Apr 17, 2009

Betul ke tak betul ni?

Ari jumaat malam balik kampung di Gerik perak. Saje jenguk family. Ahad 12hb4 balik ke KL semula tapi kereta ada masalah...

-Masalah air kereta asyik kering. Kadangkala meter menunjukkan ke arah 'hot' dan kadangkala turun bergantung kepada pemanduan. Bila mencecah 'hot' kereta terpaksa dihentikan dan diisi air semula. Disini berhenti seorang lelaki india menyapa dan menasihatkan berhenti di hentian sebelah Ldg Bikam.

-pemanduan diteruskan dan berhenti rehat di hentian sebelah Ldg Bikam. Air menggelegak sehinggga kering dan memuntahkan air karat. Disapa lagi oleh seseorang lelaki india juga. Tak taulah betul2 nk tlong ke apa.Mereka ni dari 'org ' yg sama coz keta ada line kuning. Menasihatkan kami menghantar ke bengkel Sungkai yang sejauh 2 km. 'Ada bengkel bukak malam2 hari ahad'. Ada. bengkel cari duit. Anggaran harga untuk masalah tersebut rm60. Oleh sebab takde pilihan lain dan harganya tidak mencecah rm100 kami bawa kereta mengikut lelaki tersebut. Pilihan ke2 tarik kereta kena cas rm50. Memandangkan boleh gagah pandu kereta lagi teruskan jer lah.

-Sampai sana...Pomen ni bukak sampai abis check dalam. Dia kata tak boleh siap malam ni. Esok baru leh siap. Gasket rosak, kena p 'gim',cuci dan blablabla... Total rm605.. Tadi kata rm60. Taktau nak wat camana. Esok dua2 kene cuti keje. Terpaksa lah kuarkan saving huhu.

Ni dia punya harga:

gasket rm120
plug wire rm55
T pipe rm40
Engine oil rm48
Oil filter rm12
Cutting hood rm80
Service radiotor rm70
workman rm180

Tupun dia suruh gak repair yang lain2. Belt nak ganti tak, yang dekat gasket tu 3 biji kene cuci satu lubang 20 n entah ape2...Tak bersedia sebenarnya. Tak pasti inikah the right workshop.


-Ape lagi pilihan yang ada? Terpaksa bermalam di Bidor. Hotel tu. Cas orang yang anta ke Bidor rm20. Hotel murah Bidor rm25. Ok bolehlah.

-Esok nya. Kul 12 ada uncle amik kami dan bawa ke bengkel. Keta dah siap. Aku rasa lain. Minyak masa anta kat situ separuh meter tapi masa amik dah suku meter.. Aku syak deme curi minyak. Tapi mungkin tu perasaan aku jer kot...

Huhu. Aku rasa 'benda tu' masalah kecik coz keta boleh jalan lagi bukan mampos terus. Kami kene tipu ker? Atau sememangnya itulah yg terbaik buat kami sebagai orang yang tak tahu pasal mekanik niii.Apepun benda dah jadi terima ajerlah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...