Feb 13, 2009

Valentine's Day?

Sedari zaman sekolah rendah lagi aku telah didedahkan apa itu hari kekasih yang jatuhnya pada 14hb February setiap tahun. Pemberian hadiah seperti coklat, bunga, teddy bear dan sebagainya mewarnai sambutan hari kekasih. Itu masih tidak apa tetapi ada sebilangan orang menyambutnya dengan menyerahkan mahkota mereka. Si gadis menyerahkan 'dara' tanda cinta sang lelaki pula menyerahkan 'teruna' pada kali pertama. Amat malang sekali sekiranya pelakunya adalah umat islam. Hatta hari biasa pun haram hukumnya dan berdosa besar.

Persoalannya, Kenapa kita sebagai muslim tak patut sambut valentine's day?

Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope. Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.

Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan. Jadi adakah umat islam yang menyambut hari kekasih sedang meraikan kejatuhan kerajaan islam itu?

Sebagai umat islam janganlah kita meraikan sambutan hari kekasih ini walau apapun alasannya seperti 'bagi bunga jer' atau 'cium sikit jer'. Pilihlah hari lain untuk meraikan pasangan yang disayangi seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan ker atau sabarang tarikh yang membawa makna kepada hubungan kalian. Janganlah semata-mata 14feb. Raikan pula dengan cara yang betul. Ingat! matlamat tidak menghalalkan cara.

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: “Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...