Kisah hidup untuk dikongsi dan disimpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Dari sekadar obsesi jadi cermin kendiri dan peribadi.
Jan 5, 2009
PALESTIN MENANGIS LAGI…
PALESTIN MENANGIS LAGI…
Bumi basah dilanda darah
Letupan membingit suasana
Bangunan berkecai habuk melata
Dijajah sekian lama
Tak pernah merdeka
Sekalipun tak pernah dibela
Kuasa besar tetap menyanjung sekutunya
Mereka hanya menutup mata memekak telinga
Suara PBB bagai air dicurah ke daun keladi
Tak terkesan sama sekali
Tak mengubah hakiki
Umat islam semakin ramai yang pergi
Kepada siapa lagi mahu diadu
Nasib bumi dipijak bagaikan duri
Menjadi pelarian dibumi sendiri
Kemana lagi mahu diatur langkah kaki
Segenap penjuru memercik darah saudara sendiri
Tempat berlindung bersepai tak berbaki
Apalah salah, apalah dosa
Anak kecil sudah mengenal sengsara
Perit kehilangan saudara
Israel laknatullah angkara durjana
Perikemanusiaan sudah lama tiada
Memusuhi islam sejak dahulu kala
Dengki serta pentingkan diri sudah sebati
Ketamakan juga kerakusan membajai hati
Kami…
Walau tak mampu berbuat apa-apa
Menumpah air mata melihat dari sebalik kaca berita
Bedilan berganda, kematian meningkat bilangan nya
Tetap berdoa
Kesejahteraan manusia sejagat seluruh semesta
Syiar islam tetap tegak terbela
Biar dihujan peluru, bom bebola
Walau diancam nyawa sejengkal jaraknya
Kerana yakin adanya Dia
Allahuakbar…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment