Topik tak pernah habis. actually my lec selalu gakla kupas topik nie sambil2 ngaja tu mesti sebut pasal harga kereta Malaysia yang mahal.
Kereta Malaysia sangat mahal walaupon sebagai pengeluar kereta tapi kerajaan masih memahalkan kereta yang dijual kepada penduduk Malaysia. Begitu juga harga kereta import yang mana sangat mahal dekat cas tax dia bila dijual di Malaysia. 3 kali ganda harga sebenar beb. Terkejut dengar harga2 kereta kita diluar negara dan harga kereta luar yang amat murah sekali kat luar negara tu. Rakyat Malaysia pulak bayar kereta sampai 1/4 gaji dan ade org 1/3 gaji dia. Sampai 9 tahun pulak tu. Ape la yang mahal sangat kereta proton sampai 40000 (average laa + and -) Cube hargakan satu2. Enjin, tingkap, kerusi, carpet, tuner/CD player, stering, cermin n bla..bla..sampai ker 40000. Belum masuk interest bank lagi. So belen dari 40000 tu masuk perut sape? Alsan nye kalo kereta Malaysia murah, proton takleh compete ngn kereta luar yang jauh lebih berkualiti. So tanggung la yer hutang 9 tahun. Tak dapat bayar kene tarik. Rosak sikit ker teruk ker ape ker baikilah dengan sepenuh hati dan penuh tawaduk. Walaupon orang luar tak menganggap kereta sebagai aset tapi sebab kite bayar memahal aset kita la tu.
Apa akan jadi kalo kereta murah (kereta Malaysia dan kereta import).... Proton lingkup ker? huh.
-Rakyat Malaysia akan banyak kereta. Tahan jerlah dengan jem yea.
-Kereta buruk yang tak dipakai senang dilupuskan. Sebab senang beli baru. Kereta yang tersadai bertahun2 tak dipakai ape kehalnyer menyemak kan mata. Pernah tgk tak kereta yang orang tak pakai tapi simpan lagi? Kereta yang tinggal rangka abis tayar dan cat dan langsung tak terusik bertahun2...takde ke inisiatif melupuskan kereta itu wahai pihak berkuasa. Alangkah bagusnya kalo parking tu bagi kepada org yang memerlukan.
Aku dulu takde la obses sangat ngan kereta ni. Aku cume berfikiran asalkan ada kereta sudah. Tak la sengsara nak pergi dari satu tempat kesatu tempat. Tunggu bas punye ler lama sampai rasa nak nangis pon ada. Masa tu kat kampung tunggu bas Red & Yellow. Penantian kan satu penyiksaan. Ade ke alasan dia ramai tak naik bas dah sebab ramai berkereta. Tapi sampai satu masa aku mula kagum dengan kereta2 hebat yang melintas depan aku. Usssh. Bergegar iman. Geram jer. Eh aku dah berubah. Mule la nyesal apasal beli keta 2nd hand kan dah macam2 masalah yang timbul.
Atas desakan hati dan nurani. Aku ngn husband beli kereta baru dengan sokongan kewangan memasing. Yerlah kan pakai sama2. Proton BLM baru. Yerlah kompek car dah ade beli la besar sikit. Sebenarnya nak MTline tapi diberinya aku baseline auto. Ni pon ade yang aku sakit hati sangat2. Hmm takpelah. Salah aku jugak...tak check bebetul. Ingat beli baju ker.Kenapa aku tak puas hati sangat2 tu
-Cap tyre sudah terbang walaupon tak sampai satu hari aku pakai. Ape cite ni? Cane PROTON buat kerja nie. Sang kancil aku punye cap pon masih teguh bersarang di tempatnya.
-Tempat duduk sebelah pemandu takde cermin untuk solek.
-Electric adjust side mirror pon takde.
3 benda tu memang buat aku sakit hati. Lorh lomah tul. Ape ke benda la yang aku bayar 39000 takde semua tu. Memang la bukan full spec. tapi kalo setakat takde belon kat depan pemandu tu, spot rim dan fog lamp cukuplah. Ni cermin solek ngn adjust mirror pon takde. BONGOK. Berkira betulllllll. Apsal tak buat xde ekon terus. Ade tape player jer ker. Buleh aku kutuk puas2....
Huhu...nak buat camne. Terima ajerlah. Rakyat Malaysia memang baek hati dan pemurah. dan PEMARAH....huarggggh.marah tul nie
2 comments:
beli kereta, tetap dikira satu pelaburan jugak. sebelum beli better test drive dulu.
kereta bukanlah satu pelaburan. Setakat jamu mata jerlah. Sebab ia akan susut nilai. Rumah,tanah,emas, saham barulah pelaburan material.
Post a Comment