May 31, 2009

terima kasih pengunjung blog

Dunia blog semakin meluas... Perkembangan yang sangat baik. Tapi banyak jugak lagi yang aku tak tahu dan perlu amik tahu. Camner nak buat tu, nak buat nie yang aku nampak menarik sangat kat blog orang lain.. Hehe. Banyak kene explore nieh. Masih lagi dapat bantuan dari hubby tersayang. Aku cume masukkan post jer.

Walaupun sekarang aku jarang buat entry pasal diri aku. Yerlah takkan tiap2 hari aku ada aktiviti best. Kalo tak best jgn share ngn org lain. Yer tak? Entry yang aku masukkan pasal apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi n untuk aku refer next time. Kira macam gedung ku jugak la. Walaupun carca marba, tak tersusun n bercampur baur..

Thanks kepada pengunjung n pembaca blog. Walaupun tak ramai followers n tak byk komen diterima tapi setiap hari lebih la 5 orang yang dtg. Orang kate aku syok sendiri. Takper. Aku tak penah rasa rugi. Aku buat benda nie sekadar mengisi masa n sharing. Bukan untuk buat duit. Tak penah dpt duit lagi pun dr google or nufnang. Itu bukan obektif aku. Lagipun berapa org sangat nak lyn iklan n klik iklan nieh kan?

Aku rasa aku ada menyumbang sesuatu jugak la ilmu kat orang. Terutama pasal agama. Entry untk agama aku tak reka aku amik dari buku agama yang aku ada. Mane leh reka pasal agama ni beb. Paling dapat sambutan entry tentang PANDUAN SOLAT JAMAK & QASAR. Aku buat untuk panduan aku sebenarnya yang ragu2 caner nak buat n niat dlm bahasa arab kalo aku berjalan jauh. Orang kata bahasa melayu pun boleh. Tapi aku rasa takde alasan kalo kite boleh cari n blaja niat dlm bahasa arab n pelaksanaan solat ni. Pasal agama ni aku tak berani memain korang kena gak rujuk buku n ustaz. Karang pahaman cam lain pulak.

Hehe. Arini ade kenduri kawin kat blok 3. Takkan nak pi sorang. Hubby ada hal entah sempat balik entah tidak. Kenyang gi la skang nie coz pagi tadi makan cucur kuchai ngn kuah kacang yang aku buat sendiri. Takde mood nak masak maleh pulok nak p kedai beli bahan mentah. Kalo dpt p kenduri ngn hubby best gak nih. Nak layan melodi jap g.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...