Apr 18, 2009

Perkara2 yang Membatalkan Solat

Ilmu untuk aku jua untuk mereka yang suke diperingatkan. Dulu kat sek. agama ustaz jer dok tegor skang dah tua bangka buku pun jrg dok baca asyik bertenet jer.

Kali ni kita periksa pulak perkara2 yang membatalkan solat. Maksud batal ialah solat yang sedang dilakukan itu sudah dikira putus/berhenti dan wajib ia mengulangi semula solat tersebut.

Perkara yang membatalkan solat ada 11 perkara

  1. Berkata2 dgn sengaja lain dari A-lQuran zikir atau doa baik 1 huruf sekalipun yang memberi makna. Seperti : Qi ertinya 'perliharalah' ataupun perkataan yang tidak membawa sebarang makna.
  2. Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya(adatnya) banyak melakukan perbuatan yang tidak disuruh melakukannya didalam solat.
  3. Kedatangan hadas samada hadas kecil atau hadas besar, umpamanya keluar sesuatu daripada kemaluannya seperti kencing, ataupun mani dan sebagainya.
  4. Kedatangan najis yang tidak dapat dimaafkan samada pada badan atau pakaiannya. Sekiranya jatuh pada pakaiannya najis yang kering dan boleh dibuang semasa itu juga maka tidaklah batal solatnya. Tatapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangannya. Jika disentuh batal solatnya. Jika songkok dijatuhi najis maka boleh ditanggalkan songkok itu dan dibuangkan.
  5. Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin. tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga maka tidaklah batal solatnya.
  6. Mengubah niat, umpamanya ia solat fardu zuhur kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zuhur maka batal solatnya.
  7. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
  8. Makan walaupun sedikit seperti menelan sebutir nasi dalam mulutnya kecuali ia terlupa.
  9. Minum seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
  10. Ketawa sehingga keluar suara yang mengandungi dua huruf begitu juga menangis.
  11. Murtad iaitu keluar dari agama islam.


Peringatan

  1. Melangkah dua langkah yang berturut-turut didalam solat tidak batal solat tetapi sekiranya melangkah 3 langkah berturut2 maka solat itu batal.
  2. Menambah rukun seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal solatnya.
  3. Barang siapa solat menghala kearah dinding, tiang atau apa2 yg dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas dihadapannya jika jarak diantaranya dengan sekatan tersebut tidak lebih daripada 3 hasta yg sederhana.
  4. Melintas dihadapan orang yang sedang solat itu hukumnya haram.
  5. Mengangkat muka ke langit hukumnya makruh.
  6. Makruh solat dengan menahan buang air kecil/besar/angin.
  7. Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...