jangan beri nombor pin atm kita. Ini perlu kita simpan sendiri. Tapi kalau akaun berdua tak kisahlah. Perlu ada ‘give and take’ jangan kita sahaja berkorban untuk dia. Bukan kita sahaja sayangkan dia. Dia pun sayang pada kita bukan?

2. Kita sanggup berkongsi barang peribadi dengan sidia. Contohnya jika sebelum ini kita cukup pantang berkongsi tuala dengan orang yang rapat dengan kita waima adik sejantina kita. Tapi dengan dia boleh sahaja. T-shirt, gelas yang kita gunakan atau mp3 kesayangan kita. Milikku milikmu tu.

3. Kita sanggup beri password akaun emel kita atau blog kita pada sidia. Itu hanya berlaku jika kita tiada secret admirer yang rajin emel kita atau cinta siber lain. Maksudnya kita hanya setia dengan sidia. Begitu juga hand phone kita. Dia boleh periksa bila-bila masa sahaja. Kita rela.

4. Kita berkorban apa sahaja untuk dia.
-Dia tiada duit, kita bagi duit kita.
-Dia sesat di kawasan yang dia tidak biasa kita cari dia walaupun ketika itu kita bekerja.
-Kenderaannya ada masalah, kita datang dan tengok apa yang boleh dilakukan.
-Dia tiada kenderaaan untuk ke sesuatu tempat, kita datang ambil dia.
-Kita ambil cuti semata-mata untuk masa bersama dia.
-Kita sanggup tunggu dia berjam-jam samaada dia bersolek, shopping atau kerjanya habis lewat.
-Bas yang dinaiki lewat tiba kira-kira pukul 3 pagi mengikut jangkaan kita. Pukul 2.30pagi menaiki motosikal kita telah tiba untuk mengambil dia. Biar kita tunggu dia jangan kita yang lambat. Biarpun sampai tertidur di perhentian bas kerana basnya lambat tiba kira-kira pukul 4 pagi.

5. Kita tak pernah mengasari dia. Jangankan memukul jentik pun tak pernah. Tapi tidak semua pasangan begitu. Banyak yang gagal mengawal marah dan panas baran. Tidak kurang juga yang gemar berleter menyakitkan telinga.

6. Bila mana kita sakit hati, nak mengamuk, nak marah sangat sampai keluar air mata kerana terluka dengan sikapnya perlahan-lahan ia cair apabila kita dengar suaranya di corong telefon atau saat ia muncul dihadapan kita. Kemana perginya kemarahan yang meluap-luap tadi? Ya ia telah lebur kerana cinta.

7. Jika ada barang kesukaan dia cepat-cepat kita keluarkan duit untuk membelinya. Walaupun duit sediaada memang tak banyak.

8. Begitu juga makanan kegemarannya. Kita sanggup beri bahagian kita padanya. Contohnya jika sidia sangat sukakan udang. Kita akan beri udang yang terdapat dalam pinggan kita kepadanya. Jika nugget ada 10 ketul. Biarlah kita 4 ketul sahaja sedangkan dia kita bagi 6 ketul.

9. Kita selalu rindukan dia. Kita akan fikirkan apa agaknya dia sedang buat ketika ini. Kita tak jemu lihat gambar kita bersamanya atau gambar dia seorang.

10. Kita boleh mengesan bunyi kenderaanya menghampiri rumah kita walaupun sedang tidur.

11. Kita akan cari dia dahulu bila kita sedih atau ditimpa kemalangan. Contohnya apabila bergaduh dengan kawan baik atau terasa hati dengan bos di tempat kerja atau assignment kena reject atau kene repeat sem, terjatuh dari motor atau terlanggar lampu belakang kereta orang. Mengadu padanya walaupun sebenarnya hanya kita tahu bagaimana selesaikannya.

12. Rumah pertama kita pergi selepas sembahyang sunat hari raya adalah rumahnya. Tak sabar nak berjumpa dengan bakal mertua dan bakal ipar duai dan merasa enak masakannya.

13. Kita belikan hadiah mahal untuknya. Kiranya yang termahal la hadiah yang kita pernah bagi kepada orang.

14. Bila mana kita terpandang akan dirinya kita akan mengukir senyum padanya.

15. Sentiasa nak good looking dimatanya. Baju baru yang kita beli kita akan pakai ketika janji temu dengan nya. Kadang-kadang sampai 2 3 pasang baju kita iron untuk cari yang tercantik sekali. Semata-mata untuknya.

16. “The best part or moment just for her/him” Contohnya walupun kita bekerja di Langkawi kita akan menunggu sehingga buah hati kita datang Langkawi barulah menghabiskan masa dan keterujaan bersamanya menaiki Gunung Mat Cincang.

17. Kita berkongsi minat kita dengannya dan menerima kegemarannya dengan hati terbuka tanpa bersifat mengongkongnya. Bukan senang mencari titik keserasian antara 2 jantina yang tentunya berbeza fitrah dan kesukaan.

18. Kita sanggup tipu sunat semata-mata menjaga perasaannya. Tapi awas, jangan berbohong kerana sekali kita tak dipercayai mungkin selamanyalah kita akan merasa kesannya.

19. Terima dirinya seadanya. Walaupun dia kekurangan segalanya tapi jika anda telah berkasih dengannya terima dia tanpa syarat dan berusalah merperbaiki taraf hidup.

20. Dalam doa kita sentiasa kita doakan kebahagiaannya. Berusaha untuk hidup serta melayar kehidupan berumahtangga bersamanya dengan redha-Nya.

Sentiasalah bayangkan saat-saat manis kita bersamanya kerana ia bakal menjadi momen paling berharga yang tiada gantinya dalam kehidupan kita. Ingatkah lagi anda berdua basah lencun dilanda hujan lebat ketika membonceng motor cabuknya, berhenti di pinggir jalan dan terus ketawa sambil dia menyelimutkan anda atau ketika anda berdua tersangkut di lebuhraya. Tayar motornya pancit tiba-tiba. Mengharung panas menolak motor bersamanya. Itulah momen terindah walaupun anda sekarang sudah berkereta manakan dapat diulang saat perih begitu…Ini hanyalah sebahagian tanda kita sayangkannya. Tapi tak semua orang sama dalam menunjukan kasih pada orang yang dicintainya. Cinta juga boleh diterjemah dalam nuansa berbeza. Cinta juga bukanlah terhad persoalan tentang 2 hati berlainan jantina. Kita juga perlu kaji bagaimana kita cinta kepada pencipta kita, agama kita, keluarga kita, bangsa kita, kerjaya kita juga Negara kita. TEPUK DADA TANYA SELERA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...