Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Aug 24, 2011

kisah petir

Tadi baca kisah pekerja indonesia yang mati di panah petir. Amat menakutkan. Aku sendiri amat trauma ngan petir ni. Alkisahnya aku hampir dipanah petir. Tapi tak mati. kalo mati aku tak menulis post nie..... huhu. Mase balik keje hari jumaat 12hbAugust2011 mase tu ujan lebat. Ade kilat ade petir. Memule aku payungkan kawan aku pergi kat kereta dia pastu dalam perjalanan kat kereta aku ade benda hentak kepala aku payung yang aku pegang tue la. Kepala rase kebas dan sakit. mase tu aku pegang kepala aku, jari yang tersentuh payung pon cam kene renjatan letrik. Aku rase bahaya...tapi taktau nak buat ape. Nak buang payung, aku pinjam opis punye terpaksa la aku pegang jugak sambil berlari2 ke kereta tapi tak payungkan diri sendiri walhal masih lagi kilat dan petir bertalu2 di atas langit sana.

Sampai dalam kereta aku taktau nak buat. kepala masih sakit. Aku istighfar banyak2. 5 minit pastu baru aku leh memandu. Perlahan dan takut. Syukur alhamdulillah. Nyawa aku masih panjang. Allah bagi peluang aku untuk hidup lagi dan bertaubat. Sampai umah nangis cite kat husband. Suh dia check kepala yang berdenyut2 tu. Ade hitam tak? ade bengkak tak? Ade kembong2 tak. Takut lak aku wayar aku ade lari2....huhu. Syukur2. Aku takde pape. malam tu masih sakit tapi esoknye beransur2 hilang. Besar kuasa tuhan. Kalo masa tu nyawa aku diambil... wallahuallam..Sampai janji kita dengan-Nya kepada-Nya lah kita pulang.

Pastu memanjang KL ujan n petir waktu petang. Aku trauma sangat.


Elakkan perkara bahaya ketika petir


ambil dari sini

1. Jauhkan dari tempat tinggi dan juga kawasan permatang, lebih tinggi anda berada lebih tinggi risiko yang anda bakal alami.

2. Jauhkan diri dari kawasan gua yang berair dikhuatiri kuasa elektrik yang mengalir akan bertumpu di kawasan ini.

3. Jauhkan diri anda dari sesuatu objek dikawasan lapang misalnya pokok atau bahan yang boleh menarik elektrik misalnya bahan berasaskan besi, tembaga dll, jika anda tidak boleh mengelak dari kawasan ini lakukan ‘Cone of Protection’ Seperti gambarajah dibawah. Jauhkan diri anda dari kawasan lapang ketika petir berlaku.

4. Elakkan dari bahan – bahan berasaskan besi dan jauhkan diri dari kawasan berair, bahan tersebut termasuklah messtin, batang khemah, dan juga barangan perhiasan anda. Berpayung juga bahaya.

5. Jika anda berada didalam kumpulan pastikan anda menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang – kurangnya 15 kaki antara satu dengan lain. Ini membolehkan sebarang kejadian yang berlaku anda dapat diselamatkan, jika duduk didalam satu kumpulan pasti semuanya akan terlibat jika disambar petir.

6. Jauhkan dari tempat terbuka, tempat terbaik ketika petir ialah di kawasan yang banyak pokok.

7. Duduk diatas alas ‘ Sleeping matt’ atau pun diatas beg dalam kaedah mencangkung dan tutup telinga anda pastikan seminima mungkin contact/sambungan tubuh badan anda dengan tanah.

8. Selepas hujan mulai reda atau tanda – tanda guruh telah tiada perhatikan dan lakukan pengamatan dalam masa 30 minit selepas tanda – tanda tersebut, sekiranya tiada lagi guruh maka aktiviti boleh disambung kembali.

9. Jangan lupa mohon pada tuhan agar diselamatkan dan diberi perlindungan kepada kita.




Apr 17, 2011

ape yg beza....

Sebelum pakai tia amelia....dan selepas pakai tia amelia,..


Apr 11, 2011

kita bertemu di penghujung rindu

lagu tema percintaan kami...Chewah mood sentimental lak. Kalo pergi karaoke mesti nyanyi lagu nie...hehehe

Penghujung Rindu by Jamal Abdillah

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu




Apr 4, 2011

Cerita aku dan baby

Last week aku nengok anak pak sedara aku yg baru lahir....kire sepupu aku ar nie... Irfan namenye... Mase ni usia dia baru 4 hari.


Muke baby Irfan ... Esok2 dia dah besar agak2 dia jumpa tak blog akak sepupu dia nie? hehe

Hubby dan baby Irfan. Dia terer sikit pegang baby dr aku yg kekok nie.



Aku try pegang baby....


Ni Syamil...anak tuan rumah. Oh mak sedara aku ni tumpang kejap di rumah kakak dia sebelum berpantang di kampung dia. Syamil ni baru pandai merangkak.
Comel kan kami..kihkih. Sangat cute la u Syamil.


Apr 3, 2011

3 april 2011

harini usiaku dah menginjak ke angka 28. Dekat 30 tuh. Dah tua. huhu. masih banyak yang aku nak buat dan pengalaman yang belum aku tempuhi. InsyaAllah jika masih diberikan nafas...akanku berusaha untuk capai impian aku.

Macam tahun2 yang lepas..suamiku tetap menyambut hari jadi aku tanpa lupa. Aku sangat sayang dia..huhu. sentimental lak. Ni kek harijadi aku.... Sangat sedap. Blueberry cheese cake. Thank you sayang....



Ni lak hadiah untuk aku... Jam ELLE dan kasut(aku tak amik gambo). hehe. Tahun lepas I dapat gelang kaki u....Tahun sebelum tu tak ingat dapat ape...DUsh!Dush!




Apepun yang aku harapkan adalah kehadiran cahaya mata buat penyeri hidup kami suami isteri.... sedang berusaha ke arah itu. Doakan kami.


Mar 30, 2011

Kisah di matta fair 2011

Sabtu lepas 12hb mac aku ngn husband p matta fair kt pwtc…. Giler lame baru nak update. Ni first time pergi. Tanpa dlm kepala otak ade destinasi tetap…Actually ade beberapa la Singapore, Sabah atau Thailand. Chewah tahun ni teringn p tempat jauh sikit.. coz dah ade passport. Jauh sikit jer. Kihkih.

Bayaran masuk rm3 per kepala. Orang punyer la ramai…ape la yg diorang carik erk. Bukan ade makanan pon. Ekekek. Letih macam2 tempat kitorang p amik browser itu ini. Setelah bertafakur sekejap kitorang decide satu tempat jer n start looking for it….Takleh lari focus nanti bajet pon lari. Haha. Dah jumpe satu tempat ni dah tak larat nak survey yg lain. Amik jer la. Huhu. Taktahu la kalo2 ade lagi yg murah ker. Bukan cari yg murah sangat pon cari yg berkualiti almaklumlah kat tempat org kalo tersadai naya ja.

Ade satu kisah yg memalukan terjadi kpd diriku ini. Hahaha. Nak cite ke tak…cite ke tak.

+

+

+

+

+

+

+

+

+



Sedang asik jalan2 tu kadang2 terlepas tangan husband yerlah reramai tu takkan nak didakap erat. Pastu mata aku tertarik ngn satu booth ni then tarik tangan husband. Yerlah kang dia taktau aku gi situ… Aik apesal tangan hubby sejuk jer ni. Aku toleh ar rupe2nyer tangan apek cina. Hahahahahaha. Blushing2. Husband start gelakkan aku. Aku pon turut gelak then mintak maaf kat uncle tu. Haha. Raser nak guling2 gelak kat diri sendiri. Ish2. Tangan apek tu takde bulu so sejuk ar…tangan hubby I ade bulu kerinting2 (bulu penyayang…menurut kata dia la). So kalo pegang takde ar sejuk sangat. Tempat I cari kepanasan. hakhak.


Then aku dah tak larat jenjalan…kitorang decide nak balik. Aku terpikir buat ape pergi sini kalo tak deal ngn 1 percutian pon. Then booking jerlah. Cari booth air asia tak jumpa lak. Nantilah booking by online tiket flight. Mase ni aku dah tersadai kat kerusi coz letih giler jenjalan disamping mengalami period pain 1st day. Dah ler pasni aku ade kelas kul 2 petang. Kul 2 petang baru aku gerak balik. Kihkih. Sambil dalam hati mmg berniat masuk kelas lambat.













Mar 14, 2011

bagi surat resign

Arini kul 5.30 ptg aku bg surat benti keje. Huhu. Perasaan jgn ckp la. Gementar Gile. Aku pasan muke bos dah berubah masa tu. Saat ni kalo diajak bersembang mmmg aku nangis. Nasib diorang tak tanye ape2 dan aku buat keje ku macam biasa. Kul 6.45 staf lain dah balik tinggal aku jer nak off komputer dan bacuh cawan. Bos datang tanya dari hati ke hati kenapa nk benti... Dengan berat hati aku ckp la alasan2 aku.

Ada lagi 3 interview menanti aku pasni. 2 tempat tu agak dekat 1 di Kuchai Lama gak satu lagi di Sri Petaling 1 lagi jauh sikit di Petaling Jaya.

Huhu. Aku dah trime satu tawaran tapi tempat ni jauh. Selagi aku lum pergi aku leh ar pilih2 yg terbaik. Huhu. wish me best of luck


Mar 7, 2011

xtvt di Gym


Hobi baru aku ialah kuarkan peluh di gym. Kalo joging bantar tasik permaisuri pon aku tak berpeluh sakan cam xtvt yang aku buat di gym.... Hehe. Kuarkan peluh disini berharga rm5 sekali masuk. Oklah jugakan. At least aku buat xtvt berpekdah

Sesape takde xtvt nak buat tu datang ler kesini. Fitness centre kat atas restoren mamak kayu Bandar Permaisuri...skang tgk dah bertambah pelanggan dia. Tapi takde la sampai kene beratur tunggu turn. Aku pon bukan datang slalu. Mai larat ja agak2 nk lepaskan tension jer.





























Dalam Dilema

Aku dalam dilema besar....Haruskah aku teruskan? Patutkah aku terima cabaran ni? I'm looking for new job, new environment, new fren. Sabtu lepas aku pergi interview. Dari Bandar Permaisuri Ke IOI Boulevard...jauhnyer... Huhu. Luckily on the spot dapat keje. Tergamam. Aku sedang berkira2...gaji disana lebih 200 jer dari sini insteadt aku mintak 400. Tapi sana syarikat besar. Kat sana jugak taraf hidup tinggi. Aku tak nampak tempat mkn murah2... Parking kena bayar-monthly katenye rm90 (tpt keje skang parking tak kene bayar. Aku gerak dari umah aku kul 9.45 sampai sana lebih kurang 10.30 (45 minit). Interview kul 11. Itupun hari sabtu. Kalo weekday during peak hours? How? Almost 2 hour kot. Duit minyak kompom berganda2. Kalo jln tol? Worth?


Tapi Balik dr IOI Boulevard tu nak ke Bgnn Yayasan tempat aku study part time la ni punyalah lama....jauh.... Huhu. Aku lewat setengah jam tapi sempat solat zohor dibawah. tapi masuk kelas budak2 kelas dah kenen2. Macam2 lah. Macam eksekutif lah. Macam polis lah gara2 aku menyemat tudung siap tuck in coz kolar baju tu keras dan kalo aku biarkan kat luar cam kembang2 tekak aku. hehe. Dikatakan jugak aku pen biru pen merah coz dok sebelah Nani dia pakai skirt hitam, baju merah, tudung hitam...Ape2 sajelah aku rela. Tapi aku pon rasa aku nampak macam polis. HAHAHA



Gmbar aku g interviu. Suit baru tu. Pelaburan yang berjaya. Haha


Aku dalam dilema. Mmg aku nak cabaran baru...kwn2 br, suasana bekerja yang lebih baik tapi adakah ini semua berbaloi untuk aku. Entah2 kang kul 9 lebih baru sampai umah...then penat..then tido...bangun awal pagi lagi. menempuh perkara yg sama lagi. Sebagai seorang student bile mase la aku nk ulgkaji bila masa aku nk masak untuk suami. huhu. Am I negative thingking...atau aku tak berani kuar dari zon selesa?



Inspektor Aini nak lapor diri. Bleh?


Feb 18, 2011

Malang tak berbau

Semalam mase balik keje, dekat jalan dr Kuchai Lama ker umah aku~Bandar Permaisuri ade satu motor potong aku dari sebelah kiri. Aku besa lah bawak slow jerlah kat corner tu sambil layan Dealova dari radio kegemaran aku SINAR FM. Tetibe motor yang potong aku tu cam hilang kawalan. Nak kate dia laju sangat tak...nak kate dia baring corner baekk punye tak....entah cane nak cakap aku pon taktau. Depan mate aku, aku tgk dia kawal motor yang tgh sreeettttt tayar kt jln raya sebelum dia jatuh melintang jalan. Nasib kubawa pelan dan berhemah kalo laju bertembung tadi atau aku lenyek die. Ha cane. Agaga.

Ape aku nak buat nie.....Aku bentikan kereta dan nyalakan lampu kecemasan sambil berharap yg blakang aku pon benti jugak jgn kiss bontot keta i ok. Agak panik gak. Sambil tgk dr jauh dia cedera teruk tak. Aku rase tak. Then aku kuar keta konon nak tolong sambil fikir keta aku ni nak ttp enjin tak. Helmet dia bersepai cover dan motor dia rosak teruk dan beberapa part terpelanting. Mase tu org blakang aku dah kuar then berlari dapatkan dia. Angkat motor dia then tolong dia bangun. Erm nasib ade org tolong. Kalo aku nak tolong entah2 org lain kene tolong aku angkat moto die. hehe. Berat tau moto. Setelah pastikan keadaan ok dan aku rase tak membantu pon kalo aku lelama kat situ so aku pon blah. Sekurang2nya aku tolong kurangkan kesesakan jln raya. Huhu seriau coz berlaku dpn mata dan amat bersyukur aku tak bawak laju.

Aku fikir entah anak sapelah dia, suami kepada siapa dan adakah anak2 dia sedang tunggu papa dia balik rumah. Walau apepon mangsa ada orng sekeliling dia yg sayangkan dia. Kan? Semoga dia tak ape2 dan cepat sembuh.

Aku tak bersalah dalam cite nie. Huhu

~bawak motor hati2 tau.


Feb 11, 2011

Hotspring Sg Klah Sungkai

Cuti raye cina lepas sekadar bersantai-santai di Hotspring Sg klah. On the way balik perak jer kan. Singgah ler kejap. Nak pergi sini tak susah lepas kuar Tol Tapah jumpa traffic light masuk kiri menghala ke Felda Sg Klah kalau ke kanan akan menghala ke Felda Besaut. Signboard banyak untuk orang yg first time pergi so potensi sesat tu takder ler. Huhu. Bayaran masuk rm10 jer.


Okeh sajer share gamba....sok soft copy ilang boley tgk blog ar. Hihihi



Sebenarnye nak tgkap gamba geng hot fm tepi tu. aku kenal A.G, Azura ratu pecut n Leya jer. Tak sangke deme bercuti disitu. Tapi setakat tgk jer la. Tak tegur pon org glemer ni. Aku kenal deme tapi deme tak kenal aku. huhu


Memule sampai tgkap gamba dulu ler. Sini peraturan tak ketat sangat. Telur dan makanan atau minuman luar tak debenarkan bawak masuk tapi takde sape check pon


Hubby n aksi2 nyer.....kat tpt berendam air panas


gamba 1 aku majuk hubby jatuhkan kamera. haha. burok rupenye. gamba 2 aku dah tersengih lawa rupenye. Rendam kaki aku tak pas. Tak leh nak masuk walaupun seminit. sesaat jer u. Petuanye jgn gerak kalo tergerak akan panas mengembang. huhu.


beli telur 5 biji rm2.00. Tempat merebus telur juge air yg same rendam kaki. What say u?
tak kesah ah sume pon same


Ni lebih panas drp tempat memule tu. Aku kegelisahan nak rendam badan coz sgt panas tu yg muke rupe gitu.


telur dah sejuk sikit. Baru leh mamam. 3/4 masak. haha. Lawan kentut laaaa


Ni kat tempat jakuzi.


Tempt lepak2 kat situ. Oklah kan

Nilah tempatnye jakuzi tu. Istimewanye selain air panas ade buble yg berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah, dan mencergaskan badan. Sampai berpeluh2 aku. Gitu ler kot. Bilik ni tertutup dan boleh dikunci, de tempat mandi air biasa toilet meja. Kire nak berprivasi tu bleh ar laki bini or family


Bilik untuk jakuzi. Sejam rm75. haha. mahal takpe cube jerlah. Lgpon cancel bermalam di sini so duit tu disalurkan untuk menyedapkan badan.


Ni sumber air panas. 100 degree celcius. huhu.

asap berkepul2...


Mase balik kene amik gamba kenangan. Walaupon panas terik.

Enjoy kan sayang. Lepas ni kite p lagi yerk odw balik kpg jerw.


Jan 22, 2011

Bukit broga on d scene

Semalam kuar brite pasal budak perempuan uitm cedera parah dihempap batu besar kat bukit broga. Seriau dengornyer. Aku penah panjat bukit broga nie ngn geng dlm 10 org gitu. Nasib takde perkara buruk berlaku. Baru terpikir nak masukkan entry bukit broga dlm blog...

Ringkasnye bukit broga ni terletak di Semenyih. Memule kitorang berkumpul di petronas Semenyih yg agak besar jugak dan paling penting ada surau. Nak panjat bukit broga pepagi tu kene ar sembahyang subuh dulu. Aku taktau ar kalo ade org sembahyang kat atas tue. Huhu. Boleh beli ape2 yg patut kat sini sebagai bekalan naik puncak. Makanan dan air yang penting. Mase tu hujan renyai2 so sape naik awal pagi pon kire takde ar nampak matahari terbit. Kire tak rugi ar kami naik lambat. Dalam pukul 8.30 pagi kitorang start naik bukit nie hujan dah benti path pun becak sikit. Mase nie dah ramai yg turun. Ade gak di kaki2 bukit ni org buat duit jual air minuman dan makanan. Bukit ni dah ade trek sendiri so takyah riso cume pastikan kasut yg betul digunakan. Yg tapak cengkam tanah bukan yg licin.

Rumah kecik. Yurkk..Aku nk buang air pon tak jadi. Gile geli. Just fall down on the earth yang airnye itam. Terbantut hajatku

Mase ni hubby tgkap gamba


Aku dan batu broga


Aku dan buaian. Buaian ni ker Dr sms dan Dr harlina amik gamba.


Buai ni ker...?


Di pertengahan jalan. Agak flat gak tempat ni dan luas untuk lepak2 amik angin cejuk


Pelukan cinta hati di bukit broga


Suasana


Aku dan cinta hatiku


Dari reramai banyak ni jer sampai puncak


Aku dan eksyenku


Last~mamam di ani sup utara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...