Dec 27, 2008

SAMBUTAN KRISTMAS DI JALAN BUKIT BINTANG…





SAMBUTAN KRISTMAS DI JALAN BUKIT BINTANG…

Kerana bosan asyik lepak dirumah sahaja aku mengajak suamiku lepak kat Bukit Ampang. Orang kata kat situ boleh tengok pemandangan KL yang indah. Tapi suamiku tak tahu jalan. Aku apatah lagi. Huh bosan gilerlahhh cani.
Akhirnya suami aku ajak ke Bukit Bintang. Sekadar melihat pemandangan sambutan krismas disana. ‘Happening’ katanya. Kami decide naik motor sahajalah kerana jika naik kereta pasti terperangkap teruk dalam jammed. Tepat jam 11 malam kami gerak.
Dalam perjalanan tu aku nampak twin tower. Aku cakap kat suami aku “twin tower ni rasanya diinspirasikan dari pokok krismas la kan. Sama je bentuknya.” Suami aku jawab “tak la. Dari pokok rebung” “hmm yer ker. KL tower pulak dari apa sayang?”
“ermm dari bunga kantan” katanya. “Oooo padan la cam sama jer. ” Lepas tu dia gelak besar. Hampeh. Aku kene tipu daaa. Ada orang kene cubit ngn aku.
Aku memang tak pernah ke Bukit Bintang jadi tak dapat nak expect apa yang ada kat sana. Memula aku tengok beberapa remaja memakai topi krismas. Hmm ok. Semakin memasuki Bukit Bintang yang sesak itu semakin ramai remaja n anak2 muda di tepi jalan. Mereka menyembur spray look like buih kepada sesama mereka . Sampah memang tak ingat banyak sungguh. Sian tengok auntie n uncle yang sapu sampah. Dah la sampah banyak nak kene sapu kene sembur pulakkk.
Kami pun tak terlepas kene sembur jugakk. Huhu. Baju, helmet, motor abiss. Tetiba motor lak buat hal mati tetiba tak mau hidup. Apalagi budak2 nakal ni pun serbu sembur kat motor abang, helmet dan baju sambil bersorak. Aku masa ni turun dari motor n ke tengah jalan raya. Tak mau kene sembur dah sambil take a snap from my camera henpon gambar abang aku kene sembur. Sabar jelah. Namun suamiku masih mampu tersenyum sambil menghidupkan motornya. Semua kenderaan berdekatan pun kene. So kene tutup tingkap lah. Habis kereta, bas dilitupi oleh buih n tali temali yang disembur oleh budak2 nie. Bumbung kereta yang tak bersalah pula diletakkan botol2 spray buih yang telah habis. Huhu kesian. Apabila motor sudah boleh dihidupkan kami bergerak keluar dari area jalan Bukit Bintang. Suami ku bertanya “Nak lagi” haha “ Tak nak dah sayang, Jom balik”. Huhu tak dak pasai cari pasai. Diam2 dok kat umah cari bala pulak. Hehe.
Sampai dirumah around 1 a.m. Terus masuk tido. Lalala. Esok cuti.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...