Rindu bertandang lagi
menghambat sepi
Air mata hadir lagi
mengenangmu tiada disisi
Jauhnya dirimu tak tergapai
Dekatnya dirimu seakan tak sampai
Ku tak mahu lama begini
Diburu resah, sepi dan iri hati
Teman lain punya kehidupan peribadi
Sedang aku pencinta sepi
Ditinggal seorang tidak dipeduli
Menantimu hadir disisi
Entah bila lagi
Sayang...
Cubalah engkau fahami
Sekeping hati ini
Ingin selalu disampingmu
Kebahagiaan dihajati
1 comment:
aku jumpa nukilan ni dalam buku lama aku. Nukilan ni bertarikh 17jan2006
Post a Comment