Apr 26, 2011

dimana Cintaku

Tolong…
Kembali padaku…
Tolong….lelah aku mencari mu tanpa penghujung
Walau tidak aku temui harumanmu di setiap destinasiku
Tolong rawat lukaku yang berdarah sekian waktu
Yang tak sembuh selagi belum berjumpamu
Tolong sapu airmataku
Saban waktu merindu
Akanku buang segala sikapku yang tidak menyenangkan mu
Demimu cintaku
Aku berjanji tidak melukakanmu lagi
Benar-benar janji…
Tolong sayangku
Kembali padaku
Sakit yang kutanggung kian parah
Semangatku sudah kau bawa lari
Walau kutahu engkau tak pernah cintakanku
Tapi aku sangat-sangat berlebihan menyintaimu
Tolong sayangku
Kembali padaku
Hati lelaki ini
Telah berkecai sejak kau pergi
Tolong sayangku
Aku rayu…


Apr 17, 2011

super junior

Adik aku tgk konsert super junior kat Stadium Bukit Jalil 19mac aritu. Kumpulan ni datang dari korea yg dianggotai oleh 10 ke 12 orang pemuda kacak2, sepet2, model dan pandai menari. Tiket konsert die rm379 untuk medium klass. Smpai sekarang aku tak puas hati harga tiket tu. hahaha. pandai betul deme abiskan duit. huhu. Aku takde ler nak sekat sangat. Nak merase sangat tgk kumpulan korea tu. Siap hapal lagu lagi. Tak paham aku. Disebabkan penuh komputer ni ngn gamba2 yg di transfer coz deme pakai kamera aku so aku upload la sini sikit.... Video taknak ah aku uploadkan. bukan nampak pon btg hidung sensorang.












Nilah gamba sebenar diorang...sumber en google image.



ape yg beza....

Sebelum pakai tia amelia....dan selepas pakai tia amelia,..


Apr 11, 2011

kita bertemu di penghujung rindu

lagu tema percintaan kami...Chewah mood sentimental lak. Kalo pergi karaoke mesti nyanyi lagu nie...hehehe

Penghujung Rindu by Jamal Abdillah

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu




Apr 4, 2011

Cerita aku dan baby

Last week aku nengok anak pak sedara aku yg baru lahir....kire sepupu aku ar nie... Irfan namenye... Mase ni usia dia baru 4 hari.


Muke baby Irfan ... Esok2 dia dah besar agak2 dia jumpa tak blog akak sepupu dia nie? hehe

Hubby dan baby Irfan. Dia terer sikit pegang baby dr aku yg kekok nie.



Aku try pegang baby....


Ni Syamil...anak tuan rumah. Oh mak sedara aku ni tumpang kejap di rumah kakak dia sebelum berpantang di kampung dia. Syamil ni baru pandai merangkak.
Comel kan kami..kihkih. Sangat cute la u Syamil.


Apr 3, 2011

3 april 2011

harini usiaku dah menginjak ke angka 28. Dekat 30 tuh. Dah tua. huhu. masih banyak yang aku nak buat dan pengalaman yang belum aku tempuhi. InsyaAllah jika masih diberikan nafas...akanku berusaha untuk capai impian aku.

Macam tahun2 yang lepas..suamiku tetap menyambut hari jadi aku tanpa lupa. Aku sangat sayang dia..huhu. sentimental lak. Ni kek harijadi aku.... Sangat sedap. Blueberry cheese cake. Thank you sayang....



Ni lak hadiah untuk aku... Jam ELLE dan kasut(aku tak amik gambo). hehe. Tahun lepas I dapat gelang kaki u....Tahun sebelum tu tak ingat dapat ape...DUsh!Dush!




Apepun yang aku harapkan adalah kehadiran cahaya mata buat penyeri hidup kami suami isteri.... sedang berusaha ke arah itu. Doakan kami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...