Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Dec 16, 2010

Nape takleh ni

Alkisahnye…Malam tu baru balik dr tgk wayang Hantu Kak Limah Pulang Ke rumah kat TGV Jusco Salak Selatan. Hehe. Best cite dia. Gelak sakan aku dan seluruh warga panggung. Paling tak tahan part Johan pakai skirt tudung saji lari dr toilet dikejar Hantu Kak Limah. Hehe. Lawak toll.

Mase on the way balik tu lalu tol gate Sg besi. Husband punch la kad touch and go. Apsal takleh nie. Ade la 3 kali gak. Sempat jeling pekerja2 tol gate kalo boleh bantu.
Tetibe aku pasan kad tu warna putih

-Yang…Bukan kad tu la.
*Erk…

Habis dia pelantingkan kad tu kad aku. Sambil cr kad yang betul. Haharhar. Aku dah gelak sakan. Pergi punch kad gate apartment kita pulak mane de tol tu leh baca. Hakhak. Lawak la sayang nie. Hehe. Sampai kuar air mata la aku gelak…

*Amboi… Ade modal gelakkan abang yea.
-Hehe. Malam ni tidur pon senyum la i.

Siyes. Senyum tak abesss.


Sep 23, 2010

yang...tolong bukak katrij nie

Mase kat dapur semalam tetibe air terpancut kuar dari getah dia kena kat baju aku. Adeh getah dia dah longgar la ni. Aku ingat nak cuci2 la dan repair bekas dia. Mintak tolong asben bukak kan

'yang tolong bukak katrij ni

aik apesal lame sangat ni.

'yang tolong la bukak katrij nie...

*tengah bukak la ni. nak buat ape?

hah..aku perhati dia kat ruang tamu tu tengok dia bukak printer punya katrij. Aku dah start gelak

'ala bukan katrij tu katrij filter air kita tu la. Getah dah loose asik terpancut jer air

*hah...bukan ker. Heran jugak tadi suruh bukak katrij tapi dok dapur.

'kui kui. Apa la yang nie... penat org tunggu kat dapur tak mai2.


Jul 14, 2010

spende basah

uiit....korang tau ker spende basah. Ape yang korang expect dengan tajuk ni....aku kantoi pasal pakai spende basah... No! no! no! no! Ade sesape basahkan spende aku... No! no! no! no! luchah sekali korang  nie. Nge...nge...

ni ade satu cite yang terjadi kat opis aku sampai istilah spende basah ni timbul. Gini. di suatu petang yang sunyi berkatalah Mar kepada Chong
"Chong, u nak tak drawing tu?"
-
-
-
-
diam takde bunyi.

"u ni Chong. Macam cakap ngn spende basah."

Aku dah gelak2. Apesal mar ni sebut spende basah.

"Apesal cakap camtu kat Chong"
"Yealah saya tanya tak jawab2. Akak tau tak kalo orang tu spende basah dia diam jer tak bunyi2. Cam tu la dia. Pakai spende basah tu pasal diam monyok aje" mar dah luahkan isi hati dia sambil gelak2

Aku gelak kukikukik. Adoih. Istilah tak semenggah. Then aku tanya Chong paham ker ape Mar cakap

"Tak paham or. Ape tu?" dia jawab
"Basah tu wet...Spende tu underwear. So she mean u're wearing wet underwear thats why u're so quiet cannot talk"

So tercetus la ketawa besar secara beramai2. So korang kalo org tanya baek2 tu jawab la yea. Budi bahasa budaya kita. Atau korang memang tengah pakai spende basah so resah gelisah tak leh ckp ngn org. huahua

*ade lagi ker org pakai spende basah zmn skang? Dulu2 aku merasa ar tak ckp sluar then pakai sluar lembab2 p skolah. Memang aku diam tak gerak2. Hahahaha.


Jun 19, 2009

lawak suami isteri

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi…."

Tan Sri pengsan kat situ jugak…

MORAL: Isteri & suami jangan sesekali berlaku curang…berdosa tau!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...