RESUNG. Penyakit ni kalau kene memang tak tahan. Pagi-pagi lepas mandi jer mesti bersin tak ingat. Petanda air dari hidung anda akan meleleh-leleh selepas itu. Buat kerja pun tak senang. Asyik pegang tisu jer. Cepat habis tisu kat office kan? Kalau solat tu lagi la susah. yerlah... Nak bertahan untuk rukuk dan sujud aduhai..Air janganlah kau keluar. Sekali bersin rasa bergegar otak n organ-organ dalaman kita. Bangunan pun rasa bergegar. Eh tak. Gurau jer. Tapi camtu la perasaan kan? Ni ada beberapa petua yang aku jumpa dlm internet untuk dikongsikan... Kepada pengidap resdung yang kronik cam aku ni sila lah cuba takut-takut jadi sesuatu yang tak disangka kemudian hari disebabkan resdung aje.
PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
PETUA RESDUNG 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
PETUA RESDUNG 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
PETUA RESDUNG 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
PETUA RESDUNG 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
PETUA RESDUNG 6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
6 comments:
Assalamualaikum...
Selain petua2 di atas, boleh juga lengkapkan diri dengan pengetahuan membasmi serta memerangi resdung dengan teknik ampuh terbukti kuat di web page:
rawatan resdung
Sekian, trimas.
terima kasih diatas petua-petua yang dikongsi..
saya ingin kongsi berkaitan sejenis ubat tradisional, baru-baru ni saya pernah mencuba kapsul ubat SUPER RESDONG yang dibuat secara tradisional. Alhamdulillah, setakat ni kesan resdung seperti gatal-gatal pada mata dan tekak serta kerap bersin dah hilang. Agak mujarab juga ubat ini, insyaAllah. Maklumat berkaitan kapsul ni boleh di baca di http://anti-sinusitis.blogspot.com
Memang terbaeklah..Lepas ni saya akan cuba..
Cuba try Ubat Resdung Bella Formula, insyaallah yg terbaik setakat ini di Malaysia.
Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun suggest ubat ni. hehehe :)
Ada pelanggan saya seorang pesakit resdung level 2 pun dah semakin berkurang resdung dan x ambil dah rawatan bulanan di pusat rawatan resdung. Alhamdulillah, semua dengan izin-NYA sahaja :)
http://ubat-resdung.com/
SMS/WHATSAPP 017-5601956
Assalam , masalah resdung memang sangat menganggu bukan ?Jangan ambil mudah dengan masalah resdung ini tau ! Ada cara untuk Mengatasi Masalah Resdung Dengan Cara Yang Berkesan Dan Selamat
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
Betul ke herba redung menyembuhkan atau kalau berhenti makan resdung akan datang lagi??
Post a Comment