Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Apr 11, 2011

kita bertemu di penghujung rindu

lagu tema percintaan kami...Chewah mood sentimental lak. Kalo pergi karaoke mesti nyanyi lagu nie...hehehe

Penghujung Rindu by Jamal Abdillah

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu




Jul 26, 2009

URUT

Pagi2 suami kejut ajak p joging.. Argghh malasnyer. Tapi memandangkan lama dah tak pergi aku bangun gak dengan malasnyer.. Badan yang sihat otak yang cerdas yer tak? Petang ni nak blaja. Kalo aku terus malas aku takde masa nak buat aktiviti2 sihat camni. Isnin-jumaat keja. Sabtu ahad blaja. 8.40 pagi baru kuar. Lewat tu. Ada la dalam 2 pusingan aku joging kat Taman tasik permaisuri tu. Tapi hubby 3 pusingan coz dia lagi banyak nak buang lemak. Wakaka. Aktiviti wajib lepas joging adalah sarapan roti canai ngn teh tarik kat mamak. Bukan ker baru buang kolesterol macam masuk balik jer.. Hehe. rakyat malaysia cam tu ler. Hehe. Then p opis abang coz dia tertinggal wallet dlm drawer.

Dalam kul 11 baru sampai rumah. So kemas sikit2 jer la. Sempat menyapu sampah. Basuh baju.Erk sumbat dalm mesin jer. Iron baju dan mandi. Dalam 12.30 aku gerak p Bangunan Yayasan. Tapi sebelum keluar tu aku pesan kat suami tolong sidai baju erk. 3 kali aku cakap camtu sebelum keluar.

Kelas arini bermula pukul 2 sampai malam. Camtu la pelajar SPACE. Arghhh penat duduk. Sakit pinggang n kaki. Kalo aku penat duduk lecturer mesti lagi penat kan coz dia berdiri. Rehat ada la 3 kali untuk makan n solat.

Balik dlm kul 8.30. On the way aku tipon hubby turun untuk makan malam kat kedai makan kat bawah. Of course tak masak coz penat. Masa tunggu order yang sangat lama tu aku tanya hubby. Syok aku bercerita ngn hubby apa yang berlaku kat kelas tadi. Then aku tanya.

-kain dah angkat dah.
*erm.. tak sidai punn
-laa.. Orang pesan sampai 3 kali pun tak buat2 jugak. Tak boleh harap.(sinis tul aku ni)
*Esok abang sidai laa (aku memang tak suke biar pakaian lama2 dlm mesin basuh. Kalo aku basuh malam malam gak la aku sidai)
-Orang pesan dah tadi. Sungguh2. Takkan masa blaja pun nak tanya dah sidai blom
bla..bla..bla..

aku terus tarik muke. Nasi grg paprik aku order baru sampai. Aku makan tanpa agkat muke.

*esok kelas pukul 8.00 ker?

aku diam tak jawab. Sedih gak buat camtu kat die.

Then bayar harga makanan. Nak balik kerumah aku bawak keta. Tak bagi pon kunci kat dia. Sampai tempat parking kene jalan sikit untuk ke rumah.

*mari abang bawak beg

Aku galas beg. Menonong jalan kat depan tinggalkan dia kat belakang. Aku sedih sangat. Balik kat rumah aku sidai baju sendiri. Aku check suami takde kat umah aku tgk kat luar. Suami pon sedih aku buat camtu dia kuar tenangkan diri kat korridor.

Aku mandi solat n aku niat nak terus tidur coz aku terlalu penat. Tapi sebelum tu aku ingat nak mintak maaf ngn suami dulu sebelum tidur. Aku tau aku takleh tido dlm keadaan camtu. Aku kene maafkan org n mohon maaf dari orang.

Aku check dulu pintu luar dah kunci belum n pergi kat suami.

-ayang mintak maaf. (sambil cium pipi dia) masa tu pun suami aku tarik aku dulu n dia nak mintak maaf gak
*Abang baru nak cakap. Abang pon nak minta maaf. Abang tau abang yang salah.
-tak ayang yang salah. Benda kecik pun ayang nak besar2kan. Sori. Sedih sebenarnya buat camtu.

Aku rasa aku ni buat perangai tak matang. Tapi aku nak luahkan aku sedih aku merajuk itu ler aku. Sementara takde anak lagi ni buleh ler aku nak memanja memuncung camtu sok dah ade tak sesuaiii. Nasib dia sabar jer layan kerenah aku.

Suami peluk aku n aku peluk dia sambil nangis. Tuhan terima kasih kerana mengurniakan insan ini menjadi suamiku.

-Ayang masuk tido dulu erk. Ayang penat.
*Ok

Aku baring dengan perasaan yang lapang. Tapi sakit kat kaki menghalang aku untuk lena. Aku letak bantal peluk kat kaki untuk tinggikan kaki supaya darah yang bertumpu kat kaki mengalir kebadan. Tak membantu pon aku berasa lega. Aku sms suami.

-Abang sakit kaki laa. Boleh urut tak.

Ini kali ke2 aku pancit teruk dalam tempoh 3 minggu kuliah dan suami jugak yg membantu mengurangkan rasa tegang tersebut dengan mengurut. Dia urut pelan2. Amik minyak angin dan urut.

-Ala bestnyer. Cedapnyer kene urut. Untung dapat suami besar cam abang. Tangan besar cengkam pon penuh. Memang selesa lah.

Suami senyum jer. Then dia tekan2 kat telapak kaki. Tak penah dia buat camtu.

-Ni urut style apa?
*Ni nama dia refleksologi.
-Ooo padan la sedap.

Untungnya aku punya suami sepertimu. Semoga kau teguh bersamaku sayang.




Reblog this post [with Zemanta]


May 24, 2009

Dingin seks - fahami isteri

Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka.

Ada sesuatu yang tidak kena
Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami masalah ini juga akan berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya lantaran kegagalan mencapai keinginan seks.

Keyakinannya juga semakin menurun apabila berlaku percanggahan dengan suami tentang apa yang sepatutnya dilakukan ketika hubungan intim. Ketika ini wanita mungkin akan merasakan aktiviti seks bersama suami sesuatu yang menyakitkan, dan seterusnya membuatkan keengganan melakukan hubungan seks makin menebal.

Sentuhan dan ciuman sesuatu yang menjengkelkan
Selalunya permulaan romantis seperti sentuhan dan ciuman memang mampu merangsang ghairah seks wanita. Namun bagi wanita yang tidak berkeinginan terhadap seks, perkara itu akan dianggap sesuatu yang menjengkelkan sekali gus menolak keinginan suami.

Bagi suami pula penolakan tersebut akan membuatkan dia berasa dirinya tiada lagi daya penarik di mata pasangan. Sekiranya suami tidak memahami keadaan isteri dari sinilah mungkin timbul pelbagai tuduhan yang mungkin tidak berasas kepada isteri.

Paksaan suami buat isteri lebih dingin
Suami yang bertimbang rasa dan memahami keadaan isteri boleh bertolak ansur apabila pasangan menolak keinginannya. Mereka tidak akan menuduh sembarangan mahupun menarik muka masam. Namun keadaan sebaliknya berlaku jika suami tersebut tidak mahu bertolak ansur.

Suami yang menganggap dia boleh mencapai keinginan tersebut tanpa mengira apa juga cara sekalipun boleh menyebabkan berlakunya seks tanpa kerelaan isteri. Keadaan ini sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan. Isteri mungkin menjadi lebih dingin terhadap ajakan seks suami.

Komunikasi suami isteri
Komunikasi yang baik, positif dan efektif penting sebagai daya penarik hubungan seks terutama buat isteri yang mengalami penurunan nafsu seks. Seorang suami perlu pandai memujuk, melayani dan menarik hati isteri untuk memenuhi kehendak batinnya dengan hati yang terbuka. Selain itu suami dan isteri juga perlu punya pengetahuan dalam hubungan seks.

Ilmu yang cetek tentang hubungan intim ini boleh membuatkan aktiviti suami isteri menjadi bosan dan hambar. Selain daripada itu baik suami ataupun isteri haruslah bersedia menjadi pendengar yang baik. Dalam keadaan isteri mengalami masalah penurunan ghairah seksual, suami haruslah bersedia mendengar masalah di pihak isteri. Dengarlah penjelasan isteri sebaiknya agar masalah dapat ditangani dengan tenang dan jalan penyelesaian dapat dicari.

Elakkan salah faham
Apabila isteri enggan menuruti kemahuannya, suami mula berpendapat bahawa dia tidak lagi dicintai oleh isteri. Malah suami mungkin juga berasa bahawa penolakan terhadap seks oleh isterinya adalah disebabkan kegagalannya dalam memberi kepuasan seks kepada isteri. Pada masa yang sama isteri pula merasakan bahawa pasangannya lebih mementingkan diri sendiri dan hanya mahukan seks tanpa mencintai dirinya. Selain itu dia juga akan berasa dirinya bermasalah lantaran tidak berasa seronok ketika melakukan hubungan seks. Tafsiran yang salah ini hanya akan memburukkan lagi situasi isteri.

Memencilkan diri
Wanita yang enggan melakukan hubungan seks juga selalu akan mengelak daripada kucupan dan belaian suami. Pada pandangan wanita itu, ia adalah lambang persetujuan untuk mengadakan hubungan seks. Keadaan ini akan memberi tekanan pada dirinya sehingga boleh menyebabkan dia enggan memberi senyuman mahupun berpaling kepada suami. Jika keadaan berpanjangan, ia akan menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.


Pandai-pandai la isteri-isteri di luar sana membawa diri di gelanggang perkahwinan. Jangan suami sahaja yang kena paham isteri, tanggungjawab isteri pada suami dan keluarga juga harus diUTAMAkan. Masalah jika tidak diselesaikan akan jadi racun dalam perkahwinan


Feb 13, 2009

Valentine's Day?

Sedari zaman sekolah rendah lagi aku telah didedahkan apa itu hari kekasih yang jatuhnya pada 14hb February setiap tahun. Pemberian hadiah seperti coklat, bunga, teddy bear dan sebagainya mewarnai sambutan hari kekasih. Itu masih tidak apa tetapi ada sebilangan orang menyambutnya dengan menyerahkan mahkota mereka. Si gadis menyerahkan 'dara' tanda cinta sang lelaki pula menyerahkan 'teruna' pada kali pertama. Amat malang sekali sekiranya pelakunya adalah umat islam. Hatta hari biasa pun haram hukumnya dan berdosa besar.

Persoalannya, Kenapa kita sebagai muslim tak patut sambut valentine's day?

Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope. Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.

Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan. Jadi adakah umat islam yang menyambut hari kekasih sedang meraikan kejatuhan kerajaan islam itu?

Sebagai umat islam janganlah kita meraikan sambutan hari kekasih ini walau apapun alasannya seperti 'bagi bunga jer' atau 'cium sikit jer'. Pilihlah hari lain untuk meraikan pasangan yang disayangi seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan ker atau sabarang tarikh yang membawa makna kepada hubungan kalian. Janganlah semata-mata 14feb. Raikan pula dengan cara yang betul. Ingat! matlamat tidak menghalalkan cara.

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: “Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan.


Jan 7, 2009

BILA DI HATI TIADA CINTA

Sedarkah anda bila di hati sudah tiada cinta? Bagaimana mengenal situasi anda perlu memutuskan hubungan dengan si dia? Benarkah sesuatu hubungan itu tidak boleh lagi diselamatkan... Kenali tanda nya. Supaya anda lebih kenal diri, tahu apakah matlamat dengan hubungan itu, dan tidak perlu lagi bersikap hipokrit di depan matanya...


  1. Malas menjawab panggilan nya apalagi mahu membalas mesej nya.
  2. Tidak ikhlas ketika keluar dengan si dia. Muka terpaksa. Anda tunjukkan muka seposen anda kerana terpaksa menerima ajakan 'date' dia setelah puas dia merayu sehingga anda naik menyampah.
  3. Tidak menerima dia dengan seadanya. Katakanlah dia yang menjadi teman anda itu secara fizikalnya kurang menarik, atau terlalu gemuk boleh jadi juga terlalu kurus di tambah pula tahap pendidikannya rendah. Anda berjalan beriringan dengan sidia tiba-tiba ternampak orang kampung/kwsn perumahan anda atau seseorang yang kenal anda berdua. Cepat-cepat anda menjauhkan diri dari dia. Apatah lagi nak kenalkan dia kepada mereka.
  4. Anda sendiri sedar anda tidak pernah sayangkannya. Tidak seperti ex anda sebelum ini anda begitu rindu giler tapi dengan mamat sorang nie anda tiada langsung perasaan itu.
  5. Anda menerima dia hanya kerana kesunyian ditinggalkan kekasih lama anda. Lagipun sudah lama dia merayu anda menjadi kekasihnya. Inilah menjadikan anda terikat dengannya konon memule nak kawan dulu mungkin lama2 baru boleh terima.
  6. Anda berpergian jauh contohnya untuk pergi interview yang jauh dari tempat tinggal anda tidur pula dirumah kawan anda sikit pun anda tidak menceritakan kepada dia. Anda rasakan tidak penting untuk dia tahu. Tunggulah nanti bila dia dapat tahu dari orang lain bergaduh besar anda dengannya.
  7. Terlalu banyak sikap dia yang bertentangan dengan anda. Dia tidak seperti kekasih dambaan anda walau dia berusaha untuk memenangi hati anda.
  8. Anda malu dengan dia. Dia tidak ada apa pun untuk anda banggakan atau perkara menarik untuk diceritakan kepada keluarga atau teman-teman rapat anda. Anda malu mengenalkan dia kepada teman-teman rapat atau membawa nya berjumpa dengan keluarga anda.
  9. Anda meluat dengan nya. Sikapnya membuat anda jelak. Dia tidak malu untuk menangis merayu anda. Mana pergi kejantanannya serta maruahnya sebagai lelaki.
  10. Anda lebih sedar dia bukanlah untuk anda. Hanya anda tahu lelaki bagaimanakah anda cari untuk anda bina mahligai rumahtangga bersama. Lelaki untuk anda serahkan seluruh jiwa raga menemani perjalanan hidup anda.
Jangan buang masa. Mempermainkan hati mereka yang manyayangi anda. Masalah kecil biar diselesai dahulu agar tidak timbul masalah besar di kemudian hari...

TEPUK DADA TANYA CINTA
JIKA TIADA PUTUS SAHAJA
USAH DIKENANG PERKARA LAMA
MULAKAN HIDUP BARU DENGAN CERIA...


Dec 27, 2008

tanda kita sayang pada si dia

TANDA KITA SAYANG PADA SIDIA

1. Kita sanggup berkongsi wang dengan sidia. Awas perlu berpada-pada jika menyentuh soal maha penting ini. Jangan keterlaluan memberi mana tahu suatu hari nanti kita bakal dikecewakan dia. Tolong sikit-sikit tu apa salahnya. Perlu diingatkan jangan beri nombor pin atm kita. Ini perlu kita simpan sendiri. Tapi kalau akaun berdua tak kisahlah. Perlu ada ‘give and take’ jangan kita sahaja berkorban untuk dia. Bukan kita sahaja sayangkan dia. Dia pun sayang pada kita bukan?

2. Kita sanggup berkongsi barang peribadi dengan sidia. Contohnya jika sebelum ini kita cukup pantang berkongsi tuala dengan orang yang rapat dengan kita waima adik sejantina kita. Tapi dengan dia boleh sahaja. T-shirt, gelas yang kita gunakan atau mp3 kesayangan kita. Milikku milikmu tu.

3. Kita sanggup beri password akaun emel kita atau blog kita pada sidia. Itu hanya berlaku jika kita tiada secret admirer yang rajin emel kita atau cinta siber lain. Maksudnya kita hanya setia dengan sidia. Begitu juga hand phone kita. Dia boleh periksa bila-bila masa sahaja. Kita rela.

4. Kita berkorban apa sahaja untuk dia.
-Dia tiada duit, kita bagi duit kita.
-Dia sesat di kawasan yang dia tidak biasa kita cari dia walaupun ketika itu kita bekerja.
-Kenderaannya ada masalah, kita datang dan tengok apa yang boleh dilakukan.
-Dia tiada kenderaaan untuk ke sesuatu tempat, kita datang ambil dia.
-Kita ambil cuti semata-mata untuk masa bersama dia.
-Kita sanggup tunggu dia berjam-jam samaada dia bersolek, shopping atau kerjanya habis lewat.
-Bas yang dinaiki lewat tiba kira-kira pukul 3 pagi mengikut jangkaan kita. Pukul 2.30pagi menaiki motosikal kita telah tiba untuk mengambil dia. Biar kita tunggu dia jangan kita yang lambat. Biarpun sampai tertidur di perhentian bas kerana basnya lambat tiba kira-kira pukul 4 pagi.

5. Kita tak pernah mengasari dia. Jangankan memukul jentik pun tak pernah. Tapi tidak semua pasangan begitu. Banyak yang gagal mengawal marah dan panas baran. Tidak kurang juga yang gemar berleter menyakitkan telinga.

6. Bila mana kita sakit hati, nak mengamuk, nak marah sangat sampai keluar air mata kerana terluka dengan sikapnya perlahan-lahan ia cair apabila kita dengar suaranya di corong telefon atau saat ia muncul dihadapan kita. Kemana perginya kemarahan yang meluap-luap tadi? Ya ia telah lebur kerana cinta.

7. Jika ada barang kesukaan dia cepat-cepat kita keluarkan duit untuk membelinya. Walaupun duit sediaada memang tak banyak.

8. Begitu juga makanan kegemarannya. Kita sanggup beri bahagian kita padanya. Contohnya jika sidia sangat sukakan udang. Kita akan beri udang yang terdapat dalam pinggan kita kepadanya. Jika nugget ada 10 ketul. Biarlah kita 4 ketul sahaja sedangkan dia kita bagi 6 ketul.

9. Kita selalu rindukan dia. Kita akan fikirkan apa agaknya dia sedang buat ketika ini. Kita tak jemu lihat gambar kita bersamanya atau gambar dia seorang.

10. Kita boleh mengesan bunyi kenderaanya menghampiri rumah kita walaupun sedang tidur.

11. Kita akan cari dia dahulu bila kita sedih atau ditimpa kemalangan. Contohnya apabila bergaduh dengan kawan baik atau terasa hati dengan bos di tempat kerja atau assignment kena reject atau kene repeat sem, terjatuh dari motor atau terlanggar lampu belakang kereta orang. Mengadu padanya walaupun sebenarnya hanya kita tahu bagaimana selesaikannya.

12. Rumah pertama kita pergi selepas sembahyang sunat hari raya adalah rumahnya. Tak sabar nak berjumpa dengan bakal mertua dan bakal ipar duai dan merasa enak masakannya.

13. Kita belikan hadiah mahal untuknya. Kiranya yang termahal la hadiah yang kita pernah bagi kepada orang.

14. Bila mana kita terpandang akan dirinya kita akan mengukir senyum padanya.

15. Sentiasa nak good looking dimatanya. Baju baru yang kita beli kita akan pakai ketika janji temu dengan nya. Kadang-kadang sampai 2 3 pasang baju kita iron untuk cari yang tercantik sekali. Semata-mata untuknya.

16. “The best part or moment just for her/him” Contohnya walupun kita bekerja di Langkawi kita akan menunggu sehingga buah hati kita datang Langkawi barulah menghabiskan masa dan keterujaan bersamanya menaiki Gunung Mat Cincang.

17. Kita berkongsi minat kita dengannya dan menerima kegemarannya dengan hati terbuka tanpa bersifat mengongkongnya. Bukan senang mencari titik keserasian antara 2 jantina yang tentunya berbeza fitrah dan kesukaan.

18. Kita sanggup tipu sunat semata-mata menjaga perasaannya. Tapi awas, jangan berbohong kerana sekali kita tak dipercayai mungkin selamanyalah kita akan merasa kesannya.

19. Terima dirinya seadanya. Walaupun dia kekurangan segalanya tapi jika anda telah berkasih dengannya terima dia tanpa syarat dan berusalah merperbaiki taraf hidup.

20. Dalam doa kita sentiasa kita doakan kebahagiaannya. Berusaha untuk hidup serta melayar kehidupan berumahtangga bersamanya dengan redha-Nya.

Sentiasalah bayangkan saat-saat manis kita bersamanya kerana ia bakal menjadi momen paling berharga yang tiada gantinya dalam kehidupan kita. Ingatkah lagi anda berdua basah lencun dilanda hujan lebat ketika membonceng motor cabuknya, berhenti di pinggir jalan dan terus ketawa sambil dia menyelimutkan anda atau ketika anda berdua tersangkut di lebuhraya. Tayar motornya pancit tiba-tiba. Mengharung panas menolak motor bersamanya. Itulah momen terindah walaupun anda sekarang sudah berkereta manakan dapat diulang saat perih begitu…Ini hanyalah sebahagian tanda kita sayangkannya. Tapi tak semua orang sama dalam menunjukan kasih pada orang yang dicintainya. Cinta juga boleh diterjemah dalam nuansa berbeza. Cinta juga bukanlah terhad persoalan tentang 2 hati berlainan jantina. Kita juga perlu kaji bagaimana kita cinta kepada pencipta kita, agama kita, keluarga kita, bangsa kita, kerjaya kita juga Negara kita. TEPUK DADA TANYA SELERA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...