Dec 14, 2008

cepat sedar

Cepatlah sedar
Dari kealpaan mencengkam sekian lama
Telah menguasai seluruh jiwa dan minda
Pemikiran ortodoks menghalang segala
Jiwa terbelenggu angan yang tak menjadi nyata
Biarlah lebih bekerja
Sikap malas tak membawa kemana
Belajarlah dari kesilapan kerana
Sejarah telah membuktikan
Untuk menjadi panduan kita semua
Cita-cita yang digantung tinggi tak tergapai
Walau hanya tinggal sejengkal cuma
Mengapa masih jadi orang yang sama
Lakukan transformasi jiwa dan minda
Manusia yang seakan dilahirkan semula
Cendiakawan islam ketandusan nama pewarisnya
Bangkitlah…
Cepatlah sedar
Jika menjadi buah biar molek masaknya
Jika menjadi lilin biar semua dapat cahayanya
Menjadi orang nilai sendiri
Dimana letaknya kita
Apa sumbangan kita
Berdirilah sebagai bangsa yang berjaya
Yang merdeka minda dan jiwa
Cepatlah sedar…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...