Kisah hidup untuk dikongsi dan disimpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Dari sekadar obsesi jadi cermin kendiri dan peribadi.
Aug 12, 2010
amalan2 pada bulan ramadhan
# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.
dipetik dr halaqah
Jul 27, 2010
fadhilat Syaaban
Fadhilat Bulan Syaaban
Author: wawa Kategori: Agama, Informasi
16 Jul
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
--------------------------------------------------------------------------------
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
--------------------------------------------------------------------------------
Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)
--------------------------------------------------------------------------------
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
--------------------------------------------------------------------------------
Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)
Dec 3, 2009
Pesanan Imam Ghazali
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri
May 30, 2009
The Miraculous Gold Number
May 27, 2009
PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
- bersetubuh sama ada keluar air mani ataupun tidak
- keluar mani secara sengaja ataupun tidak
- mati
- haid
- nifas
- wiladah (bersalin)
-maksudnya ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunat)
-seseorang yang ingin bersetubuh disunatkan membaca
allahummaj nibishaitho nawaj nibishaitho nama razaktana
-hai tuhan kami, jauhilah syaitan, dan jauhilah syaitan pada apa yang kamu rezekikan kepada kami(anak)
Haid
-haid ialah darah kotor yang keluar dari kemaluan perempuan yang bukan darah penyakit
masa haid
- sekurang2nya haid sehari semalam iaitu 24 jam
- selama-lamanya 15 hari 15 malam
- kebiasaannya 6 atau 7 hari tujuh malam.
Tempoh suci
sekurang2nya tempoh suci itu mesti 15 hari 15 malam. Ertinya diantara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang selama-lamanya.
Peringatan
- sekiranya darah yang keluar melebihi dari kebiasaan umpamanya sehingga 10 hari atau 7 hari atau melebihi dari maksimum haid 17 hari (yg selama-lamanya 15 hari) maka darah yang lebih itu dikira istihadhah atau darah penyakit
- orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan lain-lain sebagaimana orang biasa juga.
- solat
- membaca Al-Quran
- menyentuh Al-Quran
- membawa Al-Quran
- tawaf
- puasa
- bergurau senda antara pusat dan lutut
- bersetubuh
- bercerai (orang haid sahaja)
- berhenti didalam masjid
Orang yang sedang haid/nifas boleh membaca sedikit ayat Al-Quran seperti Bismillahir-Rahmanir-Rahim dengan niat zikir
Apr 26, 2009
sujud sahwi
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
-Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
-Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
-Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
Apr 18, 2009
Perkara2 yang Membatalkan Solat
Kali ni kita periksa pulak perkara2 yang membatalkan solat. Maksud batal ialah solat yang sedang dilakukan itu sudah dikira putus/berhenti dan wajib ia mengulangi semula solat tersebut.
Perkara yang membatalkan solat ada 11 perkara
- Berkata2 dgn sengaja lain dari A-lQuran zikir atau doa baik 1 huruf sekalipun yang memberi makna. Seperti : Qi ertinya 'perliharalah' ataupun perkataan yang tidak membawa sebarang makna.
- Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya(adatnya) banyak melakukan perbuatan yang tidak disuruh melakukannya didalam solat.
- Kedatangan hadas samada hadas kecil atau hadas besar, umpamanya keluar sesuatu daripada kemaluannya seperti kencing, ataupun mani dan sebagainya.
- Kedatangan najis yang tidak dapat dimaafkan samada pada badan atau pakaiannya. Sekiranya jatuh pada pakaiannya najis yang kering dan boleh dibuang semasa itu juga maka tidaklah batal solatnya. Tatapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangannya. Jika disentuh batal solatnya. Jika songkok dijatuhi najis maka boleh ditanggalkan songkok itu dan dibuangkan.
- Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin. tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga maka tidaklah batal solatnya.
- Mengubah niat, umpamanya ia solat fardu zuhur kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zuhur maka batal solatnya.
- Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
- Makan walaupun sedikit seperti menelan sebutir nasi dalam mulutnya kecuali ia terlupa.
- Minum seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
- Ketawa sehingga keluar suara yang mengandungi dua huruf begitu juga menangis.
- Murtad iaitu keluar dari agama islam.
Peringatan
- Melangkah dua langkah yang berturut-turut didalam solat tidak batal solat tetapi sekiranya melangkah 3 langkah berturut2 maka solat itu batal.
- Menambah rukun seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal solatnya.
- Barang siapa solat menghala kearah dinding, tiang atau apa2 yg dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas dihadapannya jika jarak diantaranya dengan sekatan tersebut tidak lebih daripada 3 hasta yg sederhana.
- Melintas dihadapan orang yang sedang solat itu hukumnya haram.
- Mengangkat muka ke langit hukumnya makruh.
- Makruh solat dengan menahan buang air kecil/besar/angin.
- Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan.
Apr 8, 2009
Belajar al-Quran perlu berguru, tak cukup dengan VCD
Belajar al-Quran perlu berguru, tak cukup dengan VCD
APAKAH hukumnya seseorang itu belajar mengaji melalui radio, televisyen atau cakera padat video (VCD) kerana segan dan kesuntukan masa menghadiri kelas agama?
ROS,
Perak
MEMANG diakui teknologi moden banyak memberi kemudahan kepada kita terutama dalam mencari ilmu.
Bagaimanapun, dalam Islam belajar mengaji melalui kaset atau cakera padat video tidak mencukupi, malah tidak harus terutama dalam mempelajari cara membaca al-Quran yang betul.
Kaedah membaca al-Quran yang betul dapat diperoleh daripada cara dengar dan memperdengarkan bacaan itu.
Dengan adanya guru, kesilapan bacaan (tajwid) dapat dibetulkan. Guru akan memperbetulkan bacaan seperti idgham (degung), tebal, nipis dan sebagainya.
Jadi, berguru dalam mempelajari al-Quran adalah wajib kerana setiap penyempurnaan sesuatu yang wajib itu adalah wajib juga. Buanglah perasaan malu demi kebaikan diri sendiri.
Bagaimanapun, jika sudah pandai, kaset dan VCD boleh diterima sebagai alat bantu tetapi kepentingan guru tidak boleh dikesampingkan dalam era teknologi.
-sumber harian metro
Mar 30, 2009
Perbezaan Solat Antara Lelaki dan Perempuan
Perbezaannya terdapat 5 perkara:
- Lelaki merenggangkan kedua tangannyadari lambung ketiaknya ketika takbir tetapi orang perempuan hendaklah ia merapatkannya.
- Ketika sujud kaum perempuan hendaklah pahanya dirapatkan kepada perutnya tetapi kaum lelaki boleh direnggangkan.
- Orang lelaki boleh menyaringkan bacaannya. Kaum perempuan adalah sebaliknya.
- Apabila berlaku sesuatu peristiwa didalam solat seperti imam terlupa, maka kaum lelaki boleh mengatakan "subhanallah" dan kaum perempuan hanya menepuk tangan kiri sahaja.
- Aurat lelaki diantara pusat dan lutut sedangkan aurat perempuan adalah keseluruhan badan kecuali muka dan pergelangan tangannya.
Mar 25, 2009
solat sunat tahiyat masjid
Solat sunat tahiyatul masjid atau untuk menghormati masjid ini adalah dilakukan semasa seseorang itu memasukimasjid sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : Apabila kamu masuk masjid janganlah kamu duduk sebelum kamu menunaikan shalat dua rakaat.
Lafaz niat solat sunat tahiyat masjid :
Usalli sunnata tahiyatil masjidi rakataini lillahitaala
Ertinya : sahaja aku solah sunat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Taala
Bacaannya : Bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai.
Mar 24, 2009
15 musuh-musuh Iblis
- Nabi Muhammad s.a.w
- Imam dan pemimpin yang adil
- Orang kaya yang merendah diri
- Peniaga yang jujur dan amanah
- Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk
- Orang mukmin yang memberi nasihat yang baik
- Orang mukmin yang berkasih sayang
- Orang yang istiqamah dan cepat bertaubat
- Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
- Orang mukmin yang selalu bersedekah dan menderma
- Orang mukmin yang selalu dalam keadaan bersih dan suci
- Orang mukmin yang baik akhlaknya
- Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
- Orang yang menghafal al-Quran dan sentiasa membacanya
- Orang yang bediri mengerjakan solat di waktu malam, sedangkan orang lain tidur
Mar 16, 2009
10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Setiap Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat
Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
Hindarkan perasaan irihati ( benci )
Jangan terpengaruh dengan emas/perak
Sucikan kadha` hajat dengan istibra`
Laluan untuk berjumpa Izrail
Gembirakan hati orang mukmin
Bersihkan diri dengan bertaubat
Bayar semula kadha` yang tertinggal
kasih sepenuh hati kepada Allah SWT
Laluan untuk bertemu Mungkar dan Nangkir
Mengucap dua kalimah syahadat
Suka memberi sedekah
Berkata benar
Bersihkan dan perbaiki diri
Laluan untuk memberatkan timbangan kebaikan
Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
Sucikan perkataan dan pakaian
Bersyukur dengan yang sedikit
Suka dan redha dengan segala dugaan Allah
Laluan memantapkan amalan
Jauhkan perkataan yang sia-sia
Pendekkan cita-cita dunia
Banyakkan puji - pujian kepada Allah SWT
Banyakkan sedekah dan khairat
Laluan melalui titian Sirat Al-Mustakim
Kasihilah aulia` Allah SWT
Berbaktilah kepada kedua ibubapa
Berpegang teguh dengan hukum syara`
Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
Laluan menjauhkan diri dari neraka
Banyakkan membaca Al-Quran
Banyakkan menangis kerana dosa - dosa yang lalu
Tinggalkan perkara / perbuatan maksiat
Jauhkan segala yang haram
Laluan untuk memasuki syurga
Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
Kasihi dan ikuti orang soleh
Kerjakan segala suruhan Allah
Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah
Laluan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
Kasihilah Nabi Allah
Tuntutilah yang difardhukan Allah
Kasihilah Rasulullah
Banyakkan salawat terhadap Rasulullah SAW
Laluan untuk bertemu Allah
Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah SWT
Perbetulkan dan perbaikkan i`tikad kepada Allah SWT
Bencikan segala yang diharamkanNya
-Sabda Baginda Rasulullah SAW-
“Sesiapa yang memelihara solatnya, maka solat itu sebagai cahaya petunjuk dan jalan selamat baginya dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya maka sesungguhnya solat itu tiada bercahaya dan tiada pula menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”
“Barangsiapa yang solatnya itu tiada dapat menahan dirinya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan lagi kemungkaran Allah SWT dan bertambah jauh dariNya”
“Kalau solatmu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dianggapNya kamu tidak mengerjakan solat. Di hari Kiamat nanti solatmu itu dilemparkan ke muka kamu bagaikan bungkusan kain tebal buruk dan tiada berguna”
Mar 9, 2009
selamat menyambut maulidur rasul
yang ni seragam sikit
si cilik pun nak jugak. Bagus adik2...
ape kaler pun bleh
always together. Ni mana geng berarak n sepanduk ni?
hmm meh join.
Selamat menyambut MAULIDUR RASUL KEPADA SELURUH UMAT ISLAM
Feb 21, 2009
PANDUAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
PENGERTIAN JAMAK
Solat jamak ertinya mengumpulkan dua solah dalam satu waktu
misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu
1. jamak taqdim
* solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor
* solat magrib n isyak pada waktu maghrib
Syarat jamak taqdim
* hendaklah dimulai solah yang punya waktu, ertinya lakukan zuhur dari asar dan magrib dari isyak
* Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbirratul ihram atau ditengah2 solat selama mana ia belum memberi salam
* muwalat (berturut-turut) di antara solat yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solah, maka hendaklah solah pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
2. Jamak Takkhir
* Melaksanakan solah zuhur dan asar pada waktu asar
* Solah maghrib dan isyak pada waktu isyak
Syarat Jamak Takkhir
* Berniat hendak mentakkhirkan solah yang pertama pada waktu kedua
* Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua2 solah
Peringatan
Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat iaitu hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak.
Solah jamak takkhir ini tidak diisyaratkan tertib yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Oleh itu apabila tiba masanya untuk mengerjakan solah jamak takkhir, maka boleh didahulukan solah zuhur atau asar. Begitu juga halnya dengan jamak takkhir solah maghrib dan isyak.
PENGERTIAN QASAR
Ertinya memendekkan solah dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solah yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat zohor, asar dan isyak.
Solah jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan pabila seseorang lebih dari dua marhalah
Syarat-syarat Qasar
1. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah
3. solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam masa takbiratul ihram
Niat solat

Usalli fardal zuhri rakataini qasran lilahi taala
-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Usalli fardal asri rakataini qasran lilahi taala
-sahaja aku solah fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Usalli fardal isyai rakataini qasran lilahi taala
-sahaja aku solah fadu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala
5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolah taman (sempurna)
6. hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang ditujukan itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. berkekalan perjalanannya sehinga sempurna solah
8. Ia tahu bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan solah qasar
Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. walau bagaimanapun, ia boleh memilih di antara satu yang berikut:
1. menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
2. menjamakkan dua solat fardu dan qasar
3. mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.
* solat jamak dan qasar ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
* Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
* Akhir musafir ialah apabila kita mamasuki kawasan permulaan musafir tadi.
* Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi sekiranya hendak berhenti disitu selama 3 hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
* Kemudahan solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kampung yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada wal kedua-dua solat dan diantara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau dipertengahan solat yang kedua.
Niat solat jamak qasar
1. Niat jamak taqdim dan qasar: zuhur-asar
Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuann ilal asri adaan lilahitaala
-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut
Usalli fardal asri rakataini qasran lillahitaala
-sahaja aku solat fardu asar dua rakaat kerana Allah Taala
2. Niat jamak taqdim dan qasar: magrib-isyak

Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihil isya’u lillahitaala
-sahaja aku solah fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala.
Solat magrib tidak boleh diqasarkan.Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib-isyak sama dengan jamak taqdim zohor-asar. Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut:
Usalli fardal isyai rakaataini qasran lillahi taala
-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala
3. Niat jamak takkhir dan qasar: zuhur-asar
Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuan ilal asri adaan lillaitaala
-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada asar tunai kerana Allah Taala
Selepas memberi salam maka iqamat sekali lagi tanpa mennagguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut
Usalli fardal asri rakataini qasran lillahi taala
-Sahaja aku solat fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
4. Niat jamak takkhir dan qasar: magrib-isyak
Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihi isyau lillahi taala
-sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat seperti berikut
Usalli fardal isyai rakataini qasran lillahi taala
-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala
* dua marhalah -sebahagian ulama mengatakan 48 batu, setengah berpendapat 56 batu dan juga ada yang menyebut 60 batu atau 100km. Untuk berhati-hati eloklah dikira dari 60 batu
Jan 23, 2009
Tegakkan Syiar Islam. Ayuh

Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedari lahir lagi kita diperdengarkan kalimah suci Allah dimana bapa mengazankan kita. Setiap muslim juga telah diwajibkan untuk mengucap 2 kalimah syahadah sebagai ikrar keyakinan hati terhadap tauhid Allah. Janganlah kita ingkar perintah-Nya serta ikutlah panduan kita Rasulullah s.a.w.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang. Mulakan harimu dengan bismillah. Semoga setiap pekerjaan kita diberkati-Nya.

Surah Al-fatihah telah diangkat sebagai ibu segala surah...
Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran dihati kita, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silakan menangis jika dorongan itu memang kuat.
Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”
Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia , hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berartinya kita dihadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapan-Nya. Rasakan getaran yang dahsyat didada…
Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Rasakan seperti pada ayat pertama
Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”
Bayangkan seolah-olah kita berada dihadapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal dihari itu. Bagaimana keadaan kita dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang kita dengar. Biarkan airmata mengalir . Menangislah dihadapan Allah pada hari ini, disaat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai kita menangis kelak dihari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup.
Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
Inilah pengakuan kita bahwa hanya Dia yang kita sembah, dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan iklas.
Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Mohonlah padanya agar ditunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang kita dengar
Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.
Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat , kebahagian dan kesuksesan sebagai karunia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagian seperti orang itu.
Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya
Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.
Jika kita orang yang berhati peka pasti akan menangis, mendengar bacaan tadabbur ini. Jika belum merasakan getaran apapun dihati, ulangi terus tadabbur ini. Gunung saja akan hancur mendengar ayat Qur’an , hati kita tidak sebesar gunung bukan? Mudah mudahan Allah tidak mengunci mati hati...

Al-Quran juga disebut al-Furqan adalah panduan kita umat islam seluruh dunia. Al-Quran yang mengandungi 114 surah itu dibahagikan juga kepada 30 juzuk.
Tilawah al-quran al-Karim sebagai kitab sucidan wahyu ilahi, hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan memelihara adab-adab ditetapkan sesuai dengan kehormatan dan keagungan al-Quran itu sendiri. Antara adab membaca al-Quran yang terpenting ialah:
- Membersihkan diri
- Memilih tempat yang bersih
- Menghadap kiblat
- Membaca Ta'awwudh (memohon perlindungan daripada syaitan)
- Membaca dengan tartil (bacaan yang perlahan-lahan dan tenang)
- Mengamati erti bacaan
- Membaca dengan berlagu dan merdu
- Tidak memutuskan bacaan tanpa sebab yang munasabah
- Juga dilarang ketawa, bermain-main dan seumpamanya
Perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan seorang yang tidak membaca al-Quran
bagaikan seorang yang hidup dengan seorang yang mati. Namun begitu, ahli al-Quran yang bukanlah sekadar membacanya dengan bertajwid, tetapi mereka yang memahami dan menegakkan hukum hakamnya. Oleh itu, hidupkanlah hati dan rumah kita dengan al-Quran, amatilah ayat-ayatnya dan ikutilah suruhannaya dan tinggallah larangan nya. Seterusnya marilah kita berakhlak dengan akhlak al-Quran, menegakkan hukum-hakamnya dan menambah amal bakti sehingga beroleh kenikmatan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.
Ini kerana al-Quran adalah gedung segala kebaikan. Sesiapa yang membacanya walau satu huruf, maka dia akan mendapat satu hasanah menyamai 1o ganjaran pahala.
Jan 22, 2009
soal jawab agama 2
soalan:
Apakah hukumnya seseorang Islam mengatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai lagi dijalankan di masa ini. Bolehkah jatuh murtad?
Jawapan:
Seseorang boleh jatuh murtad berdasarkan tiga sebabnya; perbuatan, perkataan dan keyakinan. Tapi yang lebih berkesan ialah keyakinan, manakala perbuatan dan perkataan hanya bergantung kepada keyakinan. Ertinya, kalau seseorang yang berucap perkara yang boleh merosakkan akidah belum boleh dituduh murtad sehingga kita bertanya keyakinannya yang sebenar.
Berhubung dengan persoalan diatas, suka kita bahaskan maksud dari ucapannya itu. Sebenarnya dari ucapan itu boleh difahami beberapa maksud:
- Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di masa ini, masyarakat Islam perlu dididik dengan iman dan taqwa dahulu.
- Hukum hudud beum sampai masanya lagi dilaksanakan sekarang kerana syaratnya sukar dipenuhi sekarang.
- Hukum hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan di masa ini, zaman dahulu memnag sesuai
Sesungguhnya kalau keyakinannnya seperti ketiga maka ketika itu barulah sah dia murtad. Tetapi kalau yang pertama dan kedua belumlah lagi jadi murtad. Islam sungguh berhati-hati membuat hukum, lebih2 lagi Islam tidak membuka peluang umatnya membuat tuduhan melulu terhadap umatnya.
Sungguhpun begitu, kalau kita dapati seseorang itu sudah murtad maka jalan selamat yang dianjurkan oleh Islam ialah membetulkan mereka dengan segera. Membesar-besarkan kemurtadan mereka tanpa mengajak mereka kepada islam adalah yang sebenar adalah dosa. Sebab itu serahkan urusan itu kepada ulama biar mereka yang menyelasaikannya secara bijaksana. Orang ramai lebih baik memperbaiki diri dengan ilmu yang betul tanpa turut memperkatakannya.
Jan 20, 2009
soal jawab agama
Soalan :
kalau saya berkata "jadi orang islam ini susah" apakah boleh jadi murtad?
Jawapan:
Kalau sekadar berkata "jadi orang islam ini susah" tidaklah salah, tidaklah sampai jadi murtad kerana kenyataan ini ada betulnya malah Rasullulah sendiri ada bersabda yang maksudnya:
"dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Hidup dalam penjara memanglah susah, kena ikut peraturan, makan dijaga dan diawasi, kerja harian mengikut arahan dan sebagainya. Hidup dalam penjara tidak bebas sebagaimana orang diluar penjara. Begitulah gambaran susahnya orang mukmin di dunia ini. Hidup mereka mesti mengikut peraturan yang Allah sediakan. Sesiapa yang melanggar peraturan itu akan diseksa di Akhirat. Tapi kalau mereka mematuhinya pastilah hidup mereka bahagia.
Kalau begitu memanglah hidup orang Islam susah, tidak bebas untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Sungguhpun mereka susah tetapi mereka bahagia kerana kehidupan mereka selalu diambil perhatian oleh Allah. Akan tetapi kalau seseorang itu mengatakan "jadi orang islam susah" bermaksud miskin papa, ini adalah satu kesilapan besar kerana Islam tidak pernah mengajar supaya umatnya hidup miskin papa. Umat islam sendirilah yang tidak mahu mengikut peraturan islam menyebabkan mereka susah dan miskin. Lihatlah, para sahabat Rasullullah, mereka kaya raya kerana mengikut peraturan yang benar. Kalau begitu orang Islam tidak akan hidup susah kalau mengikut peraturan Islam sebenarnya.
Kalaulah ucapan diatas bermaksud menghina Islam seperti katanya "jadi orang islam susah lebih baik jadi orang kafir hidup senang lenang." Ucapan itu boleh menyebabkan orang berkenaan menjadi murtad. Ucapan ini patut dijauhi. Jika sudah terlajak eloklah kembali kepada ucapan dua kalimah syahadah semula. Ucapan ini boleh mengembalikannya kepada Islam semula selepas murtad.