Kisah hidup untuk dikongsi dan disimpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Dari sekadar obsesi jadi cermin kendiri dan peribadi.
Jul 16, 2010
kealpaan diri telah menyusahkan seantero alam
Huahua. Apelah yang telah berlaku kepada diriku yang bertuah ini.
Muda2 lagi dah ntah ape2. Kesahnyer. Aku online banking rhb terpakai kad asben aku punya. Holala. Kenapa kad tu mesti ada dlm sarung plastik buku RHB aku. Aku takleh nak login then kol lah num rhb mintak bantuan dia kata rujuk pada rhb berdekatan. Adeh la. Pi RHB OUG sana waktu lunch cuba2 masuk kad tak boleh buat transaksi refer kepada kaunter dia tolong la check ape2 yang patut. Baran jugak aku ape lah yang susah sangat nak membolehkan kad aku berfungsi. Dah la muke aku sembab tak hengat coz malam sebelum tu berjaga tengok final bola. Mesti dia kata aku garang. Haha.
Then diorang wat la ape2 yang patut kat kad aku tu. Tapi selepas 2 kali masuk kad semula pon tak boleh buat sebarang transaksi jugak. So solution seterusnya buat kad baru. adeh... terbang lagi rm12.Pulak tu tak boleh tukar pin num on the spot coz pegawai pi lunch. Apalah lu. Kad baru tu aku letak kat poket beg tangan aku. Haha. kan banyak kompartmen. Terpaksa aku datang sekali lagi pas balik keje petang tu untuk tukar nombor pin. Huhu.
Esoknya buat lagi log in online rhb pakai kad dalam purse. Tak boleh jugak. Hangin tul aku. Kol jugak mintak bantuan tapi tak sempat dengar penjelasan sampai habis aku terpaksa jumpa bos dulu.
Masa nak balik untuk beli barang cosway aku jumpa kad baru dalam beg aku. Adussss. Rupenye selama ni salah aku semuanya. Kenapa RHB takleh kesan kad itu bukan kad aku sebenarnya. Padan la burok ajer kad asben aku tu. susah2 ajer. Malam tu online banking pakai kad paling baru, barulah berjaya login RHB online. Huhu. Semua nyer salah ku. kad asben ade dlm sarung buku RHB aku. Dlm purse baru la kad aku sebenar. Sebab jarang berurusan ngn RHB tu yang tak tau tu. huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment