Sep 27, 2009

raya 2

selamat hari raya maaf zahir batin... Entry kali ni adalah gambar sepanjang cuti hari raya. Raya ke2 n ke3 sahaja gambarnya tidak diambil. So layanzzz.


2 hari sebelum raya.

Kitorang plan balik kul 12 malam kununnya coz abang kene jadi helper kat jusco sampai kul 12mlm disamping nak 30% kat PLUS tu. Tapi pepagi tu dia selsema dan nak amik mc. So amik mc nak uruskan hal motornya yang rosak dengan pertolongan acik. Petang tu pulak hujan membawa kemalam. So memang takde niat nak balik siang. Sempat tengok NURKASIH sampai habis. Pastu cari kuih raya untuk dibawa pulang kekampung so maleh nak p ke tempat2 sesak. Cari kat tesco jer takde le pulok. Sempat tangkap gelang rm10 dan kek. Hehe. Masa yang tinggal betul2 sempat nak balik kul 12 ke kampung. So decide beli kemudian jer la kuih raya. 10 minit sebelum kul 12 nak sampai tol. So lepak kat tepi jalan dulu. Ramai lak tu puak2 cam aku ni tunggu nak tepi jalan nak masuk tol kul 12. Hehe. Yerlah syaratnya masuk kul 12 kuar tol kul 5am. Korang rasa sempat tak???? Teka la. Teka la

Perjalanan malam tu pon jammed jugak. Kadang2 jer ok. Tapi takleh laju pon. Ni mesti ramai yang plan nak balik time diskaun. Ada berhenti kat hentian tapah dalam setengah jam. Bukan nak makan pon nak buang air jer tapi sebab jammed cari parking menderita la jugak. Teka la sempat tak..

Kuar tol KK kul 5.04am. Teka kitorang sempat dapat diskaun 30% tak... Jawapannya tak sempat. Huhu. 10% only.

Sehari sebelum raya

Ni hubby jaga api lemang. Separuh masa ajer. Separuh masa lagi membuta. Lainnya pak mentua jugak kene jaga.



Selepas balik dari sembahyang raya di masjid.


Haji Safarudin & Hajah Halijah. Semoga dilimpahi rahmat kesihatan n kebahagiaan selalu.


Tak cukup lagi. Abang, kak ipar n fatin maner entah.


Sempat bergambar di luar rumah.


SELAMAT HARI RAYA


4 sahabat. Hope jumper lagi tahun depan.

With hubby. Lagi 2 orang cepat2 sikit erk.


Raya ke 4

Selamat bertunang Zura. Member yang selalu ingat memori jatuh moto masa sekolah.


Antara hantaran bertunang dari pihak Zura.


Dukung kembar. Dapat rezeki kembar best jugak kan.


Has yang dah lama tak kutemu.


Tunggu hujan berenti nak balik KL dah. HUHUHU.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...