Arini 10 Muharram = Hari Asyura. Banyak fadilat orang2 yang berpuasa sunat pada hari ini. Orang Yahudi pun puasa jugak 10 Muharram. Untuk elak sama dengan puasa orang Yahudi maka umat islam bolehlah menggandingkan puasa 10 muharram dengan 9 Muharram atau 11 Muharram
Baginda bersabda : “Berpuasa sunat 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim
Tengahari tadi aku tak makan yealah sebab puasa sunat kan. Aku naik la Surau Al hidayah kat Kuchai Lama tu lebih awal selalu tu dalam kul 1.30 baru naik. Seusai azan zohor aku pon sampai. Ade group budak2 perempuan semalam dlm 5 orang camtu. Semlm bukan main bercakap perkara2 lagha dan gelak kukikukik dalam surau. Aku nak solat pon terganggu. Serius sangat terganggu. Takkan tak paham ini surau. Tapi aku elakkan menegur mereka takut tergaduh pulak. Kalo aku dah bukak mulut memang orang akn sakit hati. Datang surau nak solat bukan nak gaduh kan. Pendam jerlah. Bukan budak2 lagi baya2 aku kot tapi cam tak reti2 bahasa. Moga2 diorang dapat hidayah. Tapi arini bercakap juga tapi ade control jugaklah tak kuat cam semalam. Tapi dalam surau yang sunyi sepi ckp sikit pon semua orang boleh dengar.
Tetiba dengar satu suara seorang dari kaum muslimin.
“Kaum muslimah. Minta maaf yea. Boleh tak jangan bercakap-cakap dalam surau dan jangan makan dalam surau. Sebentar lagi kami kaum muslimin akan solat jemaah. Bila anda bercakap-cakap dlm surau dan ini kan menimbulkan masalah. Kalau nak makan dan bercakap-cakap kat luar. Kat dalam surau tempat orang solat.”
Lebih kurang macam tu la bunyi dia. Alkisahnya. Memalukan bila kaum muslimin sampai tegur camtu. Macam kene tamparan besar. Mereka pun bangun dan ambik wuduk. Agaknye dah lama diorang sampai dan lelaki tadi pon mungkin dah tak tahan. Yang ditegur bukan nye budak kecik atau budak sekolah dah besar panjang pon. Tapi tahniah kepada lelaki tersebut kerana berani menegur. Aku pon takde kekuatan camtu. Tegas. Aku bercerita bukan nak memalukan sesiapa waima aku pon tak tahu mereka ini siapa dan dari mana. Semoga benda camni tak berlaku lagi…Sensitif lah dengan persekitaran.
No comments:
Post a Comment