Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Jul 2, 2010

tinggal satu paper jer lagi

tinggal satu paper jer lagi...then abis la musim2 stress. Walaupun sem pendek stress jugak ooo. Huhu.
-
-
-
-
entry paling pendek. Sajer jer nak update blog. Hehe


Nov 9, 2009

post ke 100

Post ker 100. Hehe tak sangka baru sampai 100 dlm tak rajin menulis nieee. Ari ni baru abis exam. So pasni leh ler rehat sikit. Yerlah asik tak menyempat je.

So lucky pagi tadi sempat sampaikn diri ke dewan peperiksaan tepat pada masanya. Kuar kul 7.45 dari umah. Masuk terowong smart. Exam kul 9 ingat sempat ler. Tak pandai agak sebab tak pernah p masa weekday. Perut berkeroncong giler sebab tak bekpes. Kul 8.45 sampai kat cafe. Makan mee grg ajer. Pesan teh tarik..tak jadi kang panas camna nak minum. Pesan teh ais pulak. Sebab lambat sangat aku cancel jer. Dia baru nak beli susu. Adeh. Dapat la beberapa suap mee walaupon tak abeh.

Sampai atas aku tercari2 bilik. Ramai dah rupenya tapi still ada gak kosong maybe terperangkap dlm jammed. Aku start bersin. Ahh aku tau aku bakal kelemasan menjawab soalan kerana aku perlu tunduk. Tak bawak tisu pulak. Aduh malang ler. Berulang alik ker toilet jer. kan dah buang masa tu.

Soalan dia kategori blah jawab laa berbanding Differential Equations walaupon ada yang aku keliru. Masa nak balik umah ingat nak singgah kedai makan beli makanan tengahari. Takde parking so aku balik umah terus. Masak nasik n goreng telur n kicap. Tak lalu wehh. Ditambah ngan sakit kepala yang melanda.

arghh nak p rehat jap..


Aug 11, 2009

Mengurus Masa Secara Berkesan

Mari motivasikan diri


Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakn alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.

Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan dii sini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk:

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beriadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.

Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan tang cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perharian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan.

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.


1. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan dalam diri pelajar.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir.

Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.

Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

2. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik.

Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya tiada kaitan langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Ramai pelajar tidak mengetahui dan menganggap ini satu perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita sepatutunya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi tekanan dan bebanan di rumah nanti.

Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan. Kerana apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke tempat yang dituju.Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita menggunakan peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya digunakan dengan berkesan dan terbaik.

Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berlaitan dengan hal pelajaran. Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri).

Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik. masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar lemah. Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan dan ditentang.

Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain perlu dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita bebar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.

Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.

Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.

Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan penuh bermakna.


Jul 26, 2009

URUT

Pagi2 suami kejut ajak p joging.. Argghh malasnyer. Tapi memandangkan lama dah tak pergi aku bangun gak dengan malasnyer.. Badan yang sihat otak yang cerdas yer tak? Petang ni nak blaja. Kalo aku terus malas aku takde masa nak buat aktiviti2 sihat camni. Isnin-jumaat keja. Sabtu ahad blaja. 8.40 pagi baru kuar. Lewat tu. Ada la dalam 2 pusingan aku joging kat Taman tasik permaisuri tu. Tapi hubby 3 pusingan coz dia lagi banyak nak buang lemak. Wakaka. Aktiviti wajib lepas joging adalah sarapan roti canai ngn teh tarik kat mamak. Bukan ker baru buang kolesterol macam masuk balik jer.. Hehe. rakyat malaysia cam tu ler. Hehe. Then p opis abang coz dia tertinggal wallet dlm drawer.

Dalam kul 11 baru sampai rumah. So kemas sikit2 jer la. Sempat menyapu sampah. Basuh baju.Erk sumbat dalm mesin jer. Iron baju dan mandi. Dalam 12.30 aku gerak p Bangunan Yayasan. Tapi sebelum keluar tu aku pesan kat suami tolong sidai baju erk. 3 kali aku cakap camtu sebelum keluar.

Kelas arini bermula pukul 2 sampai malam. Camtu la pelajar SPACE. Arghhh penat duduk. Sakit pinggang n kaki. Kalo aku penat duduk lecturer mesti lagi penat kan coz dia berdiri. Rehat ada la 3 kali untuk makan n solat.

Balik dlm kul 8.30. On the way aku tipon hubby turun untuk makan malam kat kedai makan kat bawah. Of course tak masak coz penat. Masa tunggu order yang sangat lama tu aku tanya hubby. Syok aku bercerita ngn hubby apa yang berlaku kat kelas tadi. Then aku tanya.

-kain dah angkat dah.
*erm.. tak sidai punn
-laa.. Orang pesan sampai 3 kali pun tak buat2 jugak. Tak boleh harap.(sinis tul aku ni)
*Esok abang sidai laa (aku memang tak suke biar pakaian lama2 dlm mesin basuh. Kalo aku basuh malam malam gak la aku sidai)
-Orang pesan dah tadi. Sungguh2. Takkan masa blaja pun nak tanya dah sidai blom
bla..bla..bla..

aku terus tarik muke. Nasi grg paprik aku order baru sampai. Aku makan tanpa agkat muke.

*esok kelas pukul 8.00 ker?

aku diam tak jawab. Sedih gak buat camtu kat die.

Then bayar harga makanan. Nak balik kerumah aku bawak keta. Tak bagi pon kunci kat dia. Sampai tempat parking kene jalan sikit untuk ke rumah.

*mari abang bawak beg

Aku galas beg. Menonong jalan kat depan tinggalkan dia kat belakang. Aku sedih sangat. Balik kat rumah aku sidai baju sendiri. Aku check suami takde kat umah aku tgk kat luar. Suami pon sedih aku buat camtu dia kuar tenangkan diri kat korridor.

Aku mandi solat n aku niat nak terus tidur coz aku terlalu penat. Tapi sebelum tu aku ingat nak mintak maaf ngn suami dulu sebelum tidur. Aku tau aku takleh tido dlm keadaan camtu. Aku kene maafkan org n mohon maaf dari orang.

Aku check dulu pintu luar dah kunci belum n pergi kat suami.

-ayang mintak maaf. (sambil cium pipi dia) masa tu pun suami aku tarik aku dulu n dia nak mintak maaf gak
*Abang baru nak cakap. Abang pon nak minta maaf. Abang tau abang yang salah.
-tak ayang yang salah. Benda kecik pun ayang nak besar2kan. Sori. Sedih sebenarnya buat camtu.

Aku rasa aku ni buat perangai tak matang. Tapi aku nak luahkan aku sedih aku merajuk itu ler aku. Sementara takde anak lagi ni buleh ler aku nak memanja memuncung camtu sok dah ade tak sesuaiii. Nasib dia sabar jer layan kerenah aku.

Suami peluk aku n aku peluk dia sambil nangis. Tuhan terima kasih kerana mengurniakan insan ini menjadi suamiku.

-Ayang masuk tido dulu erk. Ayang penat.
*Ok

Aku baring dengan perasaan yang lapang. Tapi sakit kat kaki menghalang aku untuk lena. Aku letak bantal peluk kat kaki untuk tinggikan kaki supaya darah yang bertumpu kat kaki mengalir kebadan. Tak membantu pon aku berasa lega. Aku sms suami.

-Abang sakit kaki laa. Boleh urut tak.

Ini kali ke2 aku pancit teruk dalam tempoh 3 minggu kuliah dan suami jugak yg membantu mengurangkan rasa tegang tersebut dengan mengurut. Dia urut pelan2. Amik minyak angin dan urut.

-Ala bestnyer. Cedapnyer kene urut. Untung dapat suami besar cam abang. Tangan besar cengkam pon penuh. Memang selesa lah.

Suami senyum jer. Then dia tekan2 kat telapak kaki. Tak penah dia buat camtu.

-Ni urut style apa?
*Ni nama dia refleksologi.
-Ooo padan la sedap.

Untungnya aku punya suami sepertimu. Semoga kau teguh bersamaku sayang.




Reblog this post [with Zemanta]


Jul 17, 2009

APA YANG PENTING...




Lama sungguh tak update blog... Malumlah bz sangat. Dah bertambah tanggungjawab sebenarnya. Esok nak ke kelas lagi. Lusa pun. Tapi kira bernasib baik gak aku tinggal kat KL blaja part time pun kat KL jugak. Ramai member2 datang jauh semata-mata nak belajar. Kene pikir pulak mana nak tidur malam sabtunya transport nye dan keluarga, suami, isteri dan anak.




Kira aku ni kurang penat sikit berbanding diorang. Kadang-kadang rasa tak terkejar masa. Mana nak kemas rumah nya nak belajar lagi. Kerja kat office non stop. Tak sempat ngulat. Memang pening.. serabut kepala otak dengan macam2 hal. Huhu. Aku rindu sebenarnya nak bangun lambat setiap kali hari minggu after subuh second round tu. Huhu. Tak dapek nak nolong. Tapi bersabar jer la. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Time management kene betul kan... Haha. Gelak2. Esok mesti tensen. Subjek persamaan terbitan lak tu.. Takut tak tersaksama. Ohh tak boley fikir begitu. Esok mesti best. Mesti fun. Lalala. Psikologi sikit minda tu.
Reblog this post [with Zemanta]




Jun 12, 2009

blaja lagi

Haha. Memang tak sangka tua2 gini aku nak blaja lagi. Tak la tua sangat. 26. tapi agak lewat gak laa. Satgi abis blaja umor bape? Takper la. Anak pun lum ada gi.

Hari ni aku cuti nak uruskan beberapa perkara berkaitan. Lagipun petang ni bas kul 6 ke Johor. Nak tak nak kene cuti gak la. Pendaftaran pelajar baru berlangsung esok 13hbJun kat UTM Skudai. Aku amik pengajian separuh masa untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam SPACE. Nanti blaja kat UTM Semarak KL.

Tak tau la otak ni berkarat tak lagi. Hope still brilliant untuk buat kira2, paham konsep & buat tugasan. Dah hampir 5 tahun aku kerja baru nak sambung degree. Hehe. Nasib ada penyokong kuat disisi. Suami aku yang bagi support nieh. Aku tanye nape sokong ayang sambung blaja lagi...dia jawab abang akan sokong apa2 yang memajukan diri. alhamdulilah.

Hope lepas nie kehidupan akan bertambah baik. Berjalan lancar dan aku dpt menguruskan rumahtangga, kerja n pelajaran dengan jayanya. Chayokk ani!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...